Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 25, 2010

TAMAT..

Hari selanjutnya. Melawat Gedung Agung atau Sultan Palace. Masuk ke sini harus membayar Rupiah5,000 dan untuk kamera Rupiah1,000. Tempat masuknya ya ALLAH punyalah sesak. Masuk aje sudah diserbu dengan jurujual yang menjual mainan kanak-kanak. Nasib baik Qaisara tidak terpedaya. Ha.ha.ha

Gedung utama kompleks istana ini mulai didirikan pada 1824 dizaman belanda. Pihak belanda mahukan sebuah istana bagi Residen Belanda. Istana Yogyakarta atau Gedung Agung, sama halnya dengan istana Kepresidenan lainnya aitu sebagai pejabat dan kediaman resmi Presiden Republik Indonesia. Selain itu juga sebagai tempat menerima atau menginap tamu-tamu negara. Istana ini digunakan sebagai tempat memperingati Detik-detik Proklamasi Kemerdekaan untuk Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY)

Balai di mana majlis perkahwinan atau berkhatan selalu di adakan di sini.



Saya sendiri tidak pasti apa kaitannya Istana ini dengan Sultan Hamengkubuwana yang merupakan Gabenor Yogyakarta dan juga Sultan Yogyakarta kerana di sini terhadap banyak muzium yang menceritakan mengenai Sultan yogyakarta. Sampai sekarang dah ada sepuluh Sultan. Nama Sultannya semua sama cuma dipisahkan nombor, Hamengkubuwana 1-10, Sultan sekarang membawa gelaran Hamengkubuwana X. Ini cawan dan teko yang selalu di gunakan oleh Sultan Hamengkubuwana 1X. Berkenan sungguh saya cawan dan teko ini. Teta apa lagi..sebab warna pink! Ha.ha.


Sultan ke 9 yang mempunyai 5 isteri pandai memasak tau! Kompos atau dapur minyak gas ini adalah dapur yang pernah digunakan oleh Sultan ke 9 untuk memasak. (saya tanya pemandu pelancong kenapa 5 isterinya, dia bukan Islam ke? Pemandu pelancong hanya ketawa sahaja)

Orang-orang lelaki jawa dari kecil dikatakan di ajar memasak dan tahu memasak. Tidak ketinggalan Sultan yang ke 9 yang juga bapa sultan ke 10. Ini antara pisau yang sering digunakan oleh Sultan ke 9 di dapur.

Ini siling ruang pejabat sultan ke 9 yang diperbuat daripada emas.

Dahulu saya tak suka betul muzium. Pengap, bau semacam. Tetapi sekarang suka juga saya ke muzium terutama muzium budaya. Kenapa saya tertarik dengan gambar ini? Gambar ini adalah upacara membuat apem atau apam biasanya dibuat sehari sebelum bulan puasa. Ayah saya membebel. Nak menyambut bulan puasa tapi pakaian dia ada ke cam tu? Tak terjawab saya dibuatnya. Ha.ha.ha..

Ini upacara mengepal nasi. Sultan mengepal dan memberinya pada permaisuri. Sebenarnya ini upacara dilakukan sebelum upacara Gunungan Bromo. Iaitu di mana nasi di masak dan disedekahkan kepada orang ramai.


Kami kemudian ke Taman Sari, ada dua buah kolam di sini, kolam zaman dahulunya, merupakan tempat mandi bagi permaisuri maupun putera-puteri sultan. Bahagian ini terdiri dari dua buah kolam yang dipisahkan dengan bangunan bertingkat. Air kolam keluar dari pancuran berbentuk binatang.

Qaisara tengah berfikir. Melawat kolam mandi tetapi tidak mandi kenapa ya? Di Taman Sari ini saya sudah kepenatan. Hanya duduk di tangga sambil melihat air kolam. Ha.ha.ha.

Kami kemudian bersolat di sebuah masjid yang bernama Saka tunggal tidak jauh dari Taman Sari. Diberi nama saka tunggal kerana tiangnya hanya satu. Di sinilah bila saya ajak pemandu saya bersolat dengan selamba dia berkata "Saya islam, tapi saya tak solat dan tidak pernah bersolat." Apabila bercerita dengan beliau, barulah saya tahu beliau mempunyai penyakit kencing manis yang agak kornik memandang mukanya yang pucat. Saya yang mulut jahat memberitahu ayah dan emak tiri saya.
"Dah nak mati pun tak tahu-tahu lagi nak solat."


Kami kemudian menunju ke candi Prambanan, sebelum itu kami mengisi perut di restaurant yang bernama Restoran Opak ini. Jangan masuk restauran ini kalau kita pergi berbajet. Restoran ini boleh membuat orang kopak. Ha.ha.ha..

Apa tak kopak kalau tempatnya cantik dan sejuk mata memandang. Kami kena bayar pemandangannya sekali tau! Ha.ha.ha



Ini dia candi prambanan. Hampir sama tua dengan candi burobudur. Ayah saya cakap tak habis-habis candi dekat yogyakarta ni. Keh..keh..Esoknya saya ke Solo, berbelanja di sana dari satu kedai ke satu kedai. Tapi sayang langsung tak ambil gambar.
Insya-ALLAH kalau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Saya akan ke Solo sekali lagi dipenghujung tahun ini. Nak memborong baju kebaya dan juga telekong. Ha.ha.

7 comments:

yatie chomeyl said...

byk ke shopping kat solo kak? hari tu saya gi Solo, tak shopping pon. cum alanding kat airport Solo je pastu terus gerak ke yogya.

makna nya next time kena pujuk suruh hubby bawak gi shopping kat Solo pulak kui3x

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..kalau MAS tak ada flight ke Solo, Airasia ada. Oh..bershopping di solo lagi meletop yatie..ha.ha

idasm said...

akak yg diborong di solo kak. ambil le gambar brg2 yg dibeli... hehehe..

idasm said...

akak, apa yg diborong di solo kak. ambil le gambar brg2 yg dibeli... hehehe..

Liyana said...

klu kencing manis mmg xleh solat ke? pelikny...? x pnh dgr pun? huhu

Leeza said...

Salam akak...best2 entry kembara ini. Paling best, dapur tu. keluarga za pernah guna dapur tu dulu masa za kecik. za tanya mak, kita pernah ada dapaur ni mak. Dia kata ada....tengahnya tempat menyimpan minyak gasolin.nostalgik betullah.

Jati Wijaya said...
This comment has been removed by the author.