Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 14, 2010

RUMAH HIJAU TERBAKAR!

Pagi tadi ketika sedang berjogging di hadapan rumah seorang diri (hari ini suami saya terlebih letih dan tidak melakukan hal ini bersama) seorang jiran yang mahu membeli nasi lemak yang gerainya terletak di hadapan taman menegur saya.
"Kak yatie, bibik kak yatie camana. Teruk ke terbakarnya?"
Saya tercengang. Bila masa bibik saya terbakar pula?
"Bibik akak terbakar? Bila masanya bibik akak terbakar?"
Saya bertanya jiran saya itu. Kali ini jiran saya pula tercengang.
"Aik..hari itu kak ada beberapa orang jurujual. Dia menjual kepala gas tu. Dia beritahu saya, kepala gas yang dijual tu bagus. Untuk keselamatan. Dia beritahu saya, ada sebuah rumah depan taman warna hijau. Hari tu sebab dia tak pakai kepala gas macam dia orang jual. Gas meletup. Habis pembantu rumahnya melecur dan terbakar. Jurujual tu beritahu lagi, rumah hijau tu kemudian beli kepala gas dari dia orang."
Astaghfiruallah...saya mengelengkan kepala. Rasa marah dan kesal bercampur baur..
"Jangan percaya cakap jurujual tu. Dia orang kelentong tu!"
"Itulah akak, suami pun suruh tanya akak. Yelah rumah hijau depan taman akak aje seorang."
Beritahu jiran saya sambil mengelengkan kepalanya.
"Habis kamu belikah?"
"Taklah akak, suami cakap kalau saya nak sangat. Kita beli kat smartshop aje. Tapi budak-budak tu cakap kat smartshop harganya RM600 tak macam dia orang jual RM300."
"Kau percaya cakap dia orang tu.."
"Entahlah akak, tapi suami cakap jangan percaya. Suami tak bagi beli pun."
Syukur jiran saya tidak membeli barangan dari jurujual yang suka menipu sebegitu. Paling menyedihkan yang menjual itu orang melayu.
"Lain kali jangan benarkan dia orang masuk. Bahaya jurujual macam tu. Mereka menipu, silap-silap kepala gas itu tak sampai seratus."
Nasihat saya. Sakit hati benar saya dengan orang berniaga yang menabur fitnah dan mereka cerita. Tidakkah mereka tahu, dalam menjalankan perniagaan seseorang itu harus jujur dan ikhlas. Barulah rezeki itu akan datang. Menabur fitnah dan mereka cerita begitu bukan sahaja haram di sisi islam tetapi menyekat rezeki mereka sendiri.
Nasib baik jiran saya bijak, tidak mahu membeli. Kalau terpedaya, bukan sahaja membuang duit mungkin mendatangkan bahaya kerana barangan yang dijual sebegini amat jarang ada jaminan keselamatannya.
Paling hairannya..kenapa rumah saya pula yang dijadikan cerita? ha..ha.ha

14 comments:

idasm said...

sebab rumah akak berwarna hijau. senang nak cerita kat orang.. hahaha. pandai diorang ni buat ceritakan kak. dhlah jual barang mahal giler. entah apa2 ntah. nasib baik jiran akak bijak kan. selamat dr terpedaya. syukur.
betul kata akak tu. yg plg selamat jgn bagi masuk orag2 mcm ni.

Azlina Ahmad said...

Saya pernah kena tipu dengan juru jual masa saya kecik. Pembantu rumah pun tertipu sekali. Dia jual plastik tong sampah hitam. Idea yang sama di gunakan. Jahat betul mereka ini.

Nadiah Sidek said...

isy..ada pulak tipu2 mcm tu

NIk Fauziah Nik Hussin said...

tak pasal2 rumah akak 'terbakar'...Allah..nak berniaga pun menipu..tak patut sungguh..

Nor Ramli said...

geramnya mendengar muslihat mereka. Macam-macam cara nak kaya cepat...

Leeza said...

salam akak.....sensitif za dengar dan baca perkataan terbakar ni. Bila baca betul2 baru rasa lega hati za...ingatkan rumah akak ada apa2. fuhh....cemas. pasal kepala gas ni za teringat pernah gaduh dengan geng jurujual ini, pasal paksa budak2 uitm yang menyewa rumah za membeli kepala gas....sampai za ugut panggil polis baru mereka lari tak berani kacau...

Unknown said...

memnag byk kes mcm ni.. kesian akak pulak yg terkena tempias..

kwsn perumahan saya ni pun byk juga jurujual yg dtg dr rumah ke rumah ni.. tp saya ni memang jenis tak layan.. selamba jer ckp.. 'tak mau..' & terus tutup sliding door & tarik langsir... huhuuu.. bukan nak kurang ajar, tp kalo tak buat mcm tu.. depa dok panggil & goncang pintu pagar... dah le dlm rumah kami anak-beranak jer... suami kdg2 balik lewat...

Intanaziela said...

kak, teruk betul perangai jurujual yang nak menjual tu kan? patutnya dia berhak promote barang dia dan kita berhak utk beli atau tidak. Berani reka2 cerita lagi tu..

Nor Azlina Yusof said...

salam kak yati..teruk btl salesman macam itu..takde integrity..Besa kita akan bg tau pro n cons bukan condem barang competitor dan main bawa cerita yg tak betul..Aween tumpang angin bg pihak akak...

GREENJADE said...

LoL..sgguh x beretika menggunakan tektik keji gitu.

mcm2 cara nk melariskan brg..sggup mengarang cerita karut utk menarik perhatian pembeli lain.sabar ye kak.

dlittlekitchen said...

nauzubillah... kebakaran antara perkara yg slalu kita doa x berlaku dn cuba elakkan...

Mmg x patut laa dia wat contoh negative cam2.. kan byk laen lagi taktik sales.. dia kena studi lagi nih...

Tp dia wat contoh umah hijau tu, coz dia rasa rumah hijau tu paling glamer kat kawasan tu kot..hehehe

Hamizah said...

jahatnya penjual tu..biarlah mesti xberkat rezekinya..

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Mesti dia sebenarnya teringat PETRONAS terus igt rumah hijau kekekeke..
Apapun kesian dengan penjual tu kurang kreatif & sempat menjadi penipu.. apa nak jadi sales person sekarang tak ada modal.. no strategy langsung.. menipu juga bahan mereka

Anonymous said...

salam..

agaknya jurujual tu minat kaler hijau. masa tgok sekeliling tmn perumahan tu, tertarik dengan umah kaler hijau. itu yang jadi bahan tu kot. hehe