Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 27, 2011

HALAL DAN HARAM

Malas nak ambil gambar, gambar ini  dari pak cik google.

Ada dua pokok mangga depan rumah saya.
Satu kecil sahaja dan satu besar macam di atas tapi rendang.
Sudah berkali-kali berbuah. Sejak saya tinggal di rumah sekarang 5 tahun yang lalu.
Rasanya dah lebih 5 kali dia berbuah.
Buahnya sedap walau masih muda. Sampai adik ipar saya yang mengandung, telefon bertanya adakah buahnya lagi.
Setiap kali berbuah memang lebat. Saya rajin juga membeleknya.
Tapi tiap kali hampir masak buah ini hilang
Tidak pernah yang tidak hilang. Kadangkala sampai 10 biji hilang.
Bibik cakap mungkin pak cik guard yang ambil.
Saya cakap tidak mungkin memandangkan pengawal keselamatan di jalan masuk  rumah saya baik orangnya.
Duduk-duduk baca yassin.
Dia sendiri pernah cakap dengan saya, dia rasa nak makan mangga itu tetapi giginya tak ada.
Ha ha ha..
Satu hari bibik dapat tangkap
Orang yang kumpul dan kutip sampah.
Sambil kutip mereka sebat sekali buah mangga kami yang kebetulan memang dekat dengan tempat sampah diletakkan.
Bila bibik tunjuk jari mereka hanya tersengeh tanpa rasa bersalah.
ALLAH..ALLAH.
Kalau dia orang Islam saya sangat sedih.
Rupanya ramai lagi orang Islam sekarang ini sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

10 comments:

Nor Azlina Yusof said...

Hari tentu masa besday Teta, Aween pun perasan gak..lebat sungguh mangga akak..akak tanam macam mana ek? buah jadi lebat

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam NB, tanam dlm pagar atau luar pagar? Kalau luar pagar memang boleh sesiapa saja mengambil nya..even kalau dalam pagar, buah terjuntai di luar pagar, tak silap saya memang boleh sesiapa mengambil nya.
Pernah terbaca pasal isu ni suatu ketika dulu..wallahualam

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Aween, memang banyak buahnya letaklah baja..

Kak Nani kalaulah pokok yang terjulur di rumah jiran boleh kita makan dan ambil tanpa pengetahuan jiran kita, bagaimana pula angsa yang bila bertelur, pasti datang ke rumah saya di kampung untuk bertelur? Setiap kali dia bertelur, kami akan pulangkan kepada tuannya.

idasm said...

ida rasa kalau benda itu ada tuannya, mmg kena minta izin dr tuannya....

tp tulah manusia sekarang x kira tu semua. apalah salahnya mintak dr tuan rumah kan...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida betul sangat, pak guard2 kat situ datang dok tgk..siap kami pelawa. Nak tak? Tapi pak guard tu cakap dia nak tapi tak ada gigi..ha ha..Bukan setakat buah ida, pokok bunga, pasu.kami bagi ke jiran dan akak sendiri pun angkut jiran punya pokok..he he

Unknown said...

sabar yea kak!.. dalam dunia ni semuanya tak selamat. brg2 kita dalam rumah pun diorang kebas apatah lagi yg terjulur kat luar pagar.. hmm!..

ieda said...

kak yati..halalkan saja.nanti makin lebat buahnya..insyaAllah.antara dia dgn Allah..itu serahkan saja padaNya.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

fifah..
buah tu tak kisah pun sebenarnya tapi sedih dengan sikap orang2 Islam yang mengambil mudah halal dan haram..

Ieda memang kita boleh halalkan, tapi harus kita tegur supaya orang itu sedar silap dia. Tanggungjawab kita juga. Itu bukan antara dia dengan ALLAH sahaja, tapi antara dia dengan kita juga. Esok kalau dia cari-cari kita diakhirat, urusan kita tak selesai sebab dia. Susah jugakan. Biarlah kita selesaikan didunia sahaja..

Zana S said...

uish... tu buah mangga kak. mcm rumah pak mertua saya, belimbing buluh. asal saya tgk berbuah, nak amik masak, mesti lepas tu dah lesap.

mmg jauh bena rezeki nak makan. bila ditangkap mmg pengutip sampah ngan pekerja2 vietnam ke kemboja yang selalu jalan kaki kat situ. nak marah pun tak guna. sabarkan je lah.

GREENJADE said...

mmg tebiat manusia x reti respek org & x reti malu gamaknye kak..senansib gak mangga dpn umah mak saya nih..asal berbuah jek ilang..kdg2 x sempat nk merasa hasil tgn sndiri huhuhu