Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 31, 2011

SOALAN APAKAH INI?



Saya paling tidak suka apabila orang bertanyakan soalan sebegini pada Qaisara.
"Which one do you love more, your baba or umi?"
atau
"Siapa Qaisara paling sayang, umi atau baba?"
Aduh..soalan apakah ini? Tidak adakah soalan yang lebih bijak yang harus ditanya pada seorang kanak-kanak. Nasib baik Qaisara selalu menjawab.
"I love baba and umi.. atau
"Teta sayang umi dengan baba"
Kenapa soalan ini perlu diajukan pada kanak-kanak dan meletakkan kanak-kanak pada keadaan serba salah?
"Kenapa orang tanya Teta sayang siapa umi? Tetakan anak umi dan baba.."
Ya..Qaisara pernah bertanyakan saya soalan yang sebegini. Walau dia masih kecil tetapi dia tertanya-tanya, kenapa dari soalan tersebut dia harus memilih antara satu sedangkan ke dua-duanya dia sayangi?
Saya pernah terdengar di telivisyen, seorang pengacara rancangan kanak-kanak bertanyakan soalan tersebut pada seorang kanak-kanak dan kanak-kanak itu menjawab
"Sayang ibu.." dan pengacara itu melanjutkan lagi pertanyaan
"Kenapa sayang ibu lebih?"

Ya ALLAH, saya rasa kalau saya ada di situ mahu sahaja tumbuk muka pengacara itu. Kenapa dia bertanya soalan yang menyebabkan kanak-kanak terpaksa memilih dan menyatakan kebaikan sebelah pihak dan memperlihatkan keburukan sebelah pihak yang lain.
Isu ini timbul apabila saya membawa Qaisara ke doktor dan doktor tersebut bertanya soalan tersebut pada Qaisara. Saya mahu marah tetapi kerana Qaisara menjawab  " Iove my umi and baba doctor" saya tidak jadi marah, bahkan saya bangga kerana Qaisara menghargai ke dua-dua ibu dan bapanya.



Saturday, January 29, 2011

KUIH CHANG

Setiap kali Tahun Baharu Cina, saya pasti teringat beberapa jenis kuih yang dimasak oleh jiran cina saya. Kuih bakul dan kuih Chang adalah di antaranya. Kuih bakul memang saya sangat suka makan tetapi sekarang susah rasanya mahu mencari kuih bakul yang halal.

Kuih chang ini adalah salah satu jenis makanan dari kaum Baba Nyonya. Saya masih ingat, kalau dulu-dulu jiran cina saya mahu membuat kuih chang ini, saya selalu mengikut dia mencari daun buluh. Proses membuat kuih chang ini adalah agak rumit. Daun kena direndam dahulu semalam, direbus supaya daun buluh akan menjadi lembut. Kemudian memasak beras pulut di atas api terlebih dahulu dan akan direbus selama tiga jam. Kuih chang ini ada yang berinti dan ada yang kosong.


Orang melayu di Melaka dah pandai buat kuih ini, tiap kali saya balik Melaka kalau ke pasar Melaka, saya harus beli. Makan dengan sambal pun sedap, dengan sri kaya pun sedap..kalau dengan kari lagi sedap. Resipi? Alamak..saya tahu begitu-begitu sahaja tetapi tak pernah buat. He he he..


