Al-Fatihah untuk Din Beramboi yang telah meninggalkan dunia yang fana ini. Pemergian beliau tidak memeranjatkan saya apabila setiap hari membaca berita mengenai keadaan beliau yang cukup tenat. saya sudah dapat mengagak umurnya tidak akan panjang. Namun ianya seperti tidak dapat diterima oleh Qaisara yang mengatakan saya main-main.
Saya tahu Qaisara amat meminati Pak Rahim di dalam Afi dan Abah. Bahkan dia sering ketawa dengan lawak Pak Rahim yang selalu kepalanya termasuk di dalam pasu.
Untuk menyakinkan Pak Rahim sudah meninggal, pembantu rumah saya memanggil Qaisara apabila berita DB dikebumikan disiarkan di telivisyen.
"Oh..dia dah mati.."
Demi melihat kubur tersebut Qaisara berkata begitu. Namun saya tidak dapat membaca apa yang berada difikiran anak saya itu. Namun hari ini apabila promo ucapan Takziah daripada radio Era menyiarkan gambar Pak Rahim, Qaisara yang sedang bermain menjerit.
"Umi, umi itukan Pak Rahim.Mana dia ada mati.."
"Dia dah meninggal atau matilah sayang.."
"Itu ada gambar dia."
"Itu gambar lama dia. TV nak ingat dia siarkan gambar tu.."
Qaisara diam. Dia menyambung bermain semula.
"Umi Pak Rahim mati kenapa?" tiba-tiba timbul pertanyaan dari Qaisar.
"Kena gigit nyamuk.."
"Banyak ke nyamuk tu?"
"Tak seekor dua sahaja.."
Qaisara terdiam. Dia leka membelek-belek dan menguli play doh yang berada di tangan.
"Umi kelakarlah.."
"Apa pula umi kelakar?"
"Teta selalu kena gigit nyamuk, mana ada mati pun.?"
Saya hilang kata-kata. Macam mana saya nak terangkan pada Qaisara hal ini.
"Satu ekor mana boleh mati umi.."
Qaisara macam membebel sahaja bunyinya.
"Agaknya Pak Rahim kena gigit banyak sangat nyamuk tak. Sebab itu dia mati.."
Qaisara bertanya, dia menjawab sendiri. Namun saya tahu, sebenarnya Qaisara sampai sekarang tidak mempercayai. Pak Rahim kesayangannya masih lagi hidup!

9 comments:
moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang beriman dan beramal soleh. Arwah dimuliakan-dijemput pergi pada penghulu segala hari.
al-fatihah..
alahai..kanak2 yg menonton rancangan2 die pun xpercaya yg die dh xde,cube bygkn ape pulak yg anak2 & ahli keluarga die yg lain rasa?
teta..teta..
bijak sgt bercakap,smpai terkedu nk jawab soalan2 die..
takziah buat keluarga Din beramboi...
memang pon... tu kena nyamuk lain.. kalo nyamuk aedes mmg kena berjaga2 la.. sekarang memang musim denggi kak..:)
Am..itulah doa kita bersama2..AMIN
Jim berkali2 dia tanya tau? Anak pak rahim sedih tak? Menangis tak? Dalam Afi dan Abah pak rahimkan ada dua anak perempuan, apa namanya akak lupa. Dia fikir itu anak pak rahimlah..
Ena..betul tu ena, wah baca..ena merempit kat KL ye..ha.ha
kak..
hehehehe biasa la tue:) rutin sy di KL :D
tambah sedih bila baca dialog qaisara
-said by http://centado.blogspot.com
intan pun rasa sedih tau kak yatie sebab intan beralih ke radio era pasal nak dengar celoteh arwah din beramboi...tapi mati itu pastikan..anak2 kita yang meminati cerita afi dan abah mmg sukar nak menerima berita pak Rahim sudah tiada..semoga Allah mencucuri rohnya..amin.
centado
Qaisara sampai skrg confuse Pak Rahim ada atau tidak lagi..
Intan tadi pergi bangi ada signboard besar, Aznil dan DB, Teta menjerit2 cakap..pak rahim2 umi..sedihkan. Lebih sedih bila mengetahui rumah arwah dimasuki orang. Jahat sungguh pencuri tu
Al Fatihah utk arwah Din beramboi.
tu la kan kak..memang dasar setan betul penyangak2 tuh ngambil kesempatan gitu. moga keluarga arwah tabah selalu.
err...saya agak terkedu dgn jawapan Teta..bersahaja tp menusuk gitu.hehe
Post a Comment