Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 15, 2009

99 BALLONS



Mungkin ada pembaca blog saya telah menonton video ini di Youtube. Saya melihatnya ketika menyaksikan rancangan Oprah baru-baru ini. Ketika menonton video ini, memang perasaan sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Bagaimana sepasang suami isteri Ginny dan Matt menantikan kelahiran bayinya yang menurut anggaran doktor tidak sempat dilahirkan. Kelahirannya adalah satu keajaiban, dan diberi nama Eliot. Eliot menghidapi penyakit Trisomi 18. Penyakit di mana dia mempunyai jantung yang lemah, kekeliruan DNA dan juga masalah buah pinggang.
Walau harapan untuk anaknya membesar memang langsung tidak ujud, Ginny dan Matt, menikmati setiap hari kehadiran Elliot dengan rasa gembira. Mereka mengadakan sambutan hari jadi ketika Elliot berusia 1 bulan dan menyambutnya setiap bulan yang berikutnya. Setiap detik bersama Elliot bagi mereka sangat berharga walaupun terpaksa bersengkang mata menjaga Elliot yang sakit.
Akhirnya Elliot diambil tuhan ketika dia berusia 99 hari. Ketika dihari pegebumian Elliot sebanyak 99 belon telah dilepaskan.
Saya amat kagum dengan sikap positif ibubapa Elliot yang menerima segala takdir dnegan hati yang terbuka. Bahkan setiap detik yang berlalu bersama Elliot mereka nikmati dengan sesungguh hati.
Ini mengingatkan saya pada diri saya sendiri? Syukur anak saya dilahirkan sihat, comel dan bijak. Tapi apakah saya nikmati setiap saat bersama dengan anak saya? Adakah saya sabar dengan anak saya yang kadangkala nakalnya keterlaluan? Kenapa setiap kali membuat sesuatu yang menaikkan kemarahan saya, cepat sahaja saya menghukum dia?
Contohnya, apabila dia membongkar barangan mainnya dan melambakkannya saya sudah menjerit marah walau tidak sampai memukul. Apabila dia sudah menyapu yogurt di seluruh telivisyen dan sofa saya sudah menghukumnya. Bukankah sebagai ibu saya perlu sabar dan menikmati segala perlakuan anak saya itu, sesuatu yang positif dan dengan lapang dada.
Diakhir menonton video ini saya benar-benar menangis. Saya kagum dengan ketabahan Ginny dan Matt dan saya malu pada diri saya sendiri yang kadangkala kurang sabar.

10 comments:

ain said...

kak NB...sy pun mcm akak juga, pantang ank buat sepah sikit..dh nak melenting, buktinya latest post saya le tu. sepatutnya saya kena cari mechanisma yg lebih berbentuk psikologi approach dpd terus menghukum dia. Kita ni ibu2 mmg sarat dgn kasih syg tapi malu nak tunjukkan secara terang terangan. Kita lebih suka tunjukkan kuasa kita sbg seorang ibu. Kita lebih suka memberi amaran dpd menasihati, suka terus menghukum dpd mencari penyelesaian.
Kita sayang mereka teramat tapi kita tidak luahkan wlu pun sedikit, kita mrhkan mereka sedikit tp kita luahkn berlebihan.
tahu apa yg kita buat x elok tp tetap mengulanginya. Ntah la....

p/s...sedih tengok video elliot, teringat anak2 kat sek. moga2 Allah lindungi mereka semua.

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...

menitis airmata ibu bila tgok video ni....
terasa diri kekadang terlebih2 marah dan menghukum anak2...hwuaaa(T_T)

itulah, kita nak yang terbaik vat mereka tetapi kekadang tersasar dari yang sepatutnya.....dan kena sentiasa memperbaiki diri ini
-->peringatan untuk diri ibu sendiri...InsyAllah.

SRISUFI said...

Salam kak Yati...

lamanya saya tidak ke sini. Apa khabar akak? Tentunya sibuk membuat persediaan pesta buku nanti kan?
Saya pasti akan mengunjungi gerai akak.

saya link akak ye

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Mereka syurga rumah tangga kita...

Kami bkn tension dengan anak berusia 4 thn tapi tension dgn abang yg berusia 12 thn!!!

Unknown said...

Kak Yati,

Kalau belum baca blog ni, sila baca.. saya sangat terharu bila baca blog ni.

http://www.fajaril.net/blog/

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam ain..
Yelah ain, kita selalu take for grantedkan..sbb ibu bapa kita harusnya lebih lembut dgn mengunakan pendekatan psikologi, pengukuhan bukannya hukuman..

Ibujunes
marilah kita memperbaiki diri sebagai ibu..

Srisufi..
yelah sibuk dengan pesta bukulah dik...thanks dgn link tu

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Jamilah..
tension dgn mereka sekejap sahaja..lepasnya kita lebih berasa belas..

Norwahida..
mengenai amir yusof tu akak tahu, dihari pengebumian dia, ada email dihantar pada akak..cuma mengenai elliot ini, akak kagum dgn ibu dan ayahnya yg tidak berkeluh kesah tetapi menikmati setiap saat dengan anaknya dengan hati yang terbuka.

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

salam kak yati,
1st time tinggal jejak sbb nak kongsi perasaan dgn kak yati pasal youtube ni...
menangis sya tgk youtube ni...
tadi pagi baca metro dahlah pasal buang bayi sampai kena hurung semut...
pastu tgk parents hargai bayi sampai mcm ni.. aduh!
berderai sungguh air mata...
~dari ummu umar~

ina said...

klu citer psl anak, mmg ada airmata yg menitis.anak sy tiap org ada ragamnye. bila dah besar ada juga ragam yg kena kita selarikan.

sy tak sanggup nak tgk sbb airmata sy murah sekali utk tumpah.balik nanti pasti sy peluk si kecil sy, Alisha. atau silap2 sy nak berenti keje dan tumpu perhatian pd anak2..(mmg itu cita2 sy selama ni..)

kita doakan agar diri kita sentiasa kebal mealhrikan kasihsyg pd anak2 yg diamanahkan pd kita..

apapun dah lama nak ckp,anak yati tomei bangat dan bijak sekali. sy hrp dpt jumpa yati di pesta buku ..ada nvl yg ingin dibeli...

jati said...

budak jika kita pukul, esok buat balik macam ne nak ajar budak 2 tahun lebih tu.