Friday, January 28, 2011

HALAL

Petang semalam bawa si Qaisara ke Tesco. Mula-mula dia tidak mahu ikut. Kata dia penat kalau ikut saya bershopping. Ha ha..
Mana ada penatnya, dia duduk dalam troli.
Saya kalau bershopping seorang tak seronoklah, terutama bila nak masukkan barang dalam plastik dan pindahkan dalam kereta. Lagipun setiap bulan barang yang dibeli pasti dua troli.
Apa tidaknya susu Qaisara sahaja sudah 3 tin besar.
Jadi mahu tidak mahu Qaisara ikutlah juga.
Tiba di Tesco. dia bergeraklah dari satu rak ke satu rak membelek-belek apa yang dia suka.
Kata tak mahu ikut tapi kalau diikut, semua benda mahu dibelinya.
Tetapi mainan dia sudah tidak berminat lagi, kecuali buku atau CD.
"Buat apa tu Manja?" (Sekarang ini dia suruh kita panggil dia Manja)
"Ini umi.."
Qaisara mengarukan kepalanya sambil membelek-belek sebotol minuman lassi.
"Apa dia?"
"Tak ada tanda halal pun umi"
"Oh..cari tanda halal ke?"
Tanya saya. Qaisra menganggukkan kepalanya. Gembira juga saya kerana sekurang-kurangnya dia memerhatikan apa yang saya lakukan. Kalau sesuatu barang yang tidak biasa saya beli, saya memang akan memeriksa ada tanda halal atau tidak. Bahkan saya rasa di sekolah Qaisara pun menitikberatkan hal begini.
Dia mencapai pula Yakult dan tersenyum lebar sambil menunjukkan logo halal di botol tersebut.
"Ini adakan umi. Boleh belilahkan.."
"Ya Manja.."
"Umi halal tu , orang Islam boleh makankan?"
"Yeap.."
"Halal tu bersihkan."
Saya mengangguk lagi dan begitu gembira sekali apabila selepas itu dia membeli jejari kejupun dia memeriksa tanda halal. (Yelah..banyak juga keju yang tidak ada tanda halalkan,  ada 'lard'.).
Saya yakin kalau anak kecil ini diajar memeriksa tanda halal sejak dari usia seperti Qaisara, sampai besar pun mereka pasti menitikberatkan halal dan haram pada makanan.
Perkara yang ramai antara kita sudah lupakan.




Thursday, January 27, 2011

HALAL DAN HARAM

Malas nak ambil gambar, gambar ini  dari pak cik google.

Ada dua pokok mangga depan rumah saya.
Satu kecil sahaja dan satu besar macam di atas tapi rendang.
Sudah berkali-kali berbuah. Sejak saya tinggal di rumah sekarang 5 tahun yang lalu.
Rasanya dah lebih 5 kali dia berbuah.
Buahnya sedap walau masih muda. Sampai adik ipar saya yang mengandung, telefon bertanya adakah buahnya lagi.
Setiap kali berbuah memang lebat. Saya rajin juga membeleknya.
Tapi tiap kali hampir masak buah ini hilang
Tidak pernah yang tidak hilang. Kadangkala sampai 10 biji hilang.
Bibik cakap mungkin pak cik guard yang ambil.
Saya cakap tidak mungkin memandangkan pengawal keselamatan di jalan masuk  rumah saya baik orangnya.
Duduk-duduk baca yassin.
Dia sendiri pernah cakap dengan saya, dia rasa nak makan mangga itu tetapi giginya tak ada.
Ha ha ha..
Satu hari bibik dapat tangkap
Orang yang kumpul dan kutip sampah.
Sambil kutip mereka sebat sekali buah mangga kami yang kebetulan memang dekat dengan tempat sampah diletakkan.
Bila bibik tunjuk jari mereka hanya tersengeh tanpa rasa bersalah.
ALLAH..ALLAH.
Kalau dia orang Islam saya sangat sedih.
Rupanya ramai lagi orang Islam sekarang ini sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

Wednesday, January 26, 2011

MINAH KUNTUM

Saya memang sukakan bunga, bahkan bunga juga yang meriangkan hidup saya. Dapat hadiah bunga pasti mengembirakan hidup. Tak kiralah bunga apa. Ini hadiah dari Kusyi Hirdan. Ini bunga bukan sebarang bunga. Ini bunga serba guna. Ha haha..
-

-



-


-

-

Tengok!


Bila dibuka ianya boleh dijadikan beg serbaguna. Sekarang setiap sabtu tak ada beg plastikan. Jadi senang bawa beg ini, sangkut sahaja dibeg anda bila pergi bershopping. Buka bila mahu digunakan.


Kata Qaisara boleh buat  apron umi untuk masak-masak. Qaisara memang suka masak-masak. Ha ha.. pandai juga idea Qaisarakan. Lagi boleh buat apa Ta?


Boleh letak atas kepala bila hujan! Ha ha..pandai anak umi!


Tuesday, January 25, 2011

IPAD AL QURAN

Saya memang selalu travel, kadangkala saya bawa Al-Quran untuk menghilangkan bosan di dalam kapalterbang. tetapi saya mahukan Al Quran yang boleh saya bawa ke mana-mana tanpa keraguan dan saya jumpa Al-Quran i-pad ini.

