Qaisara dengan basikal yang dihadiahkan oleh saya di hari ulang tahun kelahirannya. Baju yang dipakainya adalah kiriman yang sampai dari Sarawak, hadiah dari auntie Liza Bujangnya. Susah nak ambil gambar dia sebab tengah sibuk makan mangga.
"Umi, kalau dah kahwin dapat babykan?"
'Ya, sayang. Insya-ALLAH "
Apa jugalah anak dara saya ini. Melihat dia tersenyum-senyum saya mengagak mesti ada sesuatu yang berada di fikiran dia.
"Umi kalau Teta kahwin nanti, Teta ada isterikan?"
"Bukanlah sayang, suami.."
"Oh suamikah?"
'Iye.." Aduh..topik ini terasa begitu berat untuk budak 5 tahun. Tapi layanlah..
"Bila Teta ada suami, Teta ada baby tak.."
"Insya-ALLAH.."
"Umi..umi.."
"Iye.."
"Kalau Teta ada baby dalam perutkan, bila kita makan nasikah, makan aiskrim kena tak nasi dengan aiskrim tu dekat muka baby?"
Ha ha ha..aduh, Qaisara-Qaisara. Tak adakah soalan lain anak ooiii...
Saya beritahu Qaisara, yang baby ada di dalam sarung. Jadi bila kita makan, bila minum tak kenalah muka baby. Sarung itu akan melindungi baby tersebut. Nampak dia faham walau saya sendiri was-was dengan jawapan saya. Ha ha ha..
Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca dan sahabat yang menghantar dan memberi ucapan selamat hari jadi atau selamat menyambut ulang tahun kelahiran Qaisara. Saya amat-amat menghargainya. Dalam kamus dewan Hari Jadi adalah membawa pengertian kepada . hari ulang tahun kelahiran seseorang., jadi bukannya hari dimana sesorang dijadikan. Ramai orang berkata, bukan hari jadi tapi hari lahir. Tapi sebenarnya Hari Jadi adalah bahasa yang tepat di samping hari ulang tahun kelahiran.. Ha ha ha..topik sudah terbabas. Ya Ampun....
5 comments:
salam kak..
canggih betul soalan teta tu...samapi ke situ pemikirannya. Kita tak dapat nak agak apa yang ada dalam minda budak umur 5 tahun. Kalau saya ditanya Teta sebegini mahu ternganga , tak tahu nak jawab. panik....hehehe.
cerita teta selalu buat intan ketawa hahahaa..
soalan yg kadang2 susah kita nak jelaskan,,,mereka sedang belajar...
budak cerdik memang mcm2 soalannyer..kadang2 kita pun tak sangka dia nak tanya kan.....Qaisara tu mesti tak sabar nak ada bb sendiri tu :D
hahaha soklan Teta bikin kepala pusing2 lah ...soklan2 sgt advance & sensasi...ehehehe
tp gitu lah proses pembesaran & perkembangan minda/pembelajaran kanak..kdg2 buat kita terkedu sekejap :)
Post a Comment