Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 17, 2009

QAISARA DEMAM DAN PESTA BUKU


Hari ini pesta buku bermula. Semalam kami sibuk mengemas. Ada beberapa orang penulis yang datang membantu. Lily Haslina dan Nora Ismail yang begitu setia dengan kami. Dan iejay Zakari yang datang menjenguk. Malam bila balik ketika saya mencium dan mengomol Qaisara saya perasaan badannya panas. Alamak! Hati saya sudah tidak sedap.
Saya bagi dia makan ubat. Tetapi malam demamnya kian hebat. Saya berjaga sepanjang malam, membasahkan tuala dan menuam badan, badan, kepalanya. Sekejap dia merengek. Sekejap dia terlelap. Hati saya terlalu hiba dan sedih. Ini dugaan tuhan. Dalam itu sempat saya membaca beberapa ayat Al-Quran ditelinganya sambil berdoa.
"Kenapa umi doa untuk teta.."
Qaisara bertanya apabila saya menadah tangan di sebelah telinganya memohon supaya anak saya disembuhkan (memang itu saya lakukan setiap kali Qaisara atau suami sakit- tapi suami ni kebal dalam 6 tahun berkahwin saya rasa dia sakit cuma 1-2 kali aje).
"Sebab umi sayang Qaisara.."
"Terima kasih umi.."
Aduhai..menitik air mata saya. Walau berusia 3 tahun, Qaisara memang tidak pernah lengkang dengan perkataan terima kasih dan maaf. Saya cium pipinya yang panas membahang.
Ketika itu saya membuat keputusan tidak akan pergi ke pesat buku hari ini. Tetapi apabila menjelang pagi. Panas badan Qaisara sudah mula urut.
"Sayang umi pergi office hari ini boleh.."
"Boleh. Tapi umi belikan teta buku ya..."
"Betul ke.."
"Betul..pergilah. Umi lepas Teta sembuh kita pergi Genting ya.."

Huwahh..ha.ha..anakku-anakku. Dalam sakit-sakit pun masih mahu fikir pasal berjalan.
Dan moga hari ini Qaisara akan bertambah baik. Saya berpesan dengan Mami Ah Kua, kalau apa-apa terjadi pada Qaisara tolong bawak Qaisara ke klinik. Syukur saya ada jiran yang baik walaupun berlainan bangsa!
Dan Terima kasih pada mu ya ALLAH..kerana memberi aku dugaan ini.!

11 comments:

Marzalina said...

salam kak NB..intan doakan agar Qaisara cepat baik dr demamnya tu. peluk cium kat dia ya kak :)

ain said...

siannya qisara demam. Semoga cepat sembuh dn boleh le jalan2 gi genting pulak.

liza68 said...

salam kak kesian qaisara semoga lekas sembuhnya ya,sabar kak ni semua ujian allah..semoga berjaya dalam ekspo buku2 tu..

Suhana Shahril said...

Ana salute lah kat k.yati ni.Teruja sgt ttg life k.yati sekluarga.Beruntungnya k.Yati.Ana kena amik petua k.Yati lah.Kena rajin2 doa kat telinga anak2,supaya mendengar kata.Penatlah skrg dh pregnant pula,tak terkejan nak melayan kesemuanya tmasuklah si ayahnya pun.Kena minta petua dr k.yati nak jadi superwoman.Huhu...

mama apih said...

salam kak yati. Hajat di hati memang nak ke pesta buku. Manalah tau dpt bersua muka dgn kak Yati tapi tak da rezeki.Mungkin bila dah sembuh...sekurangnya2 terhibur baca blog k.yati..good luck...semoga teta cepat sembuh...

dhan said...

salam k.yati...
peluk cium tuk little princess Qaisara... moga cpt sembuh.. :)

Mama Nazhan said...

Sejuk perut ibu... dapat anak mcm qaisara... sudah semestinya anak ibu juga mempunyai ibu bapa yang terbaik.
dua mlm ni pun nazhan demam... tak ketentuan tido ler mama dan papa dia.. sudahnya dua ari dah terbabas tdo... dan pg tai kena bawak gi klinik jugak... sian kat anak dan mama papa ia juga...
kak yati, novel2 baru sampai pg ni... tq.

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...

Semoga Qaisara cepat sembuh...
cam janji2 plak anak ibujunes Hakim pun demam, terdetik juga dihati..
macamane nak pergi KL ni kalo anak dah x sihat tapi Alhamdulillah bangun pagi tadi panas badannya sudah pun berkurang...

InsyaAllah kami akan bertolak ke KL pada pukul 12 malam ni...
Hendaknya Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan ibujunes, semoga kita dapat berjumpa...

Unknown said...

salam kak yati,

kalo akak ke pesta, siapa jaga Qaisara? kakyati ade helper ker?

sian akak, semalaman tak cukup rehat.. pagi pulak ke ofis.. kak makan apa bg kuat/cergas badan.?

idasm said...

cian kat si comel akak. auntie ida doakan Qaisara cepat sembuh yea....
good girl!!!

shila said...

sian anak2 kita musim demam la Kak Yati, wad kat hospital Bt Gjah pun penuh dgn budak2 demam... kena suruh minum air byk.. Naufal biasanya nak air 'acam' (masam) .. apalagi kalu bukan 100 plus...