Saya bukan seorang yang teruja sangat dengan pelbagai gajet macam ipod, ipad atau iphone (pernah pakai iphone tapi tak suka.) saya lebih suka dengan hphone murah yang mudah saya tekan dan saya hantar SMS. Tapi ipad Al-Quran ini memang saya suka sangat.

Ada tafsiran dan hadis sekali di dalamnya. Ada beberapa recitor yang kita boleh pilih bacaannya.

Datang dengan sampul yang sangat cantik.


Ada beberapa application di dalamnya.


Al-Quran yang boleh bawa ke mana-mana. Di masukkan ke dalam beg sahaja. Harganya saya beli RM780. Murah dari harga pasaran biasa (biasanya RM1200). Yelah dari kita beli ipad yang harga beribu-ribu. Baik beli ipad Al-Quran nikan. Pahala mendengar dapat, pahala membaca pun dapat. Boleh hubunngi Zul  di tel no 0162746250

Monday, January 24, 2011

MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA


yong tau foo di Melaka dimakan dengan sup, memang sedap.

Sabtu lepas saya teringin sungguh mahu makan yong tau fo0 yang satu ketika dahulu saya selalu makan di satu selekoh di Bandar Hilir. Kedai itu sudah tidak ada lagi kerana sudah dijadikan tempat letak kereta. Akhirnya saya pergi ke sebuah kedai di Semabok yang ada menjual yong tau foo. Saya beli sekali satay untuk dibawa pulang.
Pagi minggu saya bersarapan yong tau foo bersama ayah saya. Lebihan semalam.
"Arwah pak cik Khamis kamu dulu suka sangat makan Yong Tau foo di Semabok." (tempat yang sama saya beli). Selalu kami makan di situ."
"Kat situlah orang beli.." Saya beritahu ayah saya.
 Teringat saya pada pak cik Khamis kawan ayah saya yang tidak pernah mengatakan tidak, apabila ayah saya mengajak ke mana-mana. Pak Cik Khamis memang rajin mengekor ayah saya dan mereka menjadi sahabat yang baik. Bila dia meninggal kerana penyakit kronik. Saya tahu ayah saya kehilangan seorang sahabat yang cukup baik.
Saya tahu ayah rindukan sahabatnya itu. Saya sendiri kadangkala seperti melihat kelibat Pak Cik Khamis datang ke rumah saya dan kadangkala bila ayah saya keluar berjalan. Saya pernah bertanya emak tiri saya. Apakah ayah saya keluar dengan pak cik Khamsis? Sedangkan pak cik Khamis sudah lama meninggal dunia.
Bagi saya orang yang baik, akan kita ingat sampai bila-bila. Ingatan itu tidak akan terpadam walau bertahun-tahun berlalu. Benarlah kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.


Saturday, January 22, 2011

RECYLE LAGI!

Di rumah saya memang selalu ada dodol.
Dodol ini makanan kegemaran suami dan Qaisara.
Suami sebut dodol ni DOL DOL. Ha ha ha
Tapi bila dah keras kejung, baik Qaisara atau suami, tak mahu makan.
Jadi selalunya saya goreng.
Bila goreng dia akan lembut semula dan saya dengan bibik pula akan berlumba-lumba makan.
Dia macam mengoreng pisang sahaja.
Tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung,
Di sebelah dodol goreng tu, pisang salai.
Dari terperap dalam peti ais, goreng pun sedap..
Makan dengan teh limau panas..
Enak kali...kata orang Medan..ha ha



Friday, January 21, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.., pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek :
"Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau :
 "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
 "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal malam nanti dia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat..Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun :
"Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang kalai ini orang itu dilepaskan juga. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan :
"Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya . Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu.
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati.
Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga.
"Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata :
"Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya .
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula
: "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :
"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."




Thursday, January 20, 2011

KENAPA SAYA TAK SUKA JUMPA DOKTOR YANG SAYA TIDAK KENAL

Sudah seminggu saya batuk-batuk dan saya tidak pergi berjumpa dengan doktor. Ada dua klinik yang selalu pergi dan tahu ubat apa yang harus diberi pada saya. Satu klinik di Ampang, tetapi doktor perempuan berpurdah sudah tidak ada lagi. Doktor kedua, doktor wanita juga (saya tidak tahu kenapa saya suka dengan doktor wanita. Mungkin mereka lebih empati dan simpati.). Bila saya menelefon doktor yang selalu melayan saya tidak ada. bercuti. Jadi saya tunggulah dia balik. Kalau tiga bulan dia bersalin. Tiga bulanlah saya tunggu. Ha ha.. Walau klinik yang sama tetapi saya sudah terkena, doktor berlainan diagnosisnya berlainan dan dia beri saya ubat berlainan. Qaisara sendiri tidak suka doktor lelaki. Kata dia doktor lelaki menakutkan. Pediatrician Qaisara pun perempuan.

