Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, April 20, 2009

BUKAN UMI NAIK KAPALTERBANG KE?

Inilah pas masuk untuk exhibitor di Pesta Buku yang disangka Qaisara kad pengenalan diri untuk pelancong.

Semalam semasa saya mahu ke pesta buku Qaisara menangis.
"Umi..janganlah pergi pejabat. Kakak Qasiarakan sakit..."
Rayu Qaisara. Sejak bila dia bahasakan diri dia Kakak tak tahulah saya.Tersedu-sedu saya menangis mendengar rayuan dia, sampai suami saya marahkan saya. Kata dia, kalau saya menangis, jiwa Qaisara akan menjadi lemah dan bertambah sedih. Manakan tidak saya menangis, Qaisara saya jarang tinggalkan terlalu lama. Kalau ke pejabat saya bawa, membeli barang dapur pun saya bawa. Dia amat rapat dengan saya dan ketika sakit begini saya tinggalkan dia! Saya benar-benar rasa bersalah!
Semalam ketika balik, dia menyelongkar beg saya..
"Umi! Umi pergi office ke?"
"Yalah sayang.."
"Betul ke Umi, ini apa?"
Tanya Qaisara sambil menunjukkan pas masuk untuk exhibitor kepada saya.
"Ini umi pakai di pejabat."
Saya lihat dahi Qaisara berkerut kerut. Huh! Macam menteri ada masalah pulak!
"Bukan umi pergi jalan-jalan naik uchak (kapal terbang) ke?"
"Hey..tidaklah.."
"Ya..umi pergi jalan-jalan naik uchak ni.."
Muka Qaisara sudah mencebik-cebik. Seolah-olah terlalu sedih dan mahu menangis.
"Tidaklah sayang...."
Jenuhlah saya memujuk dan menerangkan Qaisara perkara yang sebenar. Saya tahu pass masuk itu sama seperti pengenalan diri bersama nama agensi yang kami pakai ketika bercuti ke Jepun tahun lepas.
Jadi Qaisara berfikir saya pergi melancong tanpa membawa dia kali ini! Inilah anak kalau sudah terlalu pandai! Ada sahaja soalannya.

8 comments:

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...
kesian qaisara the cute girl...
ibu paham perasaan yati..anak2 bila sakit mmg memerlukan perhatian lebih tapi apa boleh buat bila tugas yang tak dapat ditinggalkan...

Harap yati banyak bersabar..InsyaAllah lepas ni qaisara pasti gembira ummi dia ajak pergi jalan...

Seronok sangat berjumpa yati n terharu sangat pada layanan yang diberi...
Itulah hadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup ibuuuu....
18 april...

ain said...

nampak gaya kak NB kena gak le bawa qisara jalan2 pi genting pas ni utk pujuk dia.hehe

Unknown said...

salam kakyati..

alahai sian qaisara... dlm sakit2 dia kena tinggal, rajuk lah hati, tu la yg mcm di pk kan...
mcm mana lah saya ni bila 3-3 semakin besor nanti..

nadz ruslan said...

salam.. semalam saya ke pesta buku.

ss
aya cari qaisara nak saksikan kecomelan dia secara live. huhu tak jumpa.
tapi saya nampak hubby puan dan puan. tapi takutlah nak tegur. hihi

seronok sangat tengok novel puan murahnyaaa rm20-rm16!!!
sayangnya saya short duit.
bank ramai sangat!

WeBViDeOKLiP said...

jom2 pi pesta buku!!

ina said...

tgk airmata sara dipipinya,sy sendiri rasa sedih. tinggalkan anak dlm dia tak sihat mmg susah sekali..

harap2 anak2 faham ibu mereka...

dhan said...

salam k.yati...
teruja sgt jumpa k.yati.. tgk wajah k.yati cam mulus sgt... xpuas pandang...
moga panjang umur kita jumpa lagi..
muahhhs

Unknown said...

salam kakyati,

kakyong telah kidnap sekeping foto akak& kaknik.. boley yer..

kakyong juga ade tag utk akak, sudi lah melayannyer.. http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/puyu-ruan-tag-hobby.html