Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 15, 2010

LETIHNYA!

Apa perasaan anda apabila ditikam dari belakang? Tentu sakit bukan? Sakitnya lebih-lebih lagi apabila orang yang menikam kita itu sudah kita anggap sebagai adik kita sendiri. Kita layan sebaik mungkin, kita bagi perlindungan, kita tidak berkira wang ringgit. Bahkan kita tidak pernah pedulikan kata-kata orang yang buruk-buruk tentangnya. Bahkan seseorang telah mengingatkan saya. Awas..dia akan memecah belahkan hubungan kamu suami isteri nanti.
Saya memang tidak peduli kata orang. Saya selalu berbaik sangka dengan orang, walau apa sahaja orang katakan pada saya. Mungkin kedengaran saya seperti orang yang baik sahaja. Tapi benar..saya amat jarang berprasangka dengan orang.
Tetapi berita yang saya terima benar-benar menyakitkan hati saya. Benar-benar membuat saya berfikir, kenapa tergamak seseorang yang saya anggap adik boleh mengata saya itu dan ini? Bahkan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai mengenai saya dan suami saya. Berita yang benar-benar mengaibkan.
"Hati-hati akak. Ramai orang yang dengkikan akak mungkin. .."
Nik Fauziah sahabat saya memberitahu saya. Banyak ayat-ayat yang diberi pada saya untuk perlindungan diri. Kata Nik, walau saya tidak kaya tapi dengan kedudukan saya sekarang pasti ada orang yang cemburu. Saya terkasima.
Apakah dalam dunia ini sudah tidak ada orang yang jujur? Kenapa kita perlu memburukkan orang lain yang sering baik dengan kita. Menghulurkan tangan pada kita dan tidak pernah prasangka pada kita. Kenapa segala keburukan kita dijaja, bukan pada seorang dua tetapi pada ramai orang lain.
Kadangkala saya rasa terlalu letih dengan kehidupan ini? Ya..saya ada ALLAH untuk mengadu. Bahkan bersyukur ada seorang dua kawan-kawan yang sentiasa bersama saya. Memberi semangat dan kekuatan. Bahkan suami sering menghulurkan bahunya untuk saya tumpang menangis, sering menenangkan saya.
"Awak mahu bantuan saya, awak mahu saya pecahkan muka dia?"
Suami bergurau dengan saya, apabila saya khabarkan fitnah yang sedang melanda kami sekarang ini. Namun saya tahu, dalam ketawa suami dia sebenarnya bermaksud mahu melakukan begitu. Saya tahu dari matanya ada kemarahan yang tidak boleh disembunyikan?
"Tidak..saya akan buat solat istikarah. Saya akan minta pentunjuk ALLAH dan saya akan lakukan mengikut pentunjuk tersebut.."
Ya..saya harus membuat keputusan. Memutuskan sirahtularahim memang tidak bagus, saya tidak suka menganiaya orang tetapi saya percaya..dengan petunjuk dari yang Maha Esa.

24 comments:

Balqis Rashdeen said...

Bersabarlah Pn NB, dalam urusan keduniaan sabar dan solat dapat membantu.. ALLAH maha adil, maha mendengar, maha tahu, cukuplah ALLAH bagi kita... Bentuk pengalaman mungkin berbeza tapi intipatinya adalah sama. Saya pernah melalui. Saya tahu rasanya bagaimana. Sehingga kini kesannya masih ada. Kerana 'dia' 'dia' 'dia' orang-orang yang bersifat yang Pn NB nyatakan saya akhirnya begini. Susah untuk saya yang sekarang hendak percayakan orang lagi. Berhati2 dan kadang kala terlalu prejudis pada orang.
Yang tabah ya Pn NB.. Moga dengan kesabaran dan kebergantungan kita pada ALLAH di masa sulit dan senang dosa-dosa kita diampunkan.. Bukankah dengan redha ALLAH itu hidup kita rasa 'lapang'?

Pija Madzlan said...

K.Yati, saya kagum bila akak kata tak mau buruk sangka dengan orang. Saya percaya, walau dalam keadaan kita dianiaya oleh orang sebegini, kita masih ada janji ALLAH. Teruskanlah niat jiwa kita yang sentiasa menyebelahi fitrah 'ingin berbuat baik' dari melayani nafsu amarah yang menuntut kita membalas dendam.

*mm..adekah saya seorang budak kecik yang sibuk nk bg komen :P

airina said...

moga akak tabah menghadapi ujian-Nya ;))

Nadiah Sidek said...

memang 'sakit' kalau kita ditikam dari belakang. lebih sakit lagi orang yang duk 'tikam' kita tu yang rapat dengan kita. susah nak jangka hati orang macam mana..hmm..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Puan, emm....saya pernah melaluinya..sangat sedih dan menangis berhari2 bila kawan akrab menikam dr belakang....tapi siapa kah kita di bandingkan dgn pengalaman Rasulluh SAW hingga dia di baling dgn batu dan najis..

Ini membuatkan saya amat tabah.. We are just a human with lots of weakness to be improved. Just ignore them and carry on with life. You have yr love frm yr hubby and beautiful daughter.