Saya rasa bosan berjumpa dengan doktor yang tidak saya kenal walau terlalu banyak klinik yang berada di keliling saya. Kenapa saya tidak suka berjumpa dengan doktor yang saya tidak tahu.

1. Mostly the are  not friendly, never smile, and seem  irritated.  I feel extremely uncomfortable having to even approach her/he as she/her is  not nice or friendly.  Bila kita masuk bilik, doktor tersebut bertanya kita. Sakit apa? Bila kita bercerita dia akan tunduk dan menulis seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang katakan. They behave like we are burden!
2. They give me wrong medicine . Biasanya saya mengambil dexcophan, ya saya serasi dengan ubat yang itu.  Tetapi bila saya pergi ke klinik lain, saya explain saya ambil ubat tersebut. Mereka tidak ada ubat tersebut. Kadangkala mereka mengantikan dengan Sedilix.  More worse they  gave me Bena walau saya cakap Bena tidak serasi. Dengan Bena tangan saya akan mengigil dan saya terhoyong hayang macam orang menagih.
3. Wrong diagnosi. Oh..pernah terjadi pada saya bila doktor mengatakan saya ada asama, sedangkan doktor lain mengatakan kerana saya batuk terlalu lama maka dada saya berbunyi dan kes terbaru terkena pada bibik saya. Saya bawa dia berjumpa 3 doktor dan 2 klinik yang sama. Bibik komplen  belakangnya sakit. Tidak tahan. Doktor pertama memberi pain killer dan koyok. Saya bawa jumpa doktor kedua apabila penyakitnya makin kambuh, doktor tersebut menyuruh saya membawa bibik berurut kata dia bibik terkehel. Saya ikut sahaja kata doktor dan saya bawa bibik berurut dan natijahnya, 3 hari bibik tidak bangun. Saya bawa lagi bibik berjumpa doktor yang berlainan tetapi di klinik yang sama dan doktor itu mengatakan yang bibik terkena kencing kotor. Ubat diberi dan alhamdulilah sembuh. Ianya memakan masa 3 minggu dan menghabiskan duit termasuk duit doktor, ubat dan juga urutan.
4. Over friendly. Ha ha..ini doktor memang mujarab, dia tahu siapa saya. Dia tahu keluarga saya, suami saya dan apabila saya masuk ke biliknya, alamat satu jamlah saya tidak keluar. Dia asyik bercerita di mana dia bercuti, di mana dia buat facial.  Dan bila saya keluar, orang yang menunggu diluar akan masam mukanya..


Wednesday, January 19, 2011

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS

JOM KITA LAYAN GAMBAR LAGI.

wartawan masa cuti pun bekerja..he he


Muslim model of the year..Wanupeh.


Pengantin baru, adik saya..Ustaz Khairul

Keluarga taukeh kek, dlittle kitchen.


Semua senyum saya sahaja yang serius ya..ha ha


Apa yang bagus tu Masz


Dah kenyang ke atau meehon tu tak sedap Kusyi?


Ada yang bercerita, ada yang ambil gambar dan ada yang melopong mendengar cerita. Ha ha ha


Satu kek untuk Teta dan satu lagi untuk pembaca yang menyambut hari jadi..



Balkish yang hyper, kayuh basikal jatuh terlentang dan boleh bangun balik tanpa apa-apa rasa sakit.


Saya dan Balkish. Lawan siapa yang besar sudah tentulah sayakan!


Che Anis sempat mencuba motorbasikal saya. Dia dikejar anak-anak yang mahu membonceng.


Kusyi bercerita Ida mendengar penuh khusyuk ha ha ha..



Mawar Merah, Siti Soleha dan Yan yang baru pertama kali saya jumpa.


Najmi yang pemalu bersama bondanya Roslaini yang sangat comel.


