Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 28, 2011

HALAL

Petang semalam bawa si Qaisara ke Tesco. Mula-mula dia tidak mahu ikut. Kata dia penat kalau ikut saya bershopping. Ha ha..
Mana ada penatnya, dia duduk dalam troli.
Saya kalau bershopping seorang tak seronoklah, terutama bila nak masukkan barang dalam plastik dan pindahkan dalam kereta. Lagipun setiap bulan barang yang dibeli pasti dua troli.
Apa tidaknya susu Qaisara sahaja sudah 3 tin besar.
Jadi mahu tidak mahu Qaisara ikutlah juga.
Tiba di Tesco. dia bergeraklah dari satu rak ke satu rak membelek-belek apa yang dia suka.
Kata tak mahu ikut tapi kalau diikut, semua benda mahu dibelinya.
Tetapi mainan dia sudah tidak berminat lagi, kecuali buku atau CD.
"Buat apa tu Manja?" (Sekarang ini dia suruh kita panggil dia Manja)
"Ini umi.."
Qaisara mengarukan kepalanya sambil membelek-belek sebotol minuman lassi.
"Apa dia?"
"Tak ada tanda halal pun umi"
"Oh..cari tanda halal ke?"
Tanya saya. Qaisra menganggukkan kepalanya. Gembira juga saya kerana sekurang-kurangnya dia memerhatikan apa yang saya lakukan. Kalau sesuatu barang yang tidak biasa saya beli, saya memang akan memeriksa ada tanda halal atau tidak. Bahkan saya rasa di sekolah Qaisara pun menitikberatkan hal begini.
Dia mencapai pula Yakult dan tersenyum lebar sambil menunjukkan logo halal di botol tersebut.
"Ini adakan umi. Boleh belilahkan.."
"Ya Manja.."
"Umi halal tu , orang Islam boleh makankan?"
"Yeap.."
"Halal tu bersihkan."
Saya mengangguk lagi dan begitu gembira sekali apabila selepas itu dia membeli jejari kejupun dia memeriksa tanda halal. (Yelah..banyak juga keju yang tidak ada tanda halalkan,  ada 'lard'.).
Saya yakin kalau anak kecil ini diajar memeriksa tanda halal sejak dari usia seperti Qaisara, sampai besar pun mereka pasti menitikberatkan halal dan haram pada makanan.
Perkara yang ramai antara kita sudah lupakan.




6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam NB, Alhamdulillah..Manja sudah diasuh dan mengenal halal dr awal

Melissa Imran said...

Salam Kak Yati,

Saya rasa kita di Malaysia banyak ambil kesempatan tentang makanan Halal. Mungkin disebabkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka kita andaikan barang2 makanan pon automatik halal, sedangkan industri makanan byk dimonopoli oleh kaum bukan beragama Islam. Saya pon terlewat menyedari isu ini, tidak pernah dididik dari kecil, tp alhamdulillah ada hikmah belajar di luar negara, secara tak langsung ambil berat hal ehwal makanan yang kelak jadi darah daging. Terima kasih atas tulisan yang sangat bermakna!

dlittlekitchen said...

so sweet panggil manja plakksss.... teta ok laa suruh panggil manja, wajah pon manja.. ini solihin suruh panggil dia anja anja.. hish!! anak lelaki ku sorang nih...

tp betul laa.. makanan tu nk menjadi darah daging.. ingat laa mak slalu pesan, kalo nk masak mesti baca bismillah, insyaallah, rezeki makanan tu halal dan berkat..

insyaallah...

Leeza said...

Salam kak...nampak gebu manja dalam gambar ni. makin cute pula....alhamdulilah dia ikut akak shopping, tahu juga belajar dari pemerhatian.

Unknown said...

dah tukor nama Manja pulak... ;)
sweet benor panggil Manja..

GREENJADE said...

pandai Manje nih..cpt belajar. :)

bagus kak dipupuk dr awal..makanan kan menjadi darah daging..biarlah dr sumber yg halal :)