Hari Ahad yang lepas telah diadakan sukan di antara tadik Aulad. Qaisara yang mewakili tadika Aulad Mesra mengambil dua bahagian. Malangnya ketika Qaisara berlari saya tidak sempat mengambil gambarnya kerana sudah melompat-lompat memberi sokongan. Walau cuma mendapat tempat ke empat. Tetapi saya bangga dengan Qaisara kerana melakukannya dengan baik walaupun berlari dengan agak sopan santun..ha.ha
Ini hadiah yang mereka dapat dalam pertandingan gelung dan bola. Qaisara melakukan dengan baik, ketidak hadiran salah seorang peserta dan memasukkan peserta yang tidak membuat latihan. Sudah pasti menganggu kemenangan mereka. Tetapi tak mengapa, peserta yang baru masuk pun menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Ini berpegang tangan untuk merebut gula-gula. Punyalah suka Qaisara kerana dapat merebut gula-gula yang kemudian menjadi haknya! Ha.ha.
Petang itu saya bersama pembantu rumah, editor saya dan Qaisara balik ke kampung. Malam minggu itu kami penuhi dengan aktiviti makan ikan bakar lagi! Sambil menunggu ikan datang, kami kunyah buah berangan!
Ini antara ahli majlis yang datang makan ikan bakar di malam minggu itu. Ha.ha.ha..Abang saya sekeluarga, ayah saya dan emak tiri saya.
Adik saya Ateh sekeluarga juga turut hadir bersama!
Ini antara ahli majlis yang datang makan ikan bakar di malam minggu itu. Ha.ha.ha..Abang saya sekeluarga, ayah saya dan emak tiri saya.
Dan....mempersembahkan makanan yang dimakan di malam tersebut.
23 comments:
amboi..masam muka qaisara..mesti letih tu hhehe..teringat la pulak masa zaman kanak2 intan hehehe..seronok ye jd kanak2..main jer..best gitu.
kak..banyaknya makanan..meleleh air liur intan hehe
Salam,
Best saya tgk makanan2 tu...Erm, saya merupakan peminat novel Akak..kalau akak masih ingat, akak ada bercakap melalui telefon dgn Maz (housemate) saya baru-baru ini. Kawan kepada Maz yg dtg ke booth akak call Maz, lalu diberi hp tu pada akak untuk berbual2...Kawan saya tu ngajar kat Kuching, org Sngor, peminat novel akak juga. Ingat lagi ke?
Saya selalu ke blog akak, tapi sesekali je tglkan komen..sekadar nak berkongsi, malam td ntah macamana boleh mimpikan akak n qaysara. Akak n Qaysara datang ke rumah, sempat juga saya bermain-main dgn Qaysara.. Membahagiakan... :)
lama xmakan buah berangan. sedapnya makan buah berangan panas2 huhu pos la ke yatie sikit akak
Saya suka tengok Teta dgn tocang dua...Asmaa' dah kene potong rambutnya, rasa sayang pulaks
salam kak...lawak teta dengan kasut wajib pinkynya. Lucu juga dengan nama2 kucing kesayangan Pak Aim. Wahh sedapnya makanan tetapi tengok cili2 menepek atas hidangan....berdesing telinga... ini mesti buat za pekak seminggu.
salam kak..cute la..Teta pakai baju kuning..ikat pulak tocang dua..cute abis..kak.sedapnya makanan...lapar la tgk ...ada rezeki..Aween nak turun Melaka, makan seafood gak la
hehehe so sweet Teta yg veri the colorful dgn pinky shoes nye hehehehe
alerrr akak..buah berangan my feveret tuh.sedap mkn time panas2 suam2.
qaisara tetap cute wpon kat padang..hehehe..tahniah!bersemangat dia..
mcmn lah yea gaya teta berlari dgn sopan santun... mesti cute je kan.
wah.. akak pun pakai baju kuning. semangat kesukanan... hehe.
mmm... sedapnya makan seafood!!!!
seronok dapat tengok anak bersukan kan kak..kita tak sedar yang kita pun melompat sama..hahahaha. Tak masuk acara ibu2 ke?
kak, gambar makan tu kat mana? nanti pi melaka nak pi cari...tambah tengok ada sampan2 yang berlabuh itu...menggamit hati..hahahah (cover niat nak makan sedap2 nih..hahahah)
dah lama tak makan buah berangan...
terliur nya dengan sajian makanan ni.... :p
berlari tapi maintain sopan santun yer...kehkehkeh...qaisara qaisara
part mempersembahkan tu...memang boleh bawak fitam! haha :-D
ha.ha..si Qaisara buat perangai sebab bangun awal, lepas tu dia cakap..dia dapat lari sikit aje? ha.ha..mai datang melaka..
Ros, akak ingat Maz tu kawan dia datang dah nak tutup masa tu, Ros..akak akan ke kucing pada insya-ALLAH pada May ni 8,9,10..
yatie..kat jepun tak ada buah berangan ke? Hari itu kat tokyo akak rasa ada akak nampak..he.he
siti sifir, qaisara tak mahu le pulak potong rambutnya..dia suka rambut panjang..
Za, tak pedaslah makanan tu. Qaisara pun boleh makan..kau ni..ha.ha
Aween pergilah, harga pun tak adalah mahal sangat. Akak makan 20 orang ari tu dalam RM300 lebih aje..ramaikan 20 orang..
Tinie, ramai rupanya suka makan buah berangan, ingat masa kecil2 dulu..kami masuk hutan, kutip buah berangan. Ambik kau..dapat satu guni..
Intan, itu ikan bakar umbai. Dia memang ada sungai tepi tu, jangan pergi malam minggu..ramai sungguh orang, malam isnin orang tak ada..itu boleh lepak2 tu..
Yong buah berangan memang sedapkan, lemak2 tapi nak kopek dia malas..
Nuar..ha.ha mesti teta ingat pak cik nuar dia!
Salam,
Terima kasih respons msg saya, harap dpt jumpa akak nanti. Bagi add email, nanti saya bg no hp saya. Ada masa boleh kita jumpe :)bila akak dtg Kuching nti. Jgn lupa bawa novel 'LLBK'. Saya beli direct ngan akak...boleh ke?
Harga kat Kuching mahal kak, selalunya balik semenanjung baru saya beli novel n bahan bacaan lain. Jumpa di Kuching nanti ye Kak... :)
makan kat umbai melaka ek..akak pun tak pernah pergi lagi...walaupun abah org melaka sekarang dah jarang balik pasal abah dah stay kat kl.
Tak apalah teta..menang ker kalah ker..janji dapat haidah.
Ikan bakar mmg sedap...:)
adoi..kak NB ni ske tayang makanan kan..
adehhh..ni teringin nih...
lame dh x pekena ikan bakar cicah air asam...
wooooo~
comenya nama2 kucing ayah akak. semua nama2 artis. ha ha ha
hehe sebut pasal tadika aulad, teringat pula adik saya. masa dia kat tadika kemas dulu, menangis nangis dia nak masuk tadika 'ulat'. Penatlah kami sekeluarga fikir kat manalah tadika 'ulat' tu. Rupa rupanya tadika aulad. aduhai~
Post a Comment