Semalam saya menelefon salah seorang kakak saya bertanya khabar. Kata kakak saya dia baru pulang dari melawat seorang rakan sekerja yang ditimpa kemalangan. Saya bertanya siapakah orang itu dan agak teperanjat, orang yang dilawati kakak saya adalah salah seorang yang selalu bermusuhan dengannya dan mengadu domba di tempat kerja. Ya..kakak saya selalu meluahkan rasa sedih dengan keadaan begitu, bahkan ketika kakak saya dimasukkan ke hospital tidak pernah individu itu melawat jauh sekali menelefon bertanya khabar.
"Oh..kau pergi melawat dia? Sanggup pula kau?" Tanya saya pada kakak saya.
"Ya..abang kau pun cakap begitu. (abang ipar) Kenapa awak nak pergi melawat dia sedangkan dia bukan pernah baik dengan awak. Bahkan suka mengadu domba, tmengata dibelakang dan tidak pernah bermanis muka.. Tapi buat apa kita fikirkan hal tersebut. Orang ditimpa musibah kita pergilah melawat, apa yang dia buat terhadap kita biarlah. Jangan kita menjadi seperti dia.. Membalas segala perbuatan dia. Nabi ketika menjalankan dakwah pun pernah dibaling batu tetapi tidak pernah membalas.Biarlah orang nak buat kita, kita jangan buat balik dan berdoalah untuk orang itu.."
Saya terdiam dan benar sungguh seperti kata kakak saya. Jangan dibalas perbuatan orang terhadap diri kita. Berdoalah untuk orang itu.
Pada pembaca yang kurang tahu mengenai kisah nabi di baling batu mari kita hayati cerita ini sekurang-kurangnya kita ambil sedikit iktibar daripadanya:
Dakwah Nabi ke Taif
Pada tahun ke 10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.
Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini. Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat". Dua orang lagi berhujah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".
Nabi dibaling batu
Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.
Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.
Doa Nabi
Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah.
“ "Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau
Sumber Taif
aku bukan budak baik
9 months ago
4 comments:
Bagus betul kakak kak yati. Besar hati memaafkan org yg selalu menyakiti hatinya
mm....tapi saya pun percaya buat baik pada org yg sll buat jahat pada kita akan lebih membuatkan kita tidak tension
baiknya kakak kak tu... yer lah memang betul tu, selalu yg terjadi pd kakyong masa kerja dulu mcm tu la.. walaupun tau org tu dok mengata kita, tp kita bermanis muka sahaja lah.. lama2 dia yg serender sendiri...
mulianya hati kakak kak yati...moga Allah memudahkan hidupnya.
Post a Comment