Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 2, 2009

MASAK-MASAK LAGI

Setiap hari-hari biasa, kerja kita orang perempuan memang memasaklah. Hari ini saya memasak lagi, lagi dan lagi. Apa nama masakan ini, saya tidak berapa ingat. Walaupun sebenarnya suami ada beritahu berkali-kali. Tapi salah satu masakan Turki. Biasa mereka menggunakan kacang dalam masakan tersebut tetapi saya menukarnya kepada asparagus. Masakan ini mudah sahaja dan biasanya di makan dengan roti.

Isi ayam, tomato yang dipotong dadu, bawang putih dan bawang merah dihiris.

Tomato puree. Dalam masakan Turki tomato puree cukup banyak digunakan.

Asparagus..


Minyak zaitun.

Tumis bawang putih, bawang merah dengan minyak zaiton, tak perlu garing kemudian masukkan isi ayam.

Masukkan air, tomato puree, tomato dan penghabisan bila sudah mendidih barulah dimasukkan asparagus dan sedikit garam.


Nah..dah siap dah pun, biasanya makanan ini di makan dengan roti (wholemeal untuk jaga kesihatan..ha.ha.). Hidangan ini untuk suami dan Qaisara. Untuk saya? Sambal dengan nasi, ikan masinlah..he.he.he


Kacang kuda ni apa kena mengena pulak? He.he. saya ingat nak buat humus. (ada dalam Kembalikan Cintaku) Tapi malaslah. Baik saya makan sahaja. Senang-senang nanti saya masukkan di dalam blog bagaimana mahu membuat humus...senang aje..

9 comments:

ain said...

Saya pun suka mkn ns ngan sambal ikan bilis pastu ikan masin sepat. fullamak...mau 2 3 pinggan kak.

dhan said...

malam-malam ni nengok makanan cam sedap jer.. hehehehe

Unknown said...

salam kakyati..

cam sedap jer.. tp tu ler minya zaitun le plak yg takde.. terima kasih kak yati berkongsi resepi masakan turki..

liza68 said...

hemm nyamanya..

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

saya tak nak buat, nak mkn yg dah siap jer...hahahaha...bila tgk gambar yg kak yati masak, terus teringin nak rasa!

Marzalina said...

nampak mcm sedap..tapi betul kata kak NB..ikan kering n sambal belacan lagi best in da world haha

idasm said...

ida pun suka masak..
thanks sharing masakan turki.. boleh tambah koleksi.. hehe..
masakan pakistan pulak byk guna tomato fresh...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain..sambal di mana jua pun ianya tetap sedap, kalau lidah melayukan..

dhan..sedap juga dhan, masam2 rasanya

Kakyong, tak ada minyak zaiton pun tak apa, hentam aje minyak apa2, kalau tak ada asparagus letak ajela kacang panjang atau kacang buncis, kalau tak ada ayam ganti ngan daging...

Milah.ha.ha..ko tak mau masak ya, nak makan aje..pandai ajelah si Milah ni..

Intan..iyelah..sambal, ikan masin..terlampaulah sedapnya..

idakan ada restoran tentu suka masakkan, akak masak biasa2 aje..da suami nak makan ida..he.he

Zaimah Zakaria said...

Sedapnya kak Yati masakan tu? Tapi sedap lagi Sambal dan ikan masin, Makan pulak dng nasi panas2. Yum , yum....