Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 4, 2011

KELAMBU

Lama sungguh saya tak tidur dalam kelambu.
Masa kecil-kecil dahulu, memang wajib tidur dalam kelambu
Bergaduh-gaduh nak pasang kelambu sehingga satu masa dulu arwah emak dan emak saudara membuat giliran. (dulu emak saudara tinggal sekali dengan keluarga saya dan saya tidur satu kelambu dengan dia).
Siapa yang harus memasang kelambu
Selalunya saya dan kakak saya Mijahlah yang kena pasang kelambu.
Hari itu ketika ke rumah Liza Bujang di Sarawak
Dia pasangkan kelambu untuk Qaisara, takut ada nyamuk kata dia.
Ketika itu Qaisara sudah tidur. Apabila terbangun di tengah malam, terperanjatlah anak dara saya apabila sedar dia sudah berada di dalam kelambu.
Tetapi kemudian Qaisara sudah jatuh cinta, 3 hari di Sarawak. 3 hari dia tidur dalam kelambu. Ha ha..
Bila cerita pada suami. Suami pun seronok.
Suami cakap, nanti balik kampung carilah kelambu..
Boleh pasang dalam bilik kita..
Hesyy..esok nak berkemas..bini dia juga...ha ha


Aktiviti memasang kelambu ketika di Sarawak, saya, Sharif dan Liza Bujang.
Rindu nak pasang kelambu!
Rindu nak tidur dalam kelambu..



8 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

wah kelambu!..teringat zaman sekolah. Agaknya kalau pasang sekarang..ada jugak yang jadi mainan si efa n iman..main menyorok2 hahaa.

Marzalina said...

kak NB...intan pun rindu gak nak tido dlm kelambu..dulu masa kecik2 mmg tido dlm kelambu...tiap2 malam kena pasang...intan paling tak suka lipat kelambu hehehehe...nostalgia betul la kak!

Umie said...

dulu kalu balik rumah mak mertua..memang pasang kelambu tp skrg x lagi..hehehe

GREENJADE said...

owh so nostalgic..tetibe tingat nostalgia silam..

kalu blk kg mmg kena pasang kelambu..nyamuk besar2..memasing berebut nk gantung kelambu smpai runtuh2 kelambu tuh.. :p

tp..bila time nk buka lipat..memasing larikkkkkkk ..hahahah!!

Nor Ramli said...

nostalgia..dulu masa di Kolej Mara Kulim Jln Junjung tu, memang am guna kelambu tidur waktu malam esp pada malam yang sejuk...nyamuk banyakkkkk...hihihi...kelambunya tentulah warna hijau... :D

no name. i'm sorry said...

hahah. mmg nostalgia bila tgk kelambu nih. tingat jaman kecik dulu tidur dalam kelambu sampai tercabut kelambu. tidur buas sangat. tak tahan, bangun pasang balik kelambu. lepas tu sambung tidur lagi. :D

ieda said...

masa form 5 dulu hanya saya & sorg lg kawan tdo guna kelambu...saja suka2.tp mmg best..rasa secure & privacy.
kak yati beli katil yg ada tiang tu...cantik bila pasang kelambu..macam katil pengantin...hihi

ChentaHati said...

kak... saya pun penah tido dlm kelambu. best sgt... smpi masa kat hostel pun saya angkut kelambu jgk... org lain duk perang dgn nyamuk, sy boleh tido aman damai jek. ada lagi ke jual kelambu yg macam dulu2 tu ya kak?