Apa pasallah pulak tajuk entry dah mengaduh? Ha ha..Ini semua pasal si Tetalah ni, anak kesayangan saya tu. Dia suruh saya tukar langsir biliknya agar sedondon dengan comforter dan juga perabot biliknya. Lepas menghantar Lizabujang ke lapangan terbang semalam, saya dengan bibik dan si Kham, pergilah singgah di Nilai. Satu kedai ke satu kedai kami masuk. Rasanya nak dekat 20 buah kedai. Aduhh..penat sungguh.
Sampai si Kham nampak sahaja kerusi di kedai pasti dia duduk. Ha ha ha Tapi Qaisara masih tak berpuas hati selagi tidak dapat apa yang dia mahukan.
Akhirnya saya belikan dia langsir yang berbelang-belang. Dia bersungut sahaja sebab dia tidak suka dengan langsir tersebut walau dia suka dengan warnanya. Habis dah comforter bercorak-corak, langsir bercorak lagi..berserabut..
Tetapi apabila dia ternampak day curtain yang ada corak love. Terus sahaja dia suka. Semua yang mengekor dia rasa lega. Saya minta jahit sekali. Sekejap sahaja. Tidak sampai sejam. Night curtain kedai lain, day curtain kedai lain. Sebenarnya langsir ini murah sahaja. Lega jugalah sebab taklah nipis poket saya. Ha ha
Bila balik dan saya gantung langsir ini , Teta pun bersuara.
"Cantik ya umi ya..." ha ha..
Marah dia dengan saya yang belikan langsir belang-belang pun hilang. Tetapi malam itu saya diserang lelah dan batuk yang agak teruk. Ini mesti gara-gara masuk keluar kedai langsir. Apa lagi Pak Seyit membebellah bagai nak cabut telinga saya. Ha ha ha..
7 comments:
waaa....cantikla bilik teta..kalau nurul tengok ni berbulu2 mata dia.
bab kasut tu...hah!!!!...terkena jugak saya.
memang pandai memiih la anak gadis kak yati ni..comel
teta dah pandai memlih design kesukaan dia ye kak. lepa sni mesti baju pon dia nak pilih sendiri, tak nak baju yg umi pilihkan *macam saya kecik2 dulu* hehehe
aduh cantiknya bilik teta...dulu2 masa kecik2 pernah impikan bilik ala2 camni..pas ni leh wat utk twin laaa
amboi teta. comel nya bilik dia... ;)
makcik pun suka la langsir tu.. mcm rainbow.. ;)
patut lah Farhana kata bilek Teta .....CANTIK mak
alahai puan.. memang le gitu ragam anak sorang.. sama seperti saya...hehehhe
Post a Comment