Petang tadi saya menghantar Qaisara ke sekolah mengaji dia. Hari pula hujan, jadi saya fikir saya tunggu sahaja di dalam kereta. Tetapi disebabkan kawan-kawan Qaisara asyik terjenguk-jenguk melihat saya. Akhirnya saya turun. Biasanya kalau saya masuk sekolah mengaji itu, saya duduk dengan budak-budak yang sudah selesai mengaji dan membacakan buku untuk mereka. Petang tadi saya habis satu buku cerita bahasa inggeris, ada yang faham ada yang saya terpaksa cerita semula dalam bahasa melayu. Kemudian salah seorang membawakan saya sebuah buku cerita hantu. Saya enggan membacanya.
'Auntie takut aik.."
Salah seorang A namanya mengusik saya.
"Taklah apa nak takut. Hantu ni semua tipu tau.."
'Ha ha..saya tengok hantu mak limah balik kampung, kelakar."
B pula ketawa. Saya terperanjat. Kanak-kanak usia 5 dan 6 tahun melihat cerita yang sebegitu.
'Jangan tengok cerita hantulah.." tegah saya.
"Alah auntie itu berlakon aje. Cerita tu kelakar gilalah" A membalas. Saya ketawa. Mereka juga ketawa.
"Auntie, auntie saya percaya kat dunia ini ada hantu." AB pula bercerita. (semua bukan nama sebenar)
"Macam mana pula AB percaya ada hantu?"
Saya tersenyum. Mahu menduga AB.
"Aunti tahu tak? Bila atok kita mati, nenek kita tinggal seorang.."
AB baru berusia 5 tahun. Dia nampak cergas budaknya.
"Lepas tu apa jadi?"
"Beberapa hari lepas tu Atok kita balik. Kata emak kita, itu bukan Atok. Itu hantu raya.."
"Allahauakbar, betulkah sayang?"
"Betul, nenek kita sampai takut-takut"
Begitu beria-ia AB bercerita. Saya melihat wajahnya. Dia nampak jujur.
"Sekarang nenek kat mana?"
"Nenek asyik menangis, asyik takut. Emak kita bawa nenek duduk sini."
Ketika itu Qaisara baru habis mengaji. Jadi saya hentikan sahaja pertanyaan saya. Saya tidak mahu Qaisara mendengar perbualan tersebut. Tetapi hati saya tertanya-tanya. Apakah cerita AB ini benar atau dia mereka cerita. Kalau dia mereka cerita tidak mungkin, dia bercerita dengan penuh keyakinan. Kalau benar cerita tersebut, sebagai emak perlukan kita bercerita mengenai atok yang pulang pada anak-anak? Apa pendapat pembaca?
aku bukan budak baik
9 months ago
6 comments:
seramnya dengar..tak mungkin budak ni pandai reka2 cerita kan....
seeloknya jangan citer benda2 camni dengan anak2 yang masih kecil..ia mencemar semangat anak2 itu.
huhuhuhu, saya plak yang takut
dia cerita yg betul tapi maknya yg buat penerangan yg salah.mungkin nenek dia ternampak bayangan arwah atoknya..
Bagusnya akak bacakan cerita bahasa Inggeris pada kanak-kanak tu.
saya yg baca ni pulak rasa seram.. isk..
Post a Comment