Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 21, 2010

JOM TENGOK GAMBAR MAKANAN..

Ha.ha..saya kalau pergi sesuatu tempat mesti gambar makan ajekan? Saya memang seronok mencuba semua makanan. Bahkan kalau boleh saya nak cuba semua makanan. Cuma takut halal haramnya sahaja. Cuma ketika berada di Yogyakarta, halal haramnya tidaklah saya risau sangat kerana rata-rata rakyatnya orang Islam. Namun begitu setiap kali masuk ke restoran atau kedai makan saya pasti tanya. Halal tak?
Ini makanan yang keluarga pembantu rumah saya jamu ketika berkunjung ke rumahnya. Rata-rata di Solo ayam memang di masak begini dan dimakan dengan ulam serta sambal belacan.


Ini siakap goreng. Ikan siakap di sini murah sahaja. Sekilo dalam Rupiah15,00. Sikit lebih kurang RM8. Tak macam di Malaysia. Berbelas-belas ringgit.



Salah satu makanan yang popular di Indonesia adalah nasi padang. Yelah..pergi mana-mana di Indonesia ini pasti ada nasi padangkan? Ayah saya suka makan nasi padang ini kerana ianya lebih dekat dengan masakan Malaysia.


Ini sebahagian lauk yang dihidangkan apabila menikmati nasi padang. Bukan kata ayah saya, saya pun suka. Sebab macam-macam lauk boleh kita tengok. Tetapi jangan jamah, kalau jamah walau sedikit pasti akan dikira.



Sebelah atas tu, urat lembu, ayam percik dan juga ikan tenggiri masak lemak. Memang nasi padang biasanya lauknya bersantan. Masak lemak atau kari.




Kata ayah saya. Patutlah diberi nama nasi padang. Rupanya lauk diletak satu padang. Ha.ha.

Orang indonesia mana boleh tinggal tempe. Selama duduk di hotel, breakfastnya pasti ada tempe. Tempe yang dicelup tepung dan digoreng. Tetapi sedap lagi yang saya buat (masuk bakul angkat sendiri..dasar perempuan perasan! ha.ha)


Ini ayam penyet. Saya tak berapa suka kerana bau belacannya begitu kuat sekali. Qaisara langsung tidak makan apabila menghidu masakan ini. Tapi hairannya Mr Seyit Kara yang selalu marah saya masak sambal letak belacan boleh pulak makan. Agaknya perut dah lapar.




Ini pais ayam. Buatan bibik dan keluarganya. Sedap pula, nanti saya pasti belajar dengan bibik macamana mahu membuatnya. Makanan biasa di Solo kata pembantu rumah saya.

Makanan paling mahal yang saya makan di Yogyakarta. Yogurt aiskrim. Harga dia dalam RM14 secawan. Ha.ha.ha ambik kau..


13 comments:

Nor Ramli said...

salam kak yati...
jelesnya!!!!! uwaaaa!!! tp am tak pandai nak gi jalan2 mcm ni...ermm...kena blajalah lepas abes blaja nanti :D

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Sedapnya!! Elok perut tgh menyanyi2.. hehehehe

Intanaziela said...

aduh..lapar perut intan petang2 ni kak yatie...mengiurkan..hahahahah

GREENJADE said...

ommak aih mahai benau eskrem yogurt tuh..ape yg special nye kak?

btw...syoknye tgk deretan lauk pauk yg betul2 menguja selera I lah..lg pedas lg best nih! ferghhh

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Am..insya-ALLAH boleh satu hari nanti. Tapi kena beritahu airlines keadaan suami Am, sebab akak tgk macam lapangan terbang di indonesia kebanyakka ni kena turun pakai tangga..

Dayah..ha.ha..benar, kalau tgk nasi padang madang aje lapar..

Intan tak apa pegi bandung nanti makan nasi padang, puas2..

Tinie, rasanya tak ada special apa pun..yogurt dgn buah aje..suami pulak tak dapat makan yogurt satu hari gementar tubuh badan..ha.ha

LAW said...

salam k.yati..

nak tanya pasal ni...

"Tetapi jangan jamah, kalau jamah walau sedikit pasti akan dikira"

maksudnya, lauk² tu depa akan hidang semua ke? bukan lauk yang kita pilih je yg depa hidang ye? so, kalau kita jamah sikit, dia akan kira harga sepiring tu ke @ ikut kuantiti yg kita ambik?

tq

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

fi..bila kita duduk sahaja, dia akan hantar semua lauk, dalam 20 lauk atau lebih dan terpulang pada kita untuk memilih makanan yang mana kita mahu, bila kita usik sedikit makanan tersebut..dia akan kira satu piring..
itu konsep nasi padang..

Unknown said...

ni yg tak tahan kalo baca n3 jalan2 kak yati... terliur2 dibuatnya...

pais ayam... sama ke mcm buat pais ikan...?

yatie chomeyl said...

best kan goi Yogya kak..brg sume murah2..rasa nk borong semua bwk balik hik3x.

x g borobudur dgn istan akratong ke kak?

Kemilau Mentari said...

Tahniah akak, g melancung lagi... akak kalau g melancung tentu ada bahan baru utk novel baru kan....aritu ke thailand ni ke yogya... tentu tempat2 tu masuk dalam novel baru...saya tunggu novel baru akak... LLBK belum sampai BP lagi...Ranting Cinta Si Plato dah 2x khatam, Galau Di Hati Seri pun dah habis baca , bila lah pulak nak dapat LLBK ni...

Ida Ra said...

kakak, sedaplah makanan dalam blog akak ni

zulita said...

suka tengok menu2 dlm blog akak ni...x sabar nk belajar buat pais ayam tu...kalau pais ikan tu dh biasa buat n makan. kak yati, bila dh buat nanti letak la dlm n3 ni ok...excited nk try ni..hehee

idasm said...

akak... hehe... ida pun suka jugak nasi padang ni. urat lembu tu sedap kan kak!