Ha ha..asal kami ambil gambar macam ni ya? Bersama Tasha..



Tuesday, January 18, 2011

MOON AND STARS


Malam tadi saya membacakan Qaisara buku mengenai bulan dan bintang.

“The moon and stars are your friends. You can tell them your secrets. They have watched over human for thousands of years”
Itu salah satu cerita saya. Terkebil-kebil mata Qaisara.
“I can tell them all my secrets umi?” Mata Qaisara sangat bercahaya dan teruja.
“Yes sayang, moon and stars are good friends, the wont tell your secrets to anybody.”
Saya pun menunjukkanlah contoh bagaimana bercakap dengan bulan dan bintang. Contohnya macam kita malu menyatakan perasaan pada seseorang dan kita tidak mahu orang lain tahu. (macam tak kena ajekan dengan budak 5 tahun..ha ha ha). Terkebil-kebil mata Qaisara mendengar cerita saya. Saya tahu dia tengah berfikir.
“Umi..of course, moon and stars can keep our secrets, they can’t speak umi. They only can listen. If they can speak they tell your secrets to everybody umi...”:
Kah kah kah terperanjat sungguh saya dengan jawapan Qaisara. Padan muka, budak-budak sekarang saya rasa lebih banyak berfikir secara logik. Sedangkan kita dahulu kalau dengar orang bercerita, walau cerita dongeng sekali pun pantas sahaja mempercayai tanpa memikirkan apa-apa.



Monday, January 17, 2011

SEKITAR MAJLIS HARI JADI QAISARA, PENULIS KUSYI HIRDAN DAN PEMBACA

BIARLAH GAMBAR BERBICARA..

Balkish dan Teta


 Barisan yang menyambut hari jadi semalam. Dari usia 8 tahun sehingga 47 tahun.


Benazir, suaminya kawan suami saya. Suaminya orang Turki dan Benazir orang Malaysia. Tetapi wajah Benazir pun dah macam muka orang Turki. Oh saya sangat suka sekali dengan anaknya Yasssin yang sangat comel. Sampai berangan-angan  nak dapat anak lelaki secomel Yassin. Lepas majlis saya asyik bercerita sahaja dengan suami pasal baby dan suami sengeh-sengeh  sahaja.

"Kalau kita ada anak kecil kita nampak mudakan ling" saya beritahu suami saya dan suami saya sangat bersetuju. Ha ha..


Kek ini permintaan Qaisara, mesti ada dora dan strawberi umi padahal bukan dia makan pun strawberi tu. Seperti biasa kek ini dari dlittle kitchen. Cuma Teta tak puas hati masa upacara meniup belon..tak ada lilin atas keknya. Siapalah salah letak di kek lagi satu. (ada dua kek, satu kek untuk pembaca dan satu untuk
Qaisara)



Dua-dua anak kacukan Turki.  Saya asyik letak gambar Yassin sahajakan. Suka dengan baby ni..ha ha yang riuh mulutnya bercakap.


Masa ini saya cuak gila. Orang ramai datang dan saya risau makanan tak cukup. Tapi syukur sangat-sangat. Makanan berlebih dan ada yang dapat membawa balik.. Benarlah kata orang, makanan yang sedikit kalau dikongsi beramai-ramai pasti berkat. Harap-harap yang datang berpuas hati dengan makanan yang separuh saya pesan dari katering dan separuh saya masak.

cookies untuk anak-anak..


Zul suami penulis Kusyi Hirdan tengah buat audit makanan..ha ha

Tak sangka taukeh restoran datang..ha ha..Ida adik saya ni kalau ajak dia masa raya, memang tak boleh datanglah dia. Sebab dia pun sibuk. Alhamdulilah dia dapat datang hari ini..

Qaisara sebelum tukar baju..si handsome tu Danish anak jiran saya..


Salah satu menu



Oh anak-anak saya sebelum pulang ke asrama semula sempat makan di rumah andaknya.



Kak Mawar Merah yang sanggup datang dari Taiping. Kami ambil gambar macam orang dulu-dulukan.


Adik saya Aween dan kawannya yang begitu anggun bertudung. Macam Sarimahkan? Ha ha..

Nanti saya sambung lagi..banyak gambar nak letak ni...


Credit to Wanupeh dan Benazir sebab ada sesetengah gambar saya cilok dari fb mereka berdua