Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 1, 2010

CORETAN PESTA BUKU DAN GAMBAR CANDID!

Tahun ini walau tercampak di seberang sungai. Ramai pengujung yang mengeluh kerana belum mendapa gaji ketika pesta buku tahun ini. Tetapi saya rasa benar-benar gembira disamping dapat jiran yang baik-baik, kelakar dan ada yang mengecek mahu menjadi menantu saya. Saya juga dapat bertemu dengan rakan-rakan pembaca dan juga rakan penulis. Terima kasih pada rakan penulis yang sempat singgah terutama kat Sri Diah yang memberi saya bukunya, Kak Aina Amer yang saya suka sangat dengar ceritanya dan bukan main cantik macam artis..ha.ha, Cikgu Sidek yang popular dengan buku Gurindamnya dan saya tersangat kagum dengan ketangkasannya membaca gurindam serta ramai lagi kakak dan adik-adik penulis yang membuat saya gembira. Maaf, kalau terkasar segala bahasa dan terkurang layanan ya.

Ini entry terakhir pesta buku saya. Gambar candid yang saya ambil. Jiran saya Naila yang menjual bahan belajar bahasa Arab. Di belakang Kusyi dan Zul itu, adalah jiran booth saya yang juga bernama Zul, yang selalu bengang dengan jurujual yang mengacau pelanggannya. Stroller anak Zullah yang dipinjam oleh rakan-rakan booth yang lain. Diletak upin di dalamnya, di balut dengan baju sejuk dan disorong ke tempat jurujual yang menyakitkan jiwa itu. Apabila sampai di sana, berkejarlah seorang jurujual dan bertanyakan itu dan ini pada rakan-rakan yang menyorong stroller tersebut. Bertanyakan berapa usia anak di dalam stroller itu. Dan bermulalah sijurujual menununjukkan skill jualannya. Kemuncaknya rakan yang menyorong stroller ketawa beramai-ramai apabila mereka membuka stroller tersebut dan terserlah patung upin di dalamnya.


Saya tahu Nuar akan cekik saya kerana dia belum kontrol handsome, saya sudah memetik kameraa saya. Tangan siapa pula tu tengan bersms? Ha.ha.ha..Kusyi sibuk menunjukkan telefon canggih dia. Ha.ha.ha

Tak apa Nuar, ini ada gambar canggih dan jambu kau yang akak ambil. Jangan ada anak dara jatuh pengsan tengok Nuar, sebab Nuar dah ada kekasih hati tau! Pandai aje sayakan!


Gambar adik ini saya ambil ketika tengah menunggu ibunya memilih buku di booth saya. Gembira melihat adik yang rajin membaca begini!


Seorang lagi yang begitu khyusuk membaca, tidak menghiraukan orang yang lalu lalang. Tenggelam di dalam bacaannya.



Ini siapa pulak ni? Bertiga tengah mengira duit? Nampak macam Nacha. Saya tahu ramai pembeli mengeluh, baki duit gaji bulan lepas sudah sampai kehidung. Namun tabik pada mereka ini masih lagi berusaha untuk membeli buku.

"Kak, tempat saya, selagi tak cukup bulan mana nak dapat gaji.." Ha.ha..itu komen Wan Amlyn. Suruh ambik buku dahulu, bayar kemudian tak mahu pulak dia. Wan tengah mengira duit tambang balik ke tu Wan.? Ha.ha.ha


Rupanya seorang lagi tu Iejay. Apa jugalah budak-budak bertiga ini buat ya? Bukan budak, emak budak. Kecuali Iejaylah masih bujang lagi.


Ini gambar tak semenggah mak budak! Ha.ha.sempat lagi tu menyelit ambil gambar dengan upin dan ipin. Qaisara malu-malu jadi saya dan Kusyi temankanlah.


Terakhir gambar rugged si Teta di pesta buku!





9 comments:

Wan Amalyn said...

uuwwaaaaa kak yati malunya!! (tutup muka dengan tuala gud morning)

kak yati... bukan dok kira duit tambang tapi dok kira cukup tak duit nak bayar parking kete... kan haru jer xbleh keluar! :P

apa2pun kak yati mmg best sbb baik hati offer buku kat wan... bukan tak mo tapi takut tak sedar diri jer, main ambik jer semua... ahaks...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kus semangat...fitam! :-P awas kak...hahaha

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

YA AMPON!!!
Pic uncle tu mmg wat jim ketawa besar!!

Akak je yg brani sabotaj die..
jim xbrani..hakhakhak..

Rose Harissa said...

Astaga... kak yati...
si Zul tu kawan saya laaa...kenal dari internet zaman belajar kat U dulu... last jumpa masa dia bukak booth kat Alam Central
apsal la saya tak perasan dia masa duk kat NB aritu... ni kes tak pandang kiri kanan sebab nak elak dari jurujual2 tu la... :(
haihhh...mesti dia ingat saya sombong...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha..wan, hari tu kau bawak kereta aik? Iskk..nasib minyak kereta ada lagi iye tak and card touch and go masih penuhkan?

Nuar..kah.kah..ambik kau, control macho sangat..

jim, biarkan dia jim..selalu sangat dia control jambu, sesekali ambik candid cam tu baru nampak betapa comelnya mata dia..

Ha.ha..Nora, Zul pun ada tanya hari tu kau datang ke tidak. Masa kau datang tu dia tengah sibuk le pulak..

Rose Harissa said...

tu la kak yati... kalaulah saya tau kawan saya tu ada kat situ... saya terjah aje wpun dia sibuk... hahaha

dlittlekitchen said...

huhuhu.. kali ni timing pesta buku, x kena jadual, x dpt laa nk memeriahkan majlis..

Zana S said...

salam kak,
besar ketawa saya bila kawan2 akak baut patung ipin/upin gituew. aduhai...

mmg tension dibuatnyer lelagi saya dukung anak sesaja dalam tuh.

-nice to meet u kak. masih takleh lupa yg mak saya wat lawak haritu. dah dikenalkan ke akak pun mak saya masih blur... adeh.. hehehe.. tapi dia mmg peminat buku akak.-

Just call me Zul :-) said...

Oh nooo.....

for the sake of books!!! kenapa saya baru realize hari ni?the world is not fair!!!kalu T n Q tengok ni macamana lar gamaknya?ini kena kutip royalty ngan kak nor ni!
hehehehehehe.......