Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 10, 2009

BULAN DARI RUMAH ATOK MANA JAUH?

Semalam ketika saya bebaring sambil menemani Qaisara tidur di katilnya, tanpa sedar Qaisara menyelak langsir dan dia kemudian menjerit.
"Eye dedeh umi..Eye dedeh, chock guzel " (mata atok umi, cantiknya..)
Itu bahasa Turki. Menurut suami kalau anak-anak ternampak bulan orang tua-tua akan menyebut perkataan tersebut. Mereka mungkin membuat perbandingan, bulan itu seperti mata atuk.

"Umi..moon umi, so nice..."
Qaisara sudah bangun. Sekejap dia cakap moon, sekejap dia cakap eye dedeh. Biarkanlah. Apabila Qaisara sudah menyelak langsir saya pun ikut duduk sambil melihat keluar dengannya. Memang cantik bulan malam tadi.


Saya ambil gambar bulan dari celah tingkap. Malas nak bangun dan keluar. Inilah hasilnya..ha.ha.


"Umi, this moon far away umi ya..."
"Yes..sayang...."
"How far umi?"
Alamak, berapa jauh ya bulan daripada bumi. Terkebil-kebil mata saya merenung wajah Qaisara...
"Jauh umi ya..:" tanya Qaisara lagi dalam bahasa Melayu lah pulak..
"Ya sayang..."
"How far umi?"
"From our house to atok house sayang"
"Ah? Sama jauh dengan atok house dekat kampung?"
Muka Qaisara sudah berkerut-kerut. Dia macam tidak percaya itu jawapan daripada saya mungkin.
"Kenapa kita boleh nampak moon umi, kita tak boleh nampak atok house?"
Wah..ha.ha..ambik kau! Terkedu saya dibuatnya. Apa saya nak jawab?

Qaisara tengah melihat bulan. Di tangan dia yang berwarna biru itu adalah tisu. Sebelum tidur kadangkala dia suka mengentel dan mengigit tisu.

"Why we can see moon? Why we cannot see atok house?"
Sekali lagi Qaisara bertanya. Matanya bercahaya menunggu jawapan saya. Saya tahu Qaisara memang cukup suka balik kampung. Kalau dua minggu tidak balik, dia sudah menyebut dan mengajak saya balik. Macam-macam alasan saya beri kepada Qaisara kenapa bulan boleh nampak tapi rumah atok tak boleh nampak. Tapi Qaisara tidak berpuas hati. Akhirnya dia sendiri cakap.
"Umi...teta rasa rumah atok lagi jauhlah dari moon. Kalau dekat hari-hari kita boleh balik kampungkan. Moon lagi dekat sebab itu kita boleh tengok moon.."
Saya menganggukkan kepalanya. Kalaulah Qaisara tahu yang bulan itu lebih jauh daripada rumah atoknya. Aduh! Mesti bertubi-tubi soalan daripada mulutnya dan satu masa nanti saya tahu, saya harus mencari jawapan. Kenapa bulan yang begitu jauh boleh dilihat tidak rumah atoknya.

9 comments:

Marzalina said...

kak NB..kadangkala susah jugak kan nak menjawab pertanyaan kanak-kanak yg bijak mcm qiasara ni..lagi dijawab lagi banyak dia tanya kan..hehehe..dulu masa intan keja mengasuh kanak2 kat hadhanah...mcm tu lah..satu dijawab..sepuluh lagi soalan akan ditanya oleh anak-anak tu..sampai intan mati akal pun ada gak hehehe..tapi kan kak, qaisara ni memang sangat bijak..

ain said...

Bijak qaisara. Bdk2 mmg cam tu lah. jwb satu soalan dia, akan keluarlah soalan2 lain yg kdg2 kita pun x de jwpan yg sesuai. kdg2 rajin nk layan, selalunya malas.hehe

KiTTuN said...

Salamz.. saya tak pernah menjengah ke sini.. sekali saya disini sudah jatuh hati. Selamat berkenalan. Suka tengok qaisara yg comel lagi pintar.

Lily Haslina Nasir said...

Ha! Ha! Kita senyum seorang diri ni baca n3 akak... pandai sungguh Qaisara sampai umi dia yg boleh karang novel 700 halaman tak terjawab soalan dia! Cayalah Qaisara! Tunggu dia besar sikit, macam macam soalan bombastik keluar...mesti akak kena tekun baca ensiklopedia pulak...

idasm said...

hehe.. lawaklah kak lily... jenuh jugak lepas ni kalau kak yati sibuk ngan ensiklopedia pulak... hehe...

liza68 said...

cantiknya bulan yang qaisara tengok tu,muka qaisara pun macam bulan..

kakyong said...

salam kak yati
not bad jugak akak snap foto bulan tu.. kakyong tiap kali snap foto bulan penuh, mesti jadi lonjong jer, double ler..
budak2 memang mcm tu kan, selalu bg soklan cepumas.. tp bagus begitu drp menerima semua nya bulat2..

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...

Itulah anak2 memang suka bertanya, selagi jawapan yang kita berikan x dapat memuaskan hati dia selagi itulah soalan lain akan menyusul...

Membesarkan anak2 bermacam ragamnya kerana setiap seorang berbeza perangainya jadi kalo dah ramai tu lagilah berbeza2...

JuliaEsqa said...

kikiki...cerdik betul..hahaha..