Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, February 7, 2011

BEZA BABA DAN UMI

Setiap pasangan pasti ada membawa anak masing-masing tanpa ditemani pasangan masing-masing. Macam saya kadangkala kalau saya tidak sihat seperti baru-baru ini, suami membawa Qaisara ke Times Square tanpa saya dan saya pula kerap kali membawa Qaisara balik kampung tanpa ditemani suami.
Setiap kali saya balik kampung suami akan pesan.
"Tolong jaga anak saya, jangan biarkan nyamuk gigit dia.."
Tapi kalau suami yang bawa Qaisara keluar saya akan pesan.
"Darling, jangan lupa makan tengah hari Qaisara."
"Jangan bagi dia melompat banyak sangat, nanti dia muntah."
"Jangan bergaduh dengan dia ya.."
"Jangan biarkan dia menangis.."
"Tanya dia kalau mahu ke tandas atau tidak.."
"Bawa kereta jangan laju-laju, jangan brek mengejut Qaisara tu suka berdiri dalam kereta. Nanti dia tercampak.."

Qaisara mesti marah saya kalau tahu saya letak gambar ni.

Biasanya kalau saya bawa balik Qaisara dari mana-mana tempat atau kampung, Qaisara akan tidur dalam kereta kekenyangan. Tetapi kalau Babanya bawa balik dia berjalan nampak sahaja muka saya atau bibik. Teta akan cakap.
"Umi..Teta laparlah.."
Ha ha ha ha...anda semua bagaimana pula.?



7 comments:

Leeza said...

Setiap kali tengok gambar ini, Za sentiasa gelak tengok gaya Teta ni. Macam orang kekenyangan je sedangkan di depannya nasi masih banyak lagi di pinggan.

Rizziela said...

lebih kurang sama ajer kak..saya pun mcm tu..siap pesan mcm2 lagi

ieda said...

saya terbalik plk kak yati..kalau suami bawa anak2 mmg kenyang sebab dia suka makan..tapi kalau dgn saya depa lapar sebab sy malas nak berhenti2 makan.
tapi most of the time kami keluar bersama.

Rusiah_Hazri said...

Memang betul, orang lelaki kalau kita nak keluar mcm2 pesannya, masa anak2 Mokde kecik dulu semua suka mengekor maknya, dah besar ni diorang lebih suka ikut ayah, dengan mak tak dapat apa2...ayah hati lembut...tapi ayahnya pulak, bila anak2 tak nak ikut mak sekarang siap batu api anak, "pegi ikut mak!!"...haram, budak2 nak mengikut..nanti mak pegi beli baju je..ha..ha...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Teta za mana makan banyak pun, dia lebih pada susu dia aje..he he

Ziela, emak-emak ni memang macam tu agaknya. Macam-macam yang dipesankan..


ieda, wah..bagus tu ieda. ha ha..tapi kalau akak bawa sesiapa sahaja, anak buah ke..anak ke bagi dia orangmakan kenyang-kenyang dulu..


Mok de akak sampai sekarang anak buah yang besar pun rajin mengekor andaknya, apa nak mesti dapat. Minta aje..he he

Unknown said...

teta masih isap botol susu ya.. heheheh...

kami selalunya keluor mesti sama2.. kdg2 jer kalo balik kg, memang saya la yg angkut anak2... time tu kena tunggu ehsan pakcik/makcik @ opahnya.. sbb ibu nya tak mandang RM

normizarifah said...

salam kak...
saya peminat no 1 novel2 akak...boleh di katakan setiap hari saya akan datang menejnguk blog akak nih..tapi segan nak menulis pada akak...sangat terharu bila baca apa yang aka tulis pasal Teta...