Sudah seminggu saya batuk-batuk dan saya tidak pergi berjumpa dengan doktor. Ada dua klinik yang selalu pergi dan tahu ubat apa yang harus diberi pada saya. Satu klinik di Ampang, tetapi doktor perempuan berpurdah sudah tidak ada lagi. Doktor kedua, doktor wanita juga (saya tidak tahu kenapa saya suka dengan doktor wanita. Mungkin mereka lebih empati dan simpati.). Bila saya menelefon doktor yang selalu melayan saya tidak ada. bercuti. Jadi saya tunggulah dia balik. Kalau tiga bulan dia bersalin. Tiga bulanlah saya tunggu. Ha ha.. Walau klinik yang sama tetapi saya sudah terkena, doktor berlainan diagnosisnya berlainan dan dia beri saya ubat berlainan. Qaisara sendiri tidak suka doktor lelaki. Kata dia doktor lelaki menakutkan. Pediatrician Qaisara pun perempuan.
Saya rasa bosan berjumpa dengan doktor yang tidak saya kenal walau terlalu banyak klinik yang berada di keliling saya. Kenapa saya tidak suka berjumpa dengan doktor yang saya tidak tahu.
1. Mostly the are not friendly, never smile, and seem irritated. I feel extremely uncomfortable having to even approach her/he as she/her is not nice or friendly. Bila kita masuk bilik, doktor tersebut bertanya kita. Sakit apa? Bila kita bercerita dia akan tunduk dan menulis seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang katakan. They behave like we are burden!
2. They give me wrong medicine . Biasanya saya mengambil dexcophan, ya saya serasi dengan ubat yang itu. Tetapi bila saya pergi ke klinik lain, saya explain saya ambil ubat tersebut. Mereka tidak ada ubat tersebut. Kadangkala mereka mengantikan dengan Sedilix. More worse they gave me Bena walau saya cakap Bena tidak serasi. Dengan Bena tangan saya akan mengigil dan saya terhoyong hayang macam orang menagih.
3. Wrong diagnosi. Oh..pernah terjadi pada saya bila doktor mengatakan saya ada asama, sedangkan doktor lain mengatakan kerana saya batuk terlalu lama maka dada saya berbunyi dan kes terbaru terkena pada bibik saya. Saya bawa dia berjumpa 3 doktor dan 2 klinik yang sama. Bibik komplen belakangnya sakit. Tidak tahan. Doktor pertama memberi pain killer dan koyok. Saya bawa jumpa doktor kedua apabila penyakitnya makin kambuh, doktor tersebut menyuruh saya membawa bibik berurut kata dia bibik terkehel. Saya ikut sahaja kata doktor dan saya bawa bibik berurut dan natijahnya, 3 hari bibik tidak bangun. Saya bawa lagi bibik berjumpa doktor yang berlainan tetapi di klinik yang sama dan doktor itu mengatakan yang bibik terkena kencing kotor. Ubat diberi dan alhamdulilah sembuh. Ianya memakan masa 3 minggu dan menghabiskan duit termasuk duit doktor, ubat dan juga urutan.
4. Over friendly. Ha ha..ini doktor memang mujarab, dia tahu siapa saya. Dia tahu keluarga saya, suami saya dan apabila saya masuk ke biliknya, alamat satu jamlah saya tidak keluar. Dia asyik bercerita di mana dia bercuti, di mana dia buat facial. Dan bila saya keluar, orang yang menunggu diluar akan masam mukanya..
9 comments:
hi kak,
sy pun tak suka jmp doctor yg xdikenali.kdg2 muka masam mcm nak mkn org.haha
saya langsung xsuka doktor/hospital/klinik
kalau doktor kerajaan lagila
diagnosis tah apa2
masa study je rajin jumpa dr kat pusat kesihatan ukm sbb doktor kat situ okay :D
sama la kita kak yati. saya x suka jmp dgn doc yg sy tak kenal. walau kliniknya jauh dari rumah, saya sanggup pergi. bila jmp doc yg kita tak biasa pergi, doc tu mcm layan nak tak nak jer. lepas tu dia tanya tanpa tgk or pegang tmpt yg kita sakit tu. tak suka..tak suka... ada 3 tmpt jer yg saya dan ank2 pergi. satu kat seksyen 13 shah alam (klinik razana), yg lagi satu kat semenyih (az zahrah), satu lg kat seksyen 19 shah alam (salam medical centre).
saya pun tak suka jumpa doktor...
suka sembang dgn doktor yg masuk kategori kawan2 saya ja...hihihi
kdg2 patient buat hal..tu yg doc angin.dah tu angin tu tertempias kat next patient...nak wat camner...hati manusia..mudah panas gak.
kak..
sabarlah kak, doktor memang mcm tu..
sy yang pernah praktikal pun, kekadang mcm2 perangai pelik doktor..
nak kate sombong pun ye, nak kate sibuk, takde lah sangat kalau kat klinik..
urmm..yang pasal ubat tu, bagus carik kat farmasi, sebab kadang2 klinik pun macam malas je layan patient sedangkan kita bayar untuk perkhidmatan tu..hurmm..
Patut ada health care provider-patient relationship, bukan 1 way je (must include patient`s opinion in deciding what is the best therapy)
assalamualaikum...
ya alasan pertama byk sudah diperkatakan. Doktor kurang berkomunikasi dengan pesakit.Perlunya sub modul untuk sesiapa yang megambil bidang medic ni.
saya pun kalo ke klinik akan berkunjung ke doktor yg sama... selalunya jumpa senior saya di Ar-ridzuan...
sama lah..nak2 pulak kalu jenis dokter yg x mesra alam..huhhh
Post a Comment