Beberapa hari ini rumah saya dibanjiri dengan Turkish Delight. Pemberian sahabat suami yang datang berkunjung. Berkotak-kotak turkish delight memenuhi peti ais. Saya meminta kebenaran pada suami untuk mengagihkan pada jiran. Tetapi suami pantas aje menjawab. "Jangan, kawan saya suruh awak makan dengan saya perlahan-lahan. Susah nak jumpa ni." Mak ai. Turkish delight ini saya tak berapa suka. Terlalu manis. Mahu kencing manis saya dibuatnya nanti..ha.ha
Ini kalau suami beli pun saya tak makan. Saya akan makan kalau ada kacang untuk mengimbangkan rasa lemak dan manis.
Type seperti ini banyak dijual. Mereka akan tukar kacangnya sahaja. Ini Almond, kesukaan suami.
Ini saya pernah beli ikut kaki, tapi dapat tak sedap. Gementara saya nak makan lagi..chewah bahasa, melampau sungguh. Gementar..ha.ha
Ini keretan rentas salah satu jenis turkish delight. Oh..ini saya suka makan. Sebab kacangnya berterabur.
Oh ini saya suka. Saya boleh makan, 2 ketul untuk satu hari. Itu kira okaylahkan. Alasannya sama, kacang pistachio banyak di dalamnya.
Ini yang disumbat dengan macadamia. Qaisara suka makan luarnya dan saya jadi mangsa makan kacangnya.
Ini agak sama seperti yang diatas tadi. Tetapi ditatah dengan macadamia, yang diatas dengan almond. Qaisara juga suka tapi seperti biasa dia akan balingkan kacang tersebut.
Keratan rentas salah satu turkish delight. Saudara mara saya di Turki rajin juga buka blog saya. Biasanya mereka melihat gambar sahaja. Mesti esok-esok ada yang bertanya, kenapa letak Turkish delight dalam blog? Ha.ha.ha
Ini saya pernah beli ikut kaki, tapi dapat tak sedap. Gementara saya nak makan lagi..chewah bahasa, melampau sungguh. Gementar..ha.ha
Ini keretan rentas salah satu jenis turkish delight. Oh..ini saya suka makan. Sebab kacangnya berterabur.
Oh ini saya suka. Saya boleh makan, 2 ketul untuk satu hari. Itu kira okaylahkan. Alasannya sama, kacang pistachio banyak di dalamnya.
Ini agak sama seperti yang diatas tadi. Tetapi ditatah dengan macadamia, yang diatas dengan almond. Qaisara juga suka tapi seperti biasa dia akan balingkan kacang tersebut.
Keratan rentas salah satu turkish delight. Saudara mara saya di Turki rajin juga buka blog saya. Biasanya mereka melihat gambar sahaja. Mesti esok-esok ada yang bertanya, kenapa letak Turkish delight dalam blog? Ha.ha.ha
9 comments:
banyaknya kak turki delight tu...hantar lah sini sikit hahahah..kak..intan pun jenis mcm Qaisara jugak..tak suka kacang hehe...kalau makan rempeyek yg ada kacang tu pun intan akan buang kacangnya.
hehehe..umie pulak suka kacang..sedap nyer kak..nanti makan..ingat umie ek..makan utk umie sekali yer...hehhehe
samalah kak yati..am pun kalau beli benda2 manis ni...atau nak makan mesti pilih yang ada 'krup krap' dalamnya and taklah manis sahaja...kalau manis semata-mata macam muak...
macam sedap jer Yati.. ada jual kat sii tak?
saya teringin sangat nak tengok rupanya sejak tengok citer NARNIA... siWhite Witch bagi si Adam makan Turkish Delight ni..
ya allahh ..sedapnyaa..
mmg sedap nii..ermmm nyum nyummm
Salam akak.... tahun lepas masa akak baru balik dari Turki akak ada bagi za makan satu jenis turkish delight...sedap sebab ada kacang di dalamnya . Za tak ingat rupa tapi akak sendiri cakap itu turkish delight.
Salam Kak Yati,
Makaihhh banyaknya.. semua nampak x berkenan dek tekak kakakaka yerlah tekak melayu hahaha..
Kalau biskut/kek & seangkatan dengan nya ni dari sebelah sana2 ni.. mmg sya x gemar.. tp kalau kacang ada.. haaa.. saya suka.. kekeke.. mcm akak gak la.. huhuhu..
salam kak yati..Terliurnya..nak plak dgn kacang pistachio tu..kalau Aween..makan kacang ja..tinggal yang lain2..Boleh partner dgn Qaisara la cam nie..dia makan luar ..saya makan inti
Salam...
terima kasih juga dari Kak Ma kerana yati sudi kongsi photo kita sewaktu bertemu baru-baru ini di sini.
Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.
Rajin-rajin berkayra kerana peminat setia Yati sentiasa menanti sentuhan terbaru dari yati
Post a Comment