Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, April 13, 2009

GOOD BABA GOOD!


"Please baba, please.."
Saya mendengar Qaisara bersuara, dia berdiri di sebelah Babanya yang hampir memejamkan matanyanya.
"What?"
Suami saya bersuara agak kuat. Mungkin marah kerana mahu sahaja melelapkan matanya, Qaisara sudah berdiri di sebelahnya.
"Please stand up.."
Qaisara menyuruh babanya. Qaisara ini memang agak pelik, kalau dengan saya dia akan bercakap di dalam bahasa melayu, kalau dengan babanya dia tahu bercakap bahasa inggeris atau Turki.
"Why I have to stand up?" Suami merenung Qaisara dengan pandangan yang pelik.
"Stand up and walk baba, please.."
Qaisara menemukan kedua-dua telapak tangannya sambil mengoyangkan tangannya beberapa kali di hadapan babanya. Saya ketawa besar melihat kelakuan Qaisara.
"Please baba, stand up and walk. Dont sleep baba.."
Suami saya tersengeh, mahu dengan tidak. Suami saya terpaksa bangun dan berjalan jalan di ruang tamu rumah.
"Good baba, good.." saya dengar Qaisara memuji babanya.
Huh! Bagus Qaisara bagus, saya berkata dalam hati. Kalau saya cakap, suami tidak akan bangun, berdiri tegak pun tidak mahu. Manakan tidak, dia baru sahaja lepas makan malam. Lepas makan terus membaringkan badan di sofa. Tebiat yang sering saya tegur tapi tidak diendahkan langsung. Kata dia, memang selepas makan..matanya akan mengantuk. Suami pasti akan melelapkan mata, barang sepuluh atau dua puluh minit.
"You ajar dia cakap macam tu ke?" Suami bertanya. Saya geleng kepala.
"Habis macamana dia boleh suruh I bangun dan berjalan."
Saya tersengeh. Saya memang jarang makan malam bersama suami kerana waktu makannya yang terlalu lewat (10 malam kadangkala) saya sering makan selewat2 pukul 7 malam., ketika itu suami masih belum pulang lagi Sejak akhir-akhir ini selepas makan saya akan berjalan sebanyak 100 langkah. Petua yang saya dapat daripada satu majalah kesihatan. Qaisara tidak pernah bertanya tetapi sering memerhati dan mengikut saya berjalan dari belakang.
Mungkin sebab itu agaknya dia memaksa babanya bangun dan berjalan selepas makan. Huh..sekali lagi. Suami kalau isteri menegur mana pernah nak dengar!

10 comments:

Lily Haslina Nasir said...

ha ha ha.. sama haiqal.. selalu bising kalau lepas makan kami tergolek.. kata dia... jangan tidur! bangun! nanti perut buncit!

Mana dia belajar entahle.. budak-budak sekarang ni terlebih ilmu ya!

Marzalina said...

salam kak..qaisara ni lucu lah..pagi-pagi dah buat intan tersenyum baca kisah dia :)

Nik Fauziah Nik Hussin said...

kak, klu da tahu gitu..pasang strategi biar anak tegur suami heheh!

ain said...

bagus le qaisara!..tips yg bagus ni jln2 100 langkah lps mkn. sy ni pun mcm hubby akak gak..klu pas mkn mesti rasa nak lepak2 atas katillll!!

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Besar pengaruh anak pd ibu bapa! Nak bergaduh pun trpaksa dlm keadaan 'teman tp mesra'...hahaha

idasm said...

hahaha...lawaknya qaisara ni...mesti cute giler bila dia cakap... good baba, good. Ishh.. bilalah dpt bersua ngan Qaisara ni...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...

tersenyum ibu baca n3 ni...mmglah kalo suami ni....hehehe

nanti insyaAllah ibu akan ke pwtc, harap2 dapat jumpa yati...
kali pertama dapat pergi itu pun sambil menyelam minum air ni..hehehe

tujuannya anak ibu yg nk amik PMR kena vat keje khusus sejarah nak bangunan bersejarah..ibu pun cadangkan keretapi tanah melayu kuala lumpur...
InsyaAllah bertolak malam sabtu dan akan berada di KL pada hari sabtu malamnya kami sekeluarga akan bertolak balik...

Singgah Cuci.com said...
This comment has been removed by the author.
kakyong said...

salam kakYati,
kdg2 bagus juga yer bila ayah dah tak nak dengor ckp ibu, ade anak2 tolong ingatkan..

Syaqila said...

dengar bolek, ikut tuh susah sket la.. hehehe