Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 17, 2010

BERSEDEKAH PUN KENA MARAH!

Saya memang sering mengajar Qaisara berkongsi dan juga bersedekah sedari kecil. Sebab itu setiap kali ke padang Qaisara pasti akan membawa gula-gula dan dikongsi dengan rakan-rakannya. Kalau ke pasar tani apabila melihat orang kurang penglihatan Qaisara pasti meminta saya seringgit dua untuk diberi kepada mereka. Bila ada anak-anak menjual kismis atau kalendar, saya ajar Qaisara. Jangan beli kalendar atau kismis mereka tapi sedekah abang-abang yang berniaga itu sedikit duit untuk membeli air. Kata saya kasihan mereka, sepatutnya mereka belajar di sekolah bukan berniaga kismis atau kalendar.
Semalam saya ke Sogo. Orang punyalah ramai, suami memakirkan kereta di Wilayah Kompleks di tempat kerjanya. Saya ke sana mahu membeli susu Qaisara yang dikatakan murah dan mencari-cari baju untuk anak-anak jiran saya yang menyambut tahun baru China. Qaisara seperti biasa saya letakkan di Star Gardz, bolehlah dia bermain dengan kawan-kawannya. Suami pula kerjanya awal-awal sudah beratur di kaunter dan saya mencari barang. Jadi tidaklah kami membuang masakan. Selepas segalanya selesai, saya duduklah di luar sogo di tempat menunggu teksi berhadapan bangunan CIMB menanti suami mengambil kereta. Tiba-tiba datang seorang wanita yang saya cukup kenali tetapi mungkin sudah tidak mengenali saya lagi.
"Saya nak minta derma untuk rumah perlindungan Aids ni.."
Kata perempuan tersebut. Tanpa banyak cakap, saya keluarkan duit dan memberi pada perempuan tersebut. Perempuan tersebut mengucapkan terima kasih dan bertanyakan sama ada saya guru atau tidak. Jawap saya tidak.
"Kak K dah tak kenal saya" Desis hati saya tapi saya tidak sempat bertanya kerana dia sudah pun beredar dari situ mungkin mahu meminta derma dari orang lain.
"Asal awak bagi dia tu. Dia tu penipu!"
Seorang lelaki tiba-tiba datang pada saya dengan kedaan marah-ramah.
"Banyak sangat awak bagi dia" marahnya lagi. Aik..lelaki ini sibuk sungguh!
"Saya kenal dia.." Saya cakap dengan nada yang perlahan.
"Mana awak kenal dia?"
"10 tahun dulu saya bekerja dekat-dekat sini. Setiap hari saya ke Sogo makan dan tiap minggu saya pasti berjumpa dengan kakak tu. Dia seorang mualaf, meminta derma untuk rumah perlindungan yang menempatkan wanita dan kanak-kanak yang terkena AIDs. Bla.bla..bla.."
Ya..sudah 5 tahun saya bekerja sendiri, sudah lama saya tidak jumpa kakak K tu. Seorang muallaf yang juga mempunyai virus HIV di dalam badannya dan masih tuhan panjangkan lagi usianya. Ketika bekerja dahulu saya selalu berbual dengannya, setiap minggu saya pasti akan memberi sedikit wang untuk rumah tersebut. Bukan banyak pun. Sekadar menderma.
"Kalau dia betul kenapa lepas dapat duit dia pergi bershopping kat supermarket bawah tu.."
Lelaki ini sudah pasti pekerja SOGO! Tidak tahu apa kerjanya tapi sempat saya menangkap tag yang tersemat dibajunya.
"Dia belikan roti dan makanan untuk anak-anak di rumah tempat dia tinggal tu. Terutama bila Sogo ada sales."
Saya menjawab tenang walaupun sebenarnya saya radang dengan lelaki yang terlalu banyak prasangka itu! Lelaki itu beredar apabila saya dapat mematahkan satu persatu kata-katanya.
Memang ramai sekarang yang meminta sedekah atau derma yang tidak jujur. Tetapi saya beri pada yang saya kenal dan saya yakin dengan kata hati saya yang mereka, dia tidak menipu.
Seperti kata Nik Fauziah dan ayah saya, paling penting niat hati kita untuk bersedekah.
Saya membayangkan kalau saya yang menderma, membuat perkara yang baik sudah dimarah-marah begitu. Bagaimanana agaknya kakak K yang meminta derma demi mulut-mulut yang menunggu di rumah perlindungan Aids itu. Sudah pasti sering diherdik dan dimaki hamunkan. Sebab itu agaknya fikir saya, walau beliau ada HIV di dalam badannya, selepas 10 tahun berlalu tuhan masih bagi dia kesihatan dan umur yang panjang kerana jasa bakti yang dilakukannya.


