Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

RAMAI YANG TIDAK JUJUR!

Ingat tak bagaimana saya pernah meluahkan perasaan, saya ditikam dari belakang oleh seorang sahabat yang sering saya hulurkan tangan membantu. Semalam suami pulang dari tempat kerja dengan wajah yang sedikit keletihan, membawa cerita yang hampir serupa.
"Sebenarnya bukan awak sahaja yang letih dengan kawan-kawan awak. Saya juga letih dengan kawan-kawan saya.."
Luah suami saya. Dia bercerita mengenai seorang sahabat yang selalu dibantunya. Kadangkala dihulurkan RM100, kadangkala RM200 tetapi si sahabat tidak pernah sekali pun membayarnya semula. Bahkan memburuk-burukan suami di belakang.
"Hari ini dia datang ke tempat kerja saya. Dia mengejek saya mengatakan yang saya mendapat isteri yang hanya mementingkan diri sendiri. Walau syarikat kita NB Kara ada nama saya, tapi kata dia. Apa yang saya dapat? Siapa yang kenal dengan saya? Semua orang cuma kenal NB sahaja? Honey, I sendiri tidak kisah. Orang tidak kenal siapa I. Paling penting kita meneruskan kelangsungan hidup kita dan memberi sokongan pada awak."
Kasihan saya mendengar cerita suami. Saya bukan tidak kenal dengan sahabat suami itu, kenal. Satu ketika dahulu ketika dia mengalami masalah dengan isterinya, suamilah yang memberi perlindungan padanya sehingga saya bersuara pada suami. Jangan campur hal rumah tangga orang! Jangan beri dia datang lagi ke rumah kami kerana kita tidak tahu apa yang berlaku. Dia memburukkan isterinya yang belum tentu buruk. Saya tidak suka mendengar sebelah pihak sahaja.
"Kita ini ditakdirkan mendapat kawan yang serupa agaknya, sebab itu awak jodoh saya.."
Suami ketawa sambil saya menyodorkan dua biji panadol padanya dan juga segelas air.
"Ini dugaan hidup kita hubby. Berdoa supaya Allah terus bersihkan hati kita. Orang yang tidak bersih hatinya tuhan sekat rezekinya."
"Betul kata awak. Betul. Sampai sekarang kawan saya itu, sekejap bekerja sekejap tidak. Sayalah tempat dia minta tolong, tidak beri kesian. Kalau beri, belakang kita dikata macam-macam. Ramai lagi kawan saya yang macam tu.."
"Patutlah..saya bagi duit poket, beribu-ribu tak cukup. Rupanya awak jadi rumah kebajikan pada kawan awak ya...." saya pura-pura memarahi suami. Suami sudah ketawa besar.
"Alah..mengata saya, awak pun sama. Apa bezanya...." suami mengejek saya.
Saya hanya ketawa dan sedar, sebenarnya sekarang ini orang yang tidak jujur berada di mana-mana sahaja.




16 comments:

along said...

saya memang suka giler novel tulisan Norhayati Berahim. Saya berharap kak NB akan terus menghasilkan karya yang best-best... go go go NB...

p/s:
hidup memang penuh dengan dugaan... hadapilah dengan hati yang cekal dan kuat...insyaallah.

fieyra said...

sabar kak yati..mmg ramai yg mcm tu skrg ni.depan baik,belakang ape buruk dia tak jaja.fieyra pon ramai kena mcm tu.akhir nya fieyra belajar...hidup memang harus dijalani sendiri.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

macam-macam hal...perkara2 macam ni lah yg buat nuar takut...huhu

ain said...

sekrg ni mmg susah nak jumpa kawan yg betul2 ikhlas. lebih byk yg bermuka2.

Anonymous said...

InsyaAllah, tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima:-)

Hari ini ada yang tikam belakang kita, insyaAllah esok ada yang datang meminta maaf dari kita..

Setiap perbuatan mesti ada pembalasan kan Kak Yati kan:-)

Kemboja White said...

