Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 4, 2010

TETA MASUK SEKOLAH..

Hari ini Qaisara masuk sekolah. Mahu melepaskan dia bersekolah pada mulanya saya terlebih gembira dan rasa tidak sabar, tetapi bila tiba waktu mahu mengejutkan dia bangun dari tidur dan membawa dia ke sekolah. Saya rasa mahu sahaja menangis. Saya akan lepaskan anak saya pada orang lain untuk menjaganya, anak yang sentiasa bersama dengan saya dan saya bawa ke mana-mana sahaja. Walau tidak lama, sekadar tiga jam tapi perasaan sayu dan sedih itu amat sukar dibendung. Payah untuk saya tafsirkan perasaan saya tapi semuanya benar-benar membuat dada berdenyut begitu kencang sekali.
Qaisara memang banyak alat tulis, setiap kali ke pusat membeli belah sekarang ini dia akan membeli alat tulis atau buku. Ini yang dibawanya ke sekolah.

Dua tiga hari sebelum Qaisara besekolah, saya membuat pelekat nama Qaisara dan melekatnya pada setiap alat tulis Qaisara. Tapi hari ini bila balik rumah, saya memeriksanya. Sudah hilang satu pensil warnanya.

Alhamdulilah, tidak susah mengejutkan Qaisara bangun walaupun dia tidur semalam pada pukul 12 malam.
"Umi i cannot close my eyes!" dia mengadu pada saya malam tadi.
"Close your eyes sayang, after you will see hallo kitty.." pujuk saya. Dia menutup matanya.
"Umi i cannot see hallo kitty, just dark umi.."
Qaisara mengadu. Dalam dia mengatakan dia tidak boleh menutup matanya dia akhirnya terlelap.


Tengok masih mengantuk lagi. Yelah selalu bangun pukul 9 pagi. Hari ini bangun pukul 7.30. Tetapi Qaisara jarang bangun melebih jam 10 pagi. Kalau dia bangun melebihi 10 pagi. Alamat saya akan letak air di matanya..ha.ha


Seyit Kara yang menghendap anaknya. Suami begitu teruja sekali dan syukur Qaisara walaupun masih kecil langsung tidak menangis. Bahkan agak ceria.


Bersama kawan-kawannya. Memang ada beberapa perkara yang membuat hati saya kurang senang dengan tadika ini tapi mungkin perasaan keibuaan saya yang mahu memberikan yang terbaik pada anak saya. Saya harus melepaskan perasaan ini pergi kerana tidak semua yang saya mahukan untuk anak saya, akan saya dapat. Saya perlu lebih bertolak ansur dan memahami..


Saya tinggalkan Qaisara bersama kawan-kawannya. Saya rasa mahu menangis tapi kerana tidak mahu suami tahu, saya telan perasaan tersebut. Ketika di rumah kerja saya hanya melihat jam sahaja dan telefon saya letak di sebelah saya supaya kalau apa-apa hal cikgu senang menghubungi. Lambatnya masa berlalu, apabila jam menunjukkan pukul 11, saya dengan bibik pergi ke sekolah. Apabila ternampak saya, Qaisara pula mencebik seperti mahu menangis. Saya lihat ada kertas mewarna di atas mejanya yang tidak disentuh sedangkan perkakas mewarna berada dengan kawannya yang duduk di hadapan dia. Bukan main menenyeh lagi kanak-kanak tersebut. Saya terfikir kenapa anak tersebut tidak dibekalkan oleh ibu bapanya dengan pensil berwarna. Masuk aje di dalam kereta, Qaisara terus baring dan menghisap susu yang kami bawa dari rumah. Ha.ha.ha..
Sebelum balik sempat saya tanya guru apa yang Qaisara buat di sekolah, guru tersebut menjawab.
"Dia duduk di kerusinya hanya lima minit, kemudian dia merayau-rayau"
Ha..ha.a itulah anak saya. Dia tidak sukakan duduk di satu tempat, dia lebih suka melompat menari. Bila saya tanya kenapa dia tidak suka mewarna. Dia menjawab.
"Nantilah 3 hari lagi Teta buat, Teta nak belajar ABC tapi cikgu tak ajar pun.."
Ha.ha..tidak mengapalah, mungkin dalam usia 4 tahun Qaisara masih belum fokus sepenuhnya. Cuma bila saya tanya dia makan apa di sekolah, hati saya menjadi hiba semula.
"Biskut oreo yang umi bekalkan, makan satu aje..lainnya bagi kawan.."
Begitulah anak saya yang terlebih pemurah dan tidak biasa makan tanpa ditemani saya atau bibiknya.







