Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 27, 2010

MEE KARI

Resipi mee kari yang si Liza bujang saya suruh tepek di sini. Saya kalau buat mee kari, selalunya bahan di dalamnya lebih banyak dari kuahnya. Santan pula saya ganti dengan susu, hairannya bibik saya yang loya makan susu boleh pula makan mee kari saya. Beberapa hari yang lepas saya masak kari ayam kampung. Ayah saya tanya, asal lain kari kau. Sedap. Saya beritahu dia yang saya masukkan susu dalam kari bukan santan. "Oh..patutlah manis tak lemak sangat" celah mak tiri saya. Ha.ha.
BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bawang putih, bawang merah, halia yang dihiris,daun limau purut , garam, perasa, air dan minyak, kari (ada yang tidak ada dalam gambar)


Susu atau santan, tapi saya selalu letak susu. Harus susu ini berbalang-balang ada dalam peti ais.


Cili giling.

Udang, chicken ball atau fish ball



Sotong kata si Khamisah, sutun



Kerang


Tahu yang sudah digoreng, sawi dan taugeh yang sudah direbus.

Mee yang sudah dicelur.

CARA MEMBUATNYA

Gaulkan cili, kari, halia, bawang putih dan bawah merah sehingga sebati.




Panaskan minyak dan tumis hingga garing. Masukan air, bahan-bahan makanan laut, susu, daun limau, perasa dan juga garam. Biarkan mendidih dalam beberapa minit dan tutup.


Hidangkan ketika perut tengah lapar. Perut tengah kenyang macam mana sedap pun tak ada gunanya. Ha.ha
Untuk anak-anak dara yang sedang belajar memasak itu selamat mencuba ya, mudah aje.







17 comments:

Suhana Shahril said...
This comment has been removed by the author.
Suhana Shahril said...

Mak dara pun boleh belajar ni.Cam senang jer, boleh buat ni.Yg penting ada mee nya.kekeke..

Anonymous said...

wah...sgt senang..
nanti nak cube buat la..
thanx for the recipe... =)

nieda said...

salam,
sedapnya mee kari tu..simple dan boleh dicuba..dari minggu lepas teringin nk mkn me kari

Intanaziela said...

boleh la dicuba nanti ni kak yatie..intan tak makan kari dek sebab ada santan..ni bubuh susu...boleh cuba..boleh cuba...hihihi

Liyana said...

kak, letak daun limau purut ke daun kari?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

suhana..mudah aje, boleh dicuba siapa yang tak pernah mencuba..ha.ha

kristy..ye senang..goreng garing2 cili tu..pasti sedap..

nieda..memang senang aje, bukan susah pun buatnya..cuba tau..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan kenapa tak makan santan? sakit ke? akak semua benda letak susu intan, santan ni bahayalah..rasanya susu lagi sedap intan..cuba tau..

liyana..akak letak daun limau purut, tapi liyana nak letak daun kari letaklah..terpulang pada citarasa masing2..

Liyana said...

boleh cuba nih..sbb x pnh dgr org ltk daun limau purut :)

ameeza77 said...

alahai kak yati...
tengok mee kari akak sebelum g exam nih, janganla meleleh air liur dok terkenang mee kari akak pulak..

abis kertas peksa basah :p,
mee kari kempunan, markah pun kempunan hehehe

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Alamak tiba2 lapaq ^__^
Caranya sama cuma beza kita Susu Vs Santan.. boleh di try ni.. tp x leh habaq kat mama.. kekekekeke.. mama Dayah tak minum susu. *bunyi seperti kejam*

IntanSham said...

akak, kalo akk guna susu, sukatan dia berapa banyak? x pernah masak guna susu...

GREENJADE said...

tenkiu tenkiu kak ..best nye dpt kelas free arinih hehehe

mak dara pon nk mencuba skill gak nih hehehehe

Mama Nazhan said...

emmm sedapnya... ni buat time hubby ade ke takde kak yati? dia mkn tak?
saya suke sgt...balik ipoh kena carik mee kari daud mat jasak ni..hehe

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

cubalah liyana ya!

Meeza, ha.ha..tak apa Meeza, balik exam boleh buat mee kari, senang aje..

Dayah, selalu orang tak makan susu boleh makan mee kari ni, dia orang bukan tahu pun..

Intan, alamak sukatan dia campak2 aje intan, terpulang pada intan nak berapa banyak susunya, cair atau pekat karinya.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Tinie..ha.ha..mee kari muda aje ni, kalau susah akak pun tak buat..he.he

Bai, buat time dia ada dan tak ada pun tak kisah, sebab bukan dia makan pun. Akak ngan bibik dan kalau lebih pas2lah kat jiran belakang umah..

Lily Haslina Nasir said...

kak, mi kari kat atas pasar melaka tu uuuu wallllaaaa lah! entah kenapa ketagih dibuatnya.. tak sama macam yg ada kat kl