Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 22, 2011

AL FATIHAH

Saya masih ingat lagi hari ini 22hb.  Seseorang sahabat menelefon saya. Ketika itu saya berada di Melaka.
'Akak jangan terperanjat tau. Akak jangan menangis tau?"
Masa itu kawan saya sudah menangis. Dia boleh menangis, saya tidak boleh menangis. Apa halnya pulak?
"Kenapa ni?"
"Sudirman dah meninggal?"
"Hah? Kau biar betul. Alah itu khabar-khabar angin. Dah berbulan orang cakap dia dah meninggal, mana ada meninggalnya dia sihat.."
Saya menyedapkan hati. Tapi tangisan kawan saya membuat hati saya rawan.
"Tak tipu kak, tak tipu. Dalam TV dah tunjuk dia meninggal dah. Cuba akak tengok TV.."
Menggeletar tubuh saya ketika itu dan mendadak saya menangis bersama dengan kawan saya.
Oh...saya memang meminati Sudirman sejak dari tingkat 2 lagi. Minat sangat-sangat. Lagu-lagu beliau terlalu dekat dengan hati saya. Saya boleh memetik gitar dan menyanyikan lagu Nilai cintamu, bahkan saya boleh meniup seruling mengalunkan lagu basikal tua.
Lagu-lagu Sudirman bukan sahaja dekat dengan saya tetapi dengan teman-teman saya yang bukan berbangsa melayu.
Saya ingat seorang kawan saya berbangsa India, Puspa namanya. Dia amat meminati Sudirman. Jangan ada orang kutuk Sudirman. Bising mulut dia membalas balik.
 Dahulu semasa di sekolah menengah, ada seorang guru bahasa Inggeris berbangsa Cina yang amat meminati Sudirman. Sampaikan cikgu tersebut menyuruh kami menterjemahkan lagu Sudirman ke dalam bahasa Inggeris. Inggeris saya tidaklah bagus, tapi dapat jugalah markah 6/10.
Sejak Sudirman meninggal, saya sudah tidak meminati mana-mana penyanyi.
Saya sedar, Sudirman bukan penyanyi sebarang. Ianya seorang penyanyi yang berilmu dan mempunyai visi tersendiri.
Al Fatihah untuk beliau dan moga rohnya dicucuri rahmat..


6 comments:

Nor Azlina Yusof said...

Al-Fatihah..Akak pandai main gitar? Terror la akak..Aween buta muzik..apa pun tak tau

idasm said...

tulahkan. ida dan suami pun minat kat sudirman ni. dia mmg penghibur sejati. wah.. akak pandai main gitar.. cayalah...

Melissa Imran said...

Salam kak Yati,

Saya pon sama!! dari kecil (tak sekolah lagi waktu tu) duduk sebelah radio pasang kaset Sudirman sampai rosak kaset tu hahaha

Allahyarham memang tiada galang gantinya, al-Fatihah! (Genap 19 tahun beliau pergi)

AuntieYan said...

Salam Yati,

Kak Yan pun minat kat dia dan lagu-lagu dia.Banyak lagu-lagu dia sangat terkesan dihati.
Kak Yan sempat tengok kisah dia kat Discovery Channel....daripada apa yang dikisahkan, memang nyata dia seorang yang hebat...sampai part akhir tu...sedih sangat bila dia orang cerita saat penghujung hidup dia.
Al-Fatihah untuk arwah.

ieda said...

he's the one & only....
saya sgt suka dengar arwah bercakap...lembut & sedap bahasanya.

GREENJADE said...

Al-Fatihah

my feveret singer ever..unic voice..lemak2 merdu :)