Hope akak sentiasa sabar..mmg kengkadang trasa nk hidup ngan kelompok tersendiri je kn akk,bru epi..
Utk En.Seyit Kara,x perlu risau..ktorg mmg kenal hubby akk..tmbh2 kalau pembaca setia blog akk..hehe

Hamizah said...

hidup ada masam manisnya..semoga kak yatie terus tabah mengharunginya..

dlittlekitchen said...

iyelaa k.yati... mmg sedih, kita bg bagi madu tuba yg dibalasnyaa...

Pasal hal kita suami isteri, sape yg lebih glamer, xkesah laa, coz end of the day, kita sama2 happy, tu yg kita cari.. kalo dh sama2 nk compete susah lerr...

ermm... spesis manusia camni mmg sakit jiwa..

Balqis Rashdeen said...
This comment has been removed by the author.
a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Tu lah kann. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Kita beri susu dibalasnya tuba. Bukan kawan namanya tu..


psst:
out of topic.

Sejak saya baca novel NB-Creative dulu saya mcm dpt agak nnti Hubby NB non-local. Bila mula tengok blog ni dulu saya suka betul sebab tekaan saya betul.hehe.

Yati tak nak keluarkan SENTUHAN KASIH semula ke?.. Saya cari merata lar tapi tak jumpa. Baca berkali2 tapi orang punya..huhu..

GREENJADE said...

wpon perlu beprasangka baik sesama insan namun kita juga perlu berwaspada bcoz manusia nih x pernah berhenti menabur tuba wpon selautan madu kita curahkan..

sian akak bsr dugaan nih..hari ini dia menang memfitnah..esok lusa entah2 tebalik kena pd dia blk..moga tbuka pintu ksedaran utk dia.Allah bsama akak. :)

moga akak & hubby cekal & tabah hati sll :)

Hajjah Noraini @Nanie said...

Dah ada pepatah melayu, buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali...so NB tak yah hulur2 duit kat dia org dah..kita pun bukan senang/mudah nak cari duit. Mereka dah lemak, bila mintak nak pinjam jer, kita hulur tapi tak pernah nak bayar kann?? so saya practice dari umur 45 tahun sampai lah sekarang no pinjam2 frm me tapi saya x menghampakan mereka saya akan hulur RM10..ambil duit nih utk satu meal/rokok. Kira sedekah lah...
Tapi saya tgk memang dia org amik juga walaupun RM10..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

along..janganlah gila..ha.ha..thanks sbb baca buku akak ya..

fieyra, memang sabarlah tu..kalau tak sabar, tak taulah, kadangkala suami sabarkan akak..kadangkala akak kena sabarkan suami..ha.ha

Nuar, apa pun yang penting keluarga kita didahulukan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain..kalau komuniti turki kat sini, bukan ramai pun..masih nak bergaduh2, dgr cerita suami pening..sbb tu dia da tak suka lepak2 yang bagusnya akaklah..ha.ha

Nomie, yang sedih tu yang menikam tu tak minta maaf le pulak..sombong aje, padahal dia tak perasan pulak utang dia kat kita banyak lagi..ha.ha..

Ainas..ha.ha.thanks, suami bukan kisah pun dia popular ke tidak, paling penting..dia idup aman damai..he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Roza, betul2..kita bukan nak glamour pun tak ada niat pun nak glamour2 ni, kekawan suami aje yang sengaja menyakitkan hati dia, ada aje buruk dia...

Azrina..ha.ha, dah jodoh tepis2 pun dapat suami bangsa asing nak buat cam mana.ha.ha

Tinie, suami pernah tak tidur 3 ari sebab fikir kawan dia, aniaya dia..kesian sungguh tengoknya dan akhirnya..tuhan tunjukkan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kak nani,
suami selalu cakap, kesian komuniti dia tak ramai kat sini, kalau dia tak tolong siapa nak tolong bangsa dia, bukan kenal sangat pun..kenal di Malaysia aje..penghabisan itulah, dia orang pijak memijak sesama sendiri..