11 comments:

farahi said...

Salam kak..byk manusia atas dunia ini tdk pnah cuba untuk mmbantu, sebaliknya bila kita yg mmbantu, dia pulak yg sibuk menegah..kadangkala tgk pakcik dengna tabung kayu utk derma surau atau masjid bdiri di luar bank2, trasa juga, apa yg mereka rs setiap kali nk kutip derma tu?kadangkala, bila kita dh hulur, dorg akan mnahan supaya kita dpt terima resit atas derma tuh, tp, sy slalu mngelak krn kata Umi, (mcm akak gak), kita derma bkn utk dpt nm..biarlah kak, ALLAH yg akan menilai sgalanya..

Leeza said...

salam...kita sedekah dengan niat ikhlas. Selagi kita ada hati dan perasaan kita hulurkan dengan seadanya....jika tiadapun, kita doakan sahaja. Kita bersyukur ada insa seperti kak K yang tidka pernah berputus asa memperjuangkan nasib anak-anak yang malang. Kita janganlah mengeji orang seperti mereka sebaliknya kita bantu dan beri sokongan. Jika tak beripun janganlah tambah dosa kita sendiri dengan memarahi dan prasangka.

Suhana Shahril said...

Perlu meniru dan mengikut perangai yang baik dan elok.Yang negatif dan buruk, tak perlu kita ikut dan perlu dijauhkan.

Pija Madzlan said...

Sudahlah tidak menderma, malah orang menderma pulak...manusia..manusia..

Sedekah sebiji kurma digandakan pahala sebesar Gunung Uhud

"Sesungguhnya Allah Ta'ala menggandakan di kalangan kamu (pahala derma/sedekah) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar Gunung Uhud!"

(Rujuk "Sahih Al-Jami" hadis 1815)

honey bedazzled said...

NB assalamualaikum
saya ada miracle fruit dalam bentuk pills, skang sy distributor. harga sebiji rm4, kalau NB nak beli supaya boleh makan grapefruits kesukaan NB tu dan rasanya akan bertukar manis, bgtau lah saya ya, haniemansor@yahoo.com

Hamizah said...

macam2 org kat dunia ni, nak cr suka menderma ssh sekali.cukup sayang harta.yang peliknya org menderma pon dia tak suka..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lebih baik ontok-ontok je kalau tak mahu menderma dari marah orang lain menderma...kan senang camtu...apa daa laki tu

Balqis Rashdeen said...

kadang2 rasa pedih tengok org y meminta2 ni terutama pengemis.. kasihan mereka. hati saya kadangkala ragu nak menghulur. tapi lepas baca luah dari Pn NB saya rasa dah tahu apa nak buat. berikan sahaja mereka wang untuk mereka mengalas perut mereka, membasahkan tekak mereka setelah seharian mengadu memohon di bawah matahari terik. Saya pun lupa ayat y selalu terngiang2 di fikiran saya bila ada y datang meminta. Tah dari mana saya dapatnya "berikan saja apa y mereka minta, jangan ditanya apa tujuannya.."

Anonymous said...

Untuk Pn. Norhayati Berahim....

Saya adalah antara penggemar novel yang sentiasa mngikuti buku2 tulisan puan..Sebagai penggemar novel,sy ada beberapa komen yg perlu diambil perhatian dari dua novel yg bertajuk TIADA BATASAN SAYANG dan CINTA PERTAMA..

Dari dua novel ini,saya dapati ada perkara yang bercanggah dengan hukum agama islam...
Perkaranya : Dari apa yang saya tahu mengikut hukum,adik beradik lelaki sebelah ibu tidak boleh menjadi wali..hanya adik beradik lelaki sebelah bapa dan adik bradik lelaki pengantin sahaja yg boleh menjadi wali...

Saya berharap puan dapat merujuk perkara ini dengan orang yg lebih arif tentang perkara ini...Saya memohon maaf sekiranya komen ini menyinggung perasaan puan..Harap perkara ini diambil berat kerana ia melibatkan tentang hukum agama islam....

sekian,terima kasih..

Peminat Novel Anda,
(salihara46)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Encik Zul, thanks take note (tak ingat org keberapa menegur tapi sudah suruh editor perbetulkan lama dulu )

SyuQ said...

tersentuh hati sy membacanya...