Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 29, 2010

KEK LAGI

Tidak habis-habis lagi dengan kek hari jadi yang saya terima tahun ini. Kebetulan ketika hari jadi saya, pesta buku berlangsung. Jadi ramailah yang membawa kek untuk saya. Kek ini saya edarkan di jiran-jiran sebelah. Sampaikan jiran-jiran saya tanya. "Kak, akak sambut 3 hari ke birthday." ha.ha. Apa tidaknya, sampai 3 hari orang bawakan saya kek.


Kek yang dibawa oleh Norhayati Sulaiman dari Mukah, Sarawak. Kek lapis yang dibuatnya sendiri. Memang sangat sedap. Semua yang makan memujinya.

Norhayati Sulaiman yang datang dari Mukah Sarawak. Saya tidak dapat melayannya dengan baik kerana kesibukan. Ajak tinggal di rumah tak mahu kerana katanya ada janji dengan kawan dan juga sahabatnya.




Ini kek dari mas comel dengan Che Anis. Setiap kali potong kek, setiap kali itu si Qaisara akan menyempil. Ha.ha.ha

Ini dia mas comel yang sangat comel dan takut gemuk ha.ha.ha. Suka sangat dia melayan Qaisara. Boleh dijadikan calon menantu tau!

Ini dia seorang lagi calon menantu se malaya. Che Anis. Cukup suka melayan si Qaisara bercakap yang entah apa-apa. Ha.ha.ha. Sampai bila Che Anis nak balik, Si Qaisara cakap. Janganlah balik.




Ini kek dari Kusyi Hirdan penulis Galu di hati Seri. Saya cukup suka buah-buahan atas kek tersebut.


Ini pasangan romantis Kusyi dan Zul. Ha.ha..dua-dua orang ini pandai memasak tau. Kebab yang mereka buat pun sedap. Zul pandai buat nasi beryani, satu masa nanti nak cuba rasa nasi beryani dia.


Ini kek dari Yana selayang. Tahun lepas Yana datang ke pesta buku tengah sarat mengandung.


Tada..ini dia Yana yang semakin bahagia dengan kehadiran Zidane permata hatinya. Comel dan baik sungguh Zidane ni. Geram saya menengoknya..


Ini kek dari Iejay penulis buku Lagu Cinta dan Resipi Hati dan Kaknoor dari geng kicap. Ya ALLAh terlupa sungguh nak mengambil gambar mereka semua. Masa itu memang tengah sibuk sangat. Terima kasih kak noor dan iejay!


Ini Intanazila yang bukan main cantik lagi dia. Asyik bercerita pasal anak-anak lupa saya mengambil gambar cupcake yang dibawa oleh Intan. Sayang tak dapat gambar Hadif yang sudah melarikan diri. Bila dipujuk, Hadif cakap tak mau ambil gambar, sebab dia orang tua! Ha.ha.ha sebab dia tak ada gigi..cuma ada dua batang sahaja. Kelakar sungguh Hadif ni.

Terima kasih yang tidak terhingga dengan kakak dan adik-adik saya ini yang sanggup bersusah payah membawa kek untuk saya. Saya amat menghargainya dan rasa amat terharu. Sayang semua...





14 comments:

Leeza said...

Wahhh syukur alhamdulilah, tahun ini hari lahir akak mewah dengan kek-kek yang sedap. Tambah satu lagi kek : lapis puncak kasih yang za bawa naik belon. Bila tengok semua kek ini....sedapnya .makan dengan mata je lah....cantik-cantik pula tu.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam kak...bestnya birthday dapat byk kek....rezeki kak tu......

makan tu ingat kak kami yer...
heheheeh

Dayah said...

Salam Kak Yati,
Wahhh byknya KEK.. huhuhu boleh buka kedai jual kek sekali tu kak hehehehe

umie said...

salam kak..wah...sedapnya kek...byk lagi tu..murah rezeki akak dan org yg memberinya..

Suhana Shahril said...

Kalau lah saya diberi kesempatan untuk ke sana........................... v_v
(hati tengah berduka lara kerana tidak berkesempatan ke KLBF utk kesekian kalinya)

yatie chomeyl said...

banyak nya kek..nak sikit...

idasm said...

wah! meriahnya kek. nampak sungguh sedap kek2 tu semua. murah rezeki akak dan murah rezeki kawan2 yang menghadiahkan kpd akak.

dlittlekitchen said...

heheh.. ala2 tuan puteri nih, 3 hari 3 malam sambutan...

Sayang.Ibu said...

amboi kakkk.. bestnya dpt byk kek.. bertuah badannn.. ;)

ameeza77 said...

wah2, kak yati ... best betul, harap tak terlambat lagi saya nak wish akak ... selamat menyambut hari lahir, semoga semakin maju dalam apa jua bidang yang akak ceburi :)

Watierman, rmanbkr said...

It's better late than never....to wish you a Happy belated Birthday!

Marzalina said...

bestnya banyak kek hehehe...bertuah kak dapat peminat yg setia dan baik hati.

kakyong said...

wahhh...meriah nya dgn koleksi kek2...
semoga bertambah murah rezeki kak yati & ramai yg sayang kak yati..

ZAr said...

kek coklat sedap!!!
nak lagi..