31 comments:

Leeza said...

Inilah permulaan anak ke sekolah. permulaan anak-anak belajar berdikari dan menimba ilmu. Kita hanya mampu lepaskan dan mengiringinya dengan doa. Namun semasa di rumah kita perlu bimbingnya. Apa yang pasti teta berjaya melalui hari pertamanya berjauhan dari ibubapa tanpa menangis.Dia anak yang cerdik.

SyuQ said...

sweetnya anak akak pki mini telekung. cantik sangat...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lepas ni akak kena bekalkan byk makananlah dalam bekas qaisara... =)

Pija Madzlan said...

:) Bila saya tanyakan soalan yang sama, saya tidak minat jawapan seperti itu...ia tidak menenangkan...

"Dia duduk di kerusinya hanya lima minit, kemudian dia merayau-rayau"

Walaupun realitinya anak saya juga tidak duduk diam, tapi saya lebih appreciate jika gurunya menjawab, "Ala Fizah...budak2 macam nilah mula2, insya ALLAH nanti dia behave lah..."

Saya pernah keluarkan anak2 saya dari 2 nurseri hanya kerana mereka jawab seperti yang k.Yati cerita, feel like they did nothing to my kids...saya bukanlah cerewet sangat tapi as a mother, saya ada harapan... :)

erk..ni bukan nak suruh k.Yati kluarkan Teta lak..just if U can, ask them back, "Jadi apa yang buat pada anak saya?"

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

za..betul kata kau ini permulaan anak2 belajar berdikari walau terlalu sukar kita lepaskan..

syuq syukur..dia boleh bertahan pakai tudung tu lama2..ha.ha

nuar esok memang akak bekalkan apa yang dia suka makan, tapi rasanya 1/3 aje dia makan lebihnya pada kawan2

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

siti sifir tak payahlah emosi, kami telah berbincang sebelum kelas bermula, saya telah beritahu dia..qaisara suka merayau dan guru tersebut mengatakan tak mengapa, ada kanak2 yang menangis sehingga berbulan..bla2..bla..dan ramai yang perangainya macam tu.
Tadi ketika mengambil qaisara guru tersebut sempat berkata pada qaisara "bye, bye sayang jumpa esok ya.."
bagi kita, memang kita perlukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi kadangkala kita sendiri tidak menjadi contoh yang terbaik untuk anak2...

Umie said...

alahai...rasa sayu lak baca n3 akak ni...kalu umie pun mesti mc akak gak..nak terbaik utk anak...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

comey sungguh qaisara ngan tudung tu..nmpak lain bebenor!

nasib baik die xbyk kerenah & mlalak2 dlm kelas kn??bgus btul!

ibu aira said...

teta memang pemurah.. harap terus berkekalan begitu selamanya.. comey teta pakai tudung.... =)

Nadiah Sidek said...

comelnya qaisara pakai tudung :). org lain besar dia seronok mewarna..si qaisara ni tak sbr2 belajar ABC lak. ehe..

miss ahjumma said...

ehmm..sayu aj e baca entri ni. Agaknye, ati pun mybe akn nangis saat nk hntr anak ke sekolah mcm tu...cuma skang ni blm sampai lg masenye..ibu² mmg sensitif..

