Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 22, 2010

GUNUNG MERAPI

Antara lawatan saya ke Yogyakarta adalah ke Gunung Merapi. Gunung merapi adalah gunung yang sangat aktif dan sudah meletus sebanyak 68 kali. Sepanjang perjalanan ke Gunung Merapi ini saya melihat banyak penempatan di pinggir gunung.
Oh ya..Yogyakarta memang terkenal dengan tanaman padinya. Kadangkala padi boleh ditanam di celah-celah rumah. Tidak seperti di Malaysia, padi di tanam di kawasan yang lapang. Gunung Merapi di lihat dari jauh.


Sebelum memanjat naik Gunung Merapi dengan kereta, kami menjamu selera dengan nasi padang. Ha..ha..ini nasi padang di kedai lain. Kali ini ada perut lembu, bergedel, sambal belinja dan macam-macam lagilah.
Sepanjang perjalanan ke Merapi banyak sungguh kita lihat orang menjual buah salak. Kami ambil kesempatanlah membeli. Murah sekali. Sekilo hanya RM1.50sen. Saya mahu belikan ayah saya 20 kilo. Pantas sahaja dia membantah.
"Buat apa banyak-banyak."
Jadi saya belikan beliau hanya 10 kilo sahaja dan esok paginya dia bertanya saya. Mana nak cari buah salak lagi..ha.ha.ha..sabar ajelah.

Ini buah salak yang berada di pokoknya.


Deretan pokok salak. Ayah saya begitu teruja sekali mahu melihat pokok salak dan mahu mengetahui bagaimana salak di tanam. Dahulu beliau menanam beberapa pokok di belakang rumah kami di kampung. Tetapi hanya berbunga dan berputik, kemudian menjadi kering. Rupa-rupanya pokok salak ini ditanam begitu rapat sekali antara satu sama lain. Kawasannya mesti tidak terlalu panas.


Ini timbangan lama yang menarik perhatian ayah saya. Mana nak cari timbangan macam ini lagikan?


Ayah saya bergambar dengan timbangan lama ini. Ha.ha.

Kami tiba di puncak yang paling atas yang boleh dilalui kenderaan ketika hujan lebat. Dari tempat ini ada dalam 6 kilo meter lagi untuk ke puncak dan melihat lanar kecil yang meletus. Kerana membawa warga emas perjalanan kami setakat ini sahajalah.



Merapi membawa berkat material pasir, bagi penduduk berdekatannya. pasirnya berwarna hitam. Kelihatan lori-lori yang mengambil pasir di lihat dari puncak. Di sepanjang perjalanan turun saya melihat banyak lori yang pancit tayarnya. Yelah..pasir berat, lorinya hanya lori kecil beroda empat. Pasir di sini kebanyakkan berwarna hitam.


Kabut yang dilihat dari lereng bukit. Di puncaknya hujan lebat bila turun ke bawah terang benderang.

Bye..bye jumpa lagi di lain entry ya..



8 comments:

Wan Amalyn said...

kak yati...

rumah wan di kampung banyak (tak la byk mana hehehe) pokok salak. Mek tanam di belakang rumah. (kalau jadi balik kg wan ambik gambar pokok salak yg mek tanam sebagai bukti...hehehe)

dulu sangat suka makan, tp sekarang ni tengok pun dah tak lalu... hahaha

tp dia susah nak berbuah sendiri tau, sbb kita yg kena buat (kalau nak cepat berbuah laaa) ambil bunga daripada 'jantan' taburkan pada bunga 'betina'... the rest... tunggulah dia berbuah dan masak :P

(uiks apsal wan dok menyibuk kat sini pulak?? hehehe sorry kak yati!!) sebenarnya wan rindukan kampung!! huhuhuhu

umie said...

berani nyer akak g sana...

Lady Arween said...

Kak, kalau tanam pokok salak bila berbunga..kalau takda bunga jantan..renjis dgn serbuk kunyit..lekat jugak jadi buah..Tu yg mak kt kg guna la..debungakan pokok salak


Bila lah agaknya Aween berpeluang nk pergi sini, tgk gunung merapi..harap2 ada la rezeki nanti

Duke Luce Dell'amore said...

WAH!!
nk panjat gunung merapi!!

idasm said...

ya ampun, murahnya buah salak kat sana kak!

dulu, masa kecil, ida sempat petik buah salak kat kg pulau musang. masa tu tok nyang ada lagi. bukan buah salak aje, buah manggis pun sempat panjat n petik.. hehe

seronoknya kak, jalan2!!!

kakyong said...

murahnya buah salak..
ade lagi timbang lama camtu ya.. sungguh klasik..

GreenJade said...

x penah smpai sane lg.gunung berapi dia still active lg kan kak? kwsn desa sekitar nmpk mendamaikan.

seronok bjalan kan kak bila most of the foods boleh masuk ke tekak.

ameeza77 said...

eh, memang besar buah salak tu ker camera trick jer kak yati?

tak pernah nampak buah salak besar macam tuh, mesti sebiji pun dah puas makan ya ...