Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, February 11, 2011

DOA


Sebelum tidur memang saya ajar Qaisara berdoa. Bahkan kalau saya terlupa berdoa dia akan mengingatkan saya. Selepas membaca doa sebelum tidur, saya akan berdoa yang sedikit lebih kurang begini.
"Ya ALLAH terima kasih kerana saya masih hidup hari ini, terima kasih ya ALLAH kerana saya sihat hari ini. Ya ALLAH berilah saya kesihatan yang baik, Ya ALLAH berilah kesihatan yang baik  pada umi, Ya ALLAH berilah kesihatan yang baik pada baba dan ya ALLAH berilah kesihatan yang baik pada bibik."
Doa tersebut sudah dihafal oleh Qaisara, jadi bukan sahaja sebelum tidur di berdoa yang sama, selepas bersolat pun dia berdoa yang sama.
Beberapa hari yang lepas dia tidak mahu bersolat maghrib dengan saya (seperti biasa Qaisara rajin bersolat maghrib sahaja  he he). Dia memilih bibik menemani dia bersolat. Ketika itu saya sudah usai bersolat dan menghadap laptop, bibik mengetuk pintuk bilik saya (suami belum balik lagi).
"Umi.." Saya dengar bibik sudah menghembes-hembes macam orang mahu menangis.
"Apahal kamu ni, boyfriend matikah?"
Saya lihat bibik sudah menangis.
"Qaisara umi, lepas solat tadi dia berdoa. Antara doa dia, dia cakap berilah kesihatan yang baik pada bibik.."
Saya tergelak mendengar kata-kata bibik.
"Itu memang kami selalu doalah sebelum tidur. Beri kesihatan yang baik pada baba, pada umi, pada bibik. Itupun nak sedih?" Saya berpura-pura marah.
"Sedih saya umi, budak kecil lima tahun doakan saya macam tu. Saya tak pernah dengar orang doakan saya sebelum ini..."
Bibik mengesat air matanya. Saya terdiam, rupanya kadangkala doa yang sedikit dan kecil begitu  amat bererti pada orang lain.
Jadi..marilah kita mendoakan keluarga kita, sahabat kita dan orang-orang Islam di luar sana..

6 comments:

Leeza said...

Betul tu kak, doa sangat penting dalam hidup. Takkan pernah berhenti berdoa.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kdg kala 'yg kecil' itu sgt bermakna...

Mama Nazhan said...

betul tu kak nik... :) berdoa setiap ketika....

hafiza suraya said...

kak,kalo saya pun terharu...hehe

Unknown said...

terharu..

Shams Ali said...

salam, Kak Yati dah lama saya tercampak jauh dari dunia blog, tapi pagi ini sahaja sudah beberapa entri yang saya baca dalam blog akak ini yang semuanya membawa saya untuk muhasabah diri dan memperbahrui semangat untuk mendidik anaknda saya, terima kasih kak yati.. Rupanya membaca dan menyelami kisah seorang ibu sewaktu diri belum menjadi ibu itu jauh beza kesannya berbanding membaca coretan kak yati dengan jiwa seorang ibu. Ya Allah jadikanlah aku seorang ibu yg solehah, dan ibu sabar dalam mendidik anakku, jadikanlah anakku anak yang soleh lembut hati dan lisan dalam mentaatiMu dan mentaati ummi babahnya,juga jadikanlah anak ku anak yg bijak dan cerdik, berikan kami kesiahtan dan iman yang mantap ya Allah..ameen