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Alah cutenya teta bertudung..
Selamat belajar ABC & Mewarna ya teta.. grow to be excellent people among the brilliant,amin.
Umi teta, dont be sad.
"Teta tengah berjihad menuntut ilmu ni Umi.. jgn sedih2.. nanti balik umi masak sedap2 .. teta lapar.. hehehehehe.. susu sebotol sekali ^_^"

Marzalina said...

kak..comel la qaisara pakai tudung. suka intan tgk hehehe...bila baca cerita qaisara masuk tadika, intan teringat pengalaman pertama intan mengajar tadika..masa tu intan baru abis spm...dan tak tahu camna nak uruskan budak2 kecik..akhirnya cikgu ni kena buli ngan anak anak murid hahaha...dan tiap tiap hari ibu bapa datang jumpa intan..tanya kenapa pensil warna ank diorang hilang...maka intan pun hari2 kena buat sport check beg budak2 tu..tapi mana lah nak jumpa bila diorang dah bawak balik rumah...bila hari guru, anak2 murid bg hadiah bunga dan coklat..memang rasa terharu betul.

Balqis Rashdeen said...

Sayu baca luahan seorang ibu..
Mula2 sampai ofis tadi buka akhbar tengok gelagat budak2 masuk sekolah. Teringat pula masa saya di hari pertama di darjah satu. Yang ada ketika itu hanya datuk yang setia menanti hingga tamat waktu sekolah.
Esok lusa pasti Teta akan biasa dengan situasti baru itu.. Uminya juga akan terbiasa :)

Madam Casper said...

Kak Yati
Saya tetap rasa macam yang akak rasa bila hantar anak2 ke sekolah tak kira w/pun abang dah darjah 4 thn ni. Perasaan ibu agaknya mmg macam tu..InsyaAllah lama2 nanti perasaan akak tu ok lah...

Ha sebut bab stationery tu mmg saya geram dgn parent yang tak kisah pasal ni. Mereka mengharapkan pihak sekolah bekalkan semuanya. Pernah saya pergi berjumpa cikgu abang masa dia tadika pasal kes stationery ni lah. Akhirnya cikgu mengaku yang dia mmg tak tau yang kawan anak sy tu dok bedal stationery abang. Nak salahkan cikgu pun tak boleh jugak ya la hampri 30 kepala nak di jaga...

dlittlekitchen said...

wah! seronoklahh teta masuk skolah ramai kawan2...

erm.. mmg lah kita kalo boleh nk bg d best tuk derang nih, cuma kdg2kena tawakkal & redha gaks..

bab stationery nih, memang slalu "make my blood go to upstairs" hehehehe, iyelahh dgn ilang, tertinggal, kawan pinjam, kawan ambik, tertukar.. 1001 mcm alasan, so hal stationery ni mmg budget sepanjang tahun....

idasm said...

akak, ida ni selalu ketinggalan. org lain semua dh komen, ida baru nak baca. sori ye kak. bz betul ida ni.

seronok tgk teta ke sekolah. lepas ni akak boleh tulis novel teta ke sekolah plak kan. tp ida boleh bayangkan mcmn perasaan akak berpisah ngan teta 3 jam. nasib baik isnin - jumaat aje. hehe. akak tenang yea.

Intanaziela said...

bila membaca tentang Qaisara, terkenang telatah Hadif masa mula2 masuk tadika, begitulah dia kak, tak mahu duduk dia, merayau2 dan tidak fokus..tetapi lama kelamaan akan nampak kemajuannya..hihihi good luck teta..

Balqis Rashdeen said...

polos bener wajahnya Teta.. Pantasin uminya ngak nahan ninggalinnya.. Gemas buanget dehhh.... pingin cubit ah..

GREENJADE said...

alehaii comelnye teta menguap2 dpn pintu gitu..gegege

klu sy pon sebak2 gak kak. b4 this everyday berada dpn mata tiba2 bjauhan dr pandangan mata..mau x resah gelisah gitu..

tp..Teta mmg a gud girl..tabah,cpt bergaul & mesra dgn new environment.

MyHasla said...

kak...saya pun masa anak2 mula masuk alam persekolahan... sume stationaries depa ada tulis nama.... End up tiap2 hari balik mesti ada yang hilang jugak!! :D
Budak2 tak duduk diam tu biasa lar kak... tat's normal! kalau yang duduk diam tak bercakap and tak bercampur ngan kawan2 tu yang parents patut risau kan!
Akak hantr teta ke tadika aulad ke?? anak2 saya yg 1st n 2nd pun dulu saya hantar ke Aulad gak!