Belidiskaun said...

orang mmg sentiasa cemburu walaupun sebenarnya dia punya byk kelebihan berbanding kita. harap2 akak bersabar ya. Insya-Allah pasti ada hikmah yg tak ternilai buat akak dan suami.

p/s: secara tidak langsung akan mmbuatkan kita sentiasa berhati2 dgn manusia sebegitu

Marzalina said...

kak...sabar ya kak...dalam dunia ni kita mmg takkan dapat menilai hati manusia..hanya Allah saja yg tau apa yg tersembunyi dlm hati manusia...intan doakan agar kak sentiasa sabar dan tabah...

Leeza said...
This comment has been removed by the author.
Balqis Rashdeen said...
This comment has been removed by the author.
fazemy said...

Org ada mcm2 org. kulit sama coklat warna hati kita tak tahu. saya klw org tikam blakang ni pantang. mesti kena bersemuka. biar dia mntk maaf baru puas hati. klw kawan saya tgglkan..klw adik beradik susah jgk tu. air yg dicincang takkan putus. apapun kemaafan adlh dendam yg terindah.

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Dunia kak.. mcm2 jenis manusia kita akan jumpa. Tiada orang yang jujur? Ada kak, tp kita mungkin tidak melihatnya dan yang kita jumpa orang2 yang sebaliknya.

Iya kak, mengadulah pada DIA. Dia maha mengetahui seluruh rahsia alam. Hatta menyorok di pelusuk mana pun.

Jangan kita berbuat jahat pada orang tersebut sudah. Walau hati sakit, tapi jika kita renung apa yang kita lalui mungkin tidak seberat apa yang sahabat2 rasulullah lalui.

Maafkan dia akak, hati akak akan menjadi tenang. Walau ia payah. Tapi kita mampu ^_^

Unknown said...

salam kak yati,

Sudah lumrah manusia ade yg begitu... saya sangat memahami rasa pedih di hati kak yati sekarang ini...banyakkanlah ber sabar kak yati,da minta petunjuk dari Allah yang Esa... hanya dia yg maha berkuasa

Balqis Rashdeen said...

saya teringat kata2 puan NB dalam salah sebuah novel : kesakitan tak perlu dibalas dengan kesakitan..

IntanSham said...

akak...saya pun sdg berhadapan dgn masalah serupa. kadang2 tak tahu apa silapnya sampai dia sanggup buat kita begitu kan. tapi kak, saya percaya Allah akan membalas perbuatan keji manusia yg dengki itu. byk2 sabar ye kak

yatie chomeyl said...

mmg dlm dunia ni mcm2 ragam manusia kan kak? kdg2 kita tertanya2 apa salah kita sampai dia sanggup buat kita macam tu? percaya pada karma & hukun Allah..dia pasti terima balasan yang setimpal :)

Lily Haslina Nasir said...

Tak apalah kak... lily percaya akak ada suami, ada adik-beradik, ada ayah, ada makcik yg sentiasa mendoakan yg baik-baik utk akak.. ALLAH sentiasa bersama akak..

ain said...

semoga kak yati menemui petunjuk utk menyelesaikan masalah ini.

GREENJADE said...

sabar ye kak.mungkin Allah sdg menguji thp ksabaran & keimanan kita agaknya.moga akak terus stand strong.moga dia mdpt balasan yg setimpalnya dr Allah s.w.t.moga terbuka pintu taubat utk dia atas kesalahan2 terlampau dia pd akak & hubby.

*manusia nih kak..sntiasa x senang & berhasad dengki bile lihat kite 'lebih' dr dia..ada2 aje cara nk jatuhkan kita..

*sy last few month pon terkena teruk jugak almost berputus arang dgn mak disebabkan fitnah org lain yg juga sy anggap spt adik sndiri..tp syukur sgt2.. petunjuk2 yg dimohon tanpa henti membuahkan hasil..mmg miracle..betul2 Allah tunjukkan dpn mata.. :)

Matahari said...

mmg sakit ditikam dr belakang..smoga puan norhayati tabah menghadapi dugaan..senyum selalu.. =)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sedihnya...huhuhu...akak sabar ye...dah nama manusia, tak tinggal hasad dengki ni semua...

biarlah org buat kita, tp jgn kita buat org...be strong kak!!!

Rose Harissa said...

Tapi ada orang yang sanggup menganiaya orang lain untuk mempertahankan kedudukan mereka.
Dengki khianat orang boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa antara sedar dengan tidak.
Mudah-mudahan kak yati sekeluarga selamat dari anasir jahat yang cuba memporakperandakan keadaan.

Leeza said...

salam kak...
saya tak tahu....apa yang saya tahu, bila baca entry ni, panas naik ke kepala...hati hot sangat2. semoga orang tu bertaubat dan jangan buat lagi. tergamak sungguh ,memang takde hati dan perasaan..otakpun tak centre.meh sini, saya bagi pembaris panjang dalam makmal sains saya tu untuk alightment ( betul ke spelling?).

dhan said...

semoga akak tabah melalui ujian hidup ini.. saya percaya Allah menguji akak kerana Dia Maha Mengetahui akak boleh menghadapinya.. Segala ujian yg akak hadapi akan membuatkan akak dekat dengan-Nya
Allahualam

dlittlekitchen said...

salam.. semoga k.yati redha menghadapi warna2 kehidupan ini... manusia besalah, kalo kita senang dengki bila kita susah benci..

Semoga k.yati terus tabah & sabar, bukan En. Seyit jerks yg boleh belasah, sy pon rasa nk suruh hero2sy flying kick manusia yg xsedar diri itu...