Kalau pembantu rumah saya tidak mengingatkan saya hari lahir Ojan! Aduh..mati-mati saya lupa. Saya tidak pernah lupa dengan buah hati saya ini apatah hari lahirnya! Dia lahir pada 30 Mac 1994, sekarang sudah 1hb April!.Dia anak buah saya yang pertama, yang saya tunggu ke lahirannya di luar labour room ketika kakak saya sudah mengadu sakit, di hospital Rawatan Islam jalan Ipoh. Dialah yang saya jaga sejak kecil. Tidur dilengan saya, yang selalu saya gomol dan cium. Dialah yang selalu menghiburkan hati saya yang sedang rawan. Dia yang semasa kecilnya selalu memberitahu saya.
"Andak bila Ojan dah besar, Ojan dah kaya. Nanti Ojan belikan Andak kereta kancil tau. Warna hijau untuk Andak dan warna merah untuk umi.."
Ha.ha.ha.
Sekarang dia sudah besar. Sudah penuh jerawat di muka. Tetapi dia tetap Ojan saya atau Muhammad Afnan Fauzan yang baik dan kadangkala dipanggil skema. Anak buah yang masih lagi mahu tidur dilengan emak saudaranya. Yang masih membiarkan pipi dan kepalanya dicium oleh saya. Sentiasa mengekori saya ke mana-mana sahaja saya pergi. Walau kadangkala dia marah juga saya yang sering bershopping terlalu lama. Sehingga tercabut kaki dia, katanya. Rasanya baru sekejap saya melihat dia lahir ke dunia dan sekarang sudah besar panjang. Akan mengambil PMR tahun ini (saya janji mahu bawa di ke London kalau dia dapat 8A atau motor Sutun yang berwarna pink ha..ha.ha-ingat dia nak? Tak ingin dia!)
Saya tahu dia akan rasa lebih bahagia kalau dibelikan apa-apa games yang diminatinya.
Tak apalah sayang. Berapa A pun yang Ojan dapat nanti. Andak tetap sayangkan Ojan. Doa andak Ojan akan jadi umat Islam yang taat kepada ALLAH, taat kepada ibu dan bapa dan jadi insan yang Kamil. SELAMAT HARI JADI YANG KE 15 SAYANG!

5 comments:
Happy belated bday untuk ojan ye. Untung ada mak sedara mcm andak tau. belajar rajin2..nanti dpt gi london. hihi. Ojan baya anak saya yg tua, tahun ni pun nak pmr. Semoga mereka berdua berjaya!
Salam ain..
Oh..zati tu ke ain? yang berada diN9, moga2 anak2 kita akan berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi menjadi insan yang baik. Bagi akak ain..akak tak harap anak2 terlalu berjaya, asalkan dia sayang dan hormatkan kita dan sentiasa berada di sisi kita dalam waktu susah dan senangkan!
selamat hari jadi ojan..sama dgan hari lahir anak saudara liza yg perempuan c nana tapi umur 8 thun tapi ya allah nakalmya tuhan ja tahu..ojan 15thun..hari dan bulan sama tapi tahun tak..kha..kha..semoga dapat 8A dapat terbang pergi england main salji..bila musim salji..untung ojan dapat andak yg baik..
salam kak yati..
alamak andak ojan ni semakin berusia semakin pelupa pulak..he..he.. takpelah kak yati, walaupun bukan hari istimewa sekalipun, tentu kasih sayang kak yati melimpah ruah pada anak buah akak ni kan. tentu juga akak sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak2 buah kesayangan akak. Yang penting sekali tentu Ojan pun tahu andaknya sudah semakin tua. sebab tu lupa... he...he...
salam yati...
walaupun agak lambat tetap gak nak ucapkan->>SELAMAT HARI LAHIR vat OJAN..
sama umur ngan anak saya yang sulong, tapi dia 20 april...
kita doakan semoga anak2 kita beroleh keputusan yang baik dalam PMR nanti...INSYAALLAH!!!
Post a Comment