Ida Ra said...

Ala comelnyaQaisara pakai tudung.....sweet sgt

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie..kalau umie ada anak nanti, itulah perasananya..perasaan seorang ibu..

jim..qaisara kalau menangis sekejap aje, biarkan saja dan dia diamlah..

yatie..qaisara terlebih pemurah kadangkala tu..

Nadiah..qaisara tak suka pegang pensil tapi suka membaca, suka belajar dan menghafal..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Dayah.ha.ha, Qaisara makanan dia apanya..nasi ngan ikan, roti dengan butter...lebihnya susulah. Nasib dia tahan tak minum susu kat sekolah..

Ha.ha.ha Intan pernah jadi cikgu tadika ya. Akak hari2 cek barang qaisara apa yang ilang, tapi cikgu pun ada tanggungjawab dia sendiri..jadi akak ajar dia..jaga barang dia, ajar aje..ikutnya tak tentu lagi..

atie, yelah.esok2 kalau anak atie dah ke tadika mesti sedih sangat2 nak tinggalkan dia..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Balqis dijaga oleh atuk ke? sedih juga ye..akak dulu lagi pulak, pergi sekolah sendiri, kemudian nama tak ada dalam senarai..cikgu suruh balik..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Casper..walaupun anak ramai, perasaan ibu tetap samakan. Sedih, bimbang tentang anak-anakkan. Apatah lagi seorang ni...

Ha.ha..roza, yelah kita kena buat budget alat tulis sentiasakan, asyik ilang aje walau sudah ditulis nama satu persatu..

Ida yelah, bukankah bagus kalau kelas selang sehari..ha.ha..perasaan tu walau da 4 hari masih tetap sedih..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan, yelah qaisara ni pulak tak suka pegang pensil, dia lebih suka menghadap buku, mendengar dan menghafal, biarlah dulu..banyak lagi masa dia..

Balqis..ha.ha.ha

Tinie, qaisara suka berkawan tapi tak suka duduk diam, pegang pensil..itu masalah dia..tapi cikgu cakap perlahan2 insya-ALLAH dia akan okay

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Myhasla, iye..teta belajar di Aulad, tapi di Taman mesra, jauh sikit dari rumah akak. Dulu Ojan belajar di situ..

ida..thanks..

yatie chomeyl said...

insya Allah lepas ni teta akan lebih gembira. mula2 nak sesuaikan diri, mesti lah takes time jugak kan akak

Unknown said...

comel teta bertudung.. Insya ALlah, lelama ok kot. fikri pun camtu juga, nak kita jer ikut apa yg dia nak.. eg kalo pg tu saya dah set, 'ok, hari ni abg belajar ABC'.. tp dia insist nak baca buku binatang... huhuuu.. selagi tak dikeluarkan buku tu, selagi tu lah mogok.. kdg2 kita dah schedule dia tgk cd, dia leh ckp 'tak nak, abg nak lukis2 jer'... so, ikut jer lah.. as long dia nak belajar @ buat something..

fikri masih sekolah main2 di rumah jer... plan tu ade nak hantar, tp xde org nak uruskan, lagipun kereta 1 jer.. malas lah pulak nak nyusahkan atoknya nak ngantor & ambik dia sekolah.. lagipun both ayh saya & FIL tak bg fikri sekolah lagi.. tp saya rasa perlu...

apa2 pun tak tergambar camno lah gaya fikri kalo g sekolah nanti.. nangis ke, seronok ke..

harz... said...

tahun nie anak saya, husna pun mula bersekolah... mmg 2 hari seblm dia ke sekolah saya x lalu mkn... mcm2 yg saya fikirkan... saya dan suami bekerja jd husna perlu menaiki van sekolah.. ada 1 hari saya suruh suami jd spy dan mengendap van skolah tu... saya suruh suami tgok pemandu dia bwk laju ke x, ada org lain x yg jaga kanak2 dlm van tu.. Mcm2 lg la saya suruh suami saya check...

Wlupun mula2nya byk perkara buruk yg bermain di fikiran saya tp skrg saya tawakal kpd Allah mudah2an Husna slmt dlm perjalanan dia pergi dan blk skolah...