Langkah seterusnya kami ke Candi Burobudur. Salah satu 7 keajaiban dunia. Mahu masuk ke sini harus membayar lebih kurang dalam RM55. Mahal sungguh hanya semata-mata mahu melihat candi! Bahkan paling menyakitkan hati, sepanjang perjalanan ke candi ini kami harus bergelut dengan penjual barangan cendramata dan makanan yang beratus-ratus orang dan saya rasa lebih ramai daripada pengujung.
Ayah dan emak tiri saya di hadapan pintu masuk ke candi.
Melihat deretan anak tangga saya terfikir macam mana nak bawak badan 72kg naik ke atas ni. Ha.ha.ha..walau lutut sakit, saya gagahkan juga. Bukan selalu datangkan. Candi ini dibina pada tahun 800masihi, ketika itu dikatakan agama Islam tidak datang lagi di daerah Yogyakarta ini.
Kadangkala kasihan juga melihat orang-orang Indonesia ini. Susah payah mencari duit tetapi kadangkala marah kerana cara mereka berniaga yang separuh memaksa itu sebenarnya salah. Mr Seyit Kara bersama payung yang disewa sebanyak Rupiah5,000 dalam Rm1.40 sen. Mereka akan kutip semula payung ini di pintu keluar nanti.
Semangat saya untuk mendaki sampai ke puncak agak goyah jadi suami dan Qaisara meneruskan perjalanan. Turun dari candi, suami mengeluh penat kerana terpaksa mendukung Qaisara. Ha.ha..Qaisaralah yang seronoknya..
Ketika kami sedang berehat melepaskan lelah di sekitar candi, beberapa gerombolan anak-anak remaja, menjerit-jerit apabila melihat Qaisara. "Aduh..imut-imut.." Kata mereka sambil memegang pipi Qaisara. Masing-masing sibuk bergambar dengan si Teta.
Silih berganti mengambil gambar. Ha.ha..tapi suami awal-awal sudah mengingatkan. Jangan cium ambil gambar sahaja. Ha.ha.ha
Oh..suami memang mempunyai skil tawar menawar yang cukup hebat. Topi yang Qaisara pakai diletak dengan harga Rupiah50,000 tapi suami dapat tawar Rupiah20,000 sahaja. Kasihan saya tengok jurujual yang mencium-cium duit bayaran dari suami. Kemudian suami membeli poskad sebanyak 20 keping. Poskad yang ditawarkan dengan harga Rupiah100,000 suami dapat beli dengan harga Rupiah20,000.
Kemudian kami ke jalan Maliboro. Jalan di mana barangan batik dijual dengan begitu murah. Tetapi saya tidak teruja kerana tidak meminati batik Indonesia. Saya lebih sukakan batik Malaysia yang lebih meriah dan berwarna-warni.
"ALLAHkan dah jadikan kuda itu salah satu jenis pengangkutan. Jadi kita naik ajelah."
Saya beritahu ayah saya.
"Hiss..tak boleh juga, jangan keterlaluan menyeksa binatang. Berpada-pada. Dia pun tahu penat, tahu lapar. Dahaga.." balas ayah saya. Tapi dia naik jugalah..
Tapi sepanjang jalan dengarlah dia bersuara, kasihan kuda ni, kasihan kuda ni. Ha.ha.ha
Puas jugalah berjalan dengan kereta kuda ini. Kuda ini sudah faham, di mana harus berhenti. Di mana harus jalan. Bila lampur merah berhentilah dia, di celah-celah kesibukan motorsikal dan kereta. Terdapat 500 buah kereta kuda di sekitar Yogyakarta. Kata lelaki yang mengendalikan kereta kuda ini, Yogyakarta mempunyai Sultan sebab itu kuda dibenarkan di gunakan di daerah ini.
9 comments:
cantiknya candi..
kak,mana pic akak ni?
sumer pic teta & kluarga je..
hish! nk tgok pic tuan punya blog plak..
:)
Best...sangat2 teruja.
1. cantiknya candi itu....very historic.
2. Kereta kuda.....bestnya kalau dapat naik...
3. jeles dengan berus gigi teta yang cantik2.
masa saya gi maliboro tu, 3x duk paksa hubby bawak gi shopping kat situ. jd sepanjang seminggu kat yogya, 3 hari spent kat maliboro je hahahahhaha
wahhh sgt kuat itu semangat anak & bapak itu mendaki yea kak..cayalah
ohhh kena blajar skill bargain dgn incek Seyit nih.mmg berbaloi2 sesi bargain tuh.hehehe
bagus lah teta nih kemana2 pon still tingatkan cendera hati utk sepupu2 beliau..kat auntie xde ke belikan berus gigi tuh Teta?nakkkk ;)
jim..ha ha..kan ada tu naik kereta kuda..tapi tak nampak jelas sangat le..
Za.kau bukan tak tau teta, pantang nampak berus gigi cantik2..mesti disambarnya..ha.ha
yatie chomeyl,
akak pulak tak tertarik apa2 barangan di Maliboro tu, batik-batik, elok lagi di Solo. Cantik2 batik dan baju kebayanya. Harus pergi solo sekali lagi..ha.ha
Tinie..si qaisara kalau beli apa2 mesti dia tanya, utk balkish umi, untuk kak alin umi, untuk..bla.bla..bla..
Oh..suami kalau menawar, akak kesian dgn jurujual tu..sungguh..ha.ha
kuat juga semangat kak nak panjat tangga tu ya....
suami saya kalo suh tawar menawar.. usah harap.. dia kata kesian org meniaga, depa pun nak makan juga.. huhuuuh...
Post a Comment