Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 3, 2010

SAKIT HATI SUNGGUH!

Kenapa pula saya letak gambar kereta dalam blog saya ini? Inilah kereta yang amat-amat menyakitkan hati saya malam tadi. Di tempat medan satay kajang! Kereta suami warna hitam jadi tak nampak sangat.

Semalam saya anak beranak keluar untuk makan satay di Kajang. Suami yang minta untuk makan satay, kalau ikutkan saya memang saya malas. Apatah lagi hujan lebat semalam.
Kami tiba di medan satay ketika orang belum ramai lagi, dapatlah satu parking yang berdekatan dengan tong sampah kerana sebuah kereta keluar. Malam tadi adalah malam yang tidak begitu elok bagi kami, sudahlah dapat satay mentah dan tidak sedap kerana kedai sate emas yang saya selalu makan, tidak ada tempat duduk.
Bila habis makan, kereta kami dihalang dengan kereta putih tersebut. Puaslah suami membunyikan hon tidak ada siapa yang keluar. Bahkan, apabila meminta kerjasama daripada pekerja di gerai satay setiap mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Langsung tidak peduli! Cuma jurujual jamu dan juga barang mainan kanak-kanak yang berusaha mencarikan kertas dan pen untuk saya tulis nombor kereta dan berpusing di dalam medan tersebut. Mereka cuba memberikan cadang supaya mengopak sahaja pintu kereta tersebut dan tolak. Tetapi suami menolak kerana katanya, sekejap lagi mungkin pemandu itu akan keluar.
Hampir 45 minit menunggu, keluarlah 3 orang rasanya anak muda terhegeh-hegeh ke keretanya. Suami pun mengamuklah memberitahu rasa tidak puas hatinya. Si Pemandu anak muda yang agak kecil tubuhnya memohon maaf berkali-kali. Tetapi kawan yang duduk disebelahnya pula menunjukkan taringnya.
"Hey..hallo, hallo why..why u didnt tell me inside?" dia bercakap dengan bahasa inggeris yang tergagap-gagap.
"What the hell i can tell you inside, do i know you? Do you left your telefon number?" Suami sudah menjerit. Saya takut marah suami tiba ke maximum, mahu dia cepuk lelaki tersebut.
Saya pun menyokong kata-kata suami. Anak muda yang bertubuh gempal dan pendek ini semakin berang. Saya pun lupa apa yang dikatakan. Sehingga saya tunjukkan kamera saya dan saya cakap, kalau dia cakap banyak saya akan buat report polis!
"Aku ni polis!"
Dia mengaku. Wah..kalau ikutkan hati mahu sahaja membedik mukannya dengan kamera dan pergi ke balai polis, siasat sama ada dia polis atau tidak. Yelah..satu, kalau dia polis dia telah berlaku biadap dengan orang awam dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, kedua kalau dia bukan polis bukankah menjadi satu kesalahan mengaku sebagai polis.
Sikap biadap anak muda ini cukup-cukup saya kesalkan. Sudahlah membuat orang menanti sehingga hampir satu jam. Kalaulah ketika itu, waktu kecemasan apa yang harus kami lakukan?
Kalaulah saya mempunyai anggota keluarga seperti anak muda ini, saya benar-benar malu. Dan saya doakan satu masa nanti ALLAH bagi anak muda ini jalan supaya berlaku sopan dengan apa cara sekali pun, cara baik atau sebaliknya.



18 comments:

Nadiah Sidek said...

sy pun jengkel dgn org yg mementingkn diri sendiri ni

miss ahjumma said...

ee..mmg krg ajar bdk..geram rasenye!

Nor Ramli said...

hmm...saya boleh bayangkan. Tadi saya memandu di kawasan sekolah memandu. Tentulah kereta pemandu yang sedang belajar sangat perlahan. Tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda berwarna merah meluncur dengan laju dan membunyikan hon yang sangat kuat dan memarahi saya yang menekan brek walaupun kereta sudah diperlahankan sejak beberapa meter sebelum kawasan tersebut. Pemandu tersebut membuat isyarat tangan memarahi saya. Aik....tidak nampak agaknya kereta kancil comel yang sedang dipandu pemandu amatur yang mungkin kali pertama memegang stereng. Sedih melihat manusia sebegini...

Balqis Rashdeen said...

Dari pemerhatian saya anak2 muda sekarang memang sudah jauh terpesong akhlak dan lemah budi bahasa. Terutamanya Melayulah.. Teringat kata seorang ustaz dalam salah sebuah kuliyah yang saya hadiri mengapa anak2 muda sekarang 'anak syaitan'.. Nauzubillah... Risau melihat tingkah laku remaja dewasa ini..

Pija Madzlan said...

kalau dia betul2 polis, mesti dia malu nak mengaku polis...ade ke polis parking merata tmpat??

*tak pernah lg jadi pada saya...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

WER 3728

TAKE NOTE THE OWNER!!!

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Assalamualaikum..

Hmm...begitu la sikap kebanyakan org skng ni kak..Pentingkan diri je..Pd pemilik keta tersebut, harap anda lebih peka dgn keadaan sekeliling..
WER 3728..Better u watch out...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

amboi~!
1st time jim baca entry akak yg tgh marah..huhuhu..
marah2 akak tetap penuh dgn sopan santun..hihihi..

kt blog jim plak, mesti dh byk entry yg jim mengamok2, yang akak dh baca kn?kikiki..

SueSani said...

Cik atie, kalau budak tue mengaku dia polis, lain kali mintak jer dia tunjukkan ic polis dia, ataupun kad kuasa polis. Biadap sungguh!

ibuayu said...

eeee..geramnya...langsung tak mengaku bila dah buat salah...kurang adab betul

Ida Ra said...

menjengkelkan! ieee rasa nak cepuk org macam tulah kak. dah buat salah mulalah nak mengaku polis!

idasm said...

memang mementingkan diri sendiri. dh tahu nak makan kat dalam, tinggalkan no hp kat cermin kereta, baru boleh org call. ish.. kalau suami ida, tak taulah apa nasib org2 yg tidak sopan ini....

Hamizah said...

alahai anak muda kita..

Deeeee said...

Salam Kak,
BIADAP nya anak muda tu!
Sudahlah muda, tak hormat orang tua!

Polis kak?!! Percaya la .. ntah2 penipuan semata-mata. Sebab takut.. ambik kau.. dah kena jaja.. no plat kereta kat NB's blog.. padan muka..

Ada tak polis baca blog ni.. cuba tgk sikit mesti byk lagi kesalahan lalu lintas yang tuan punya kete ni buat??

Peringatan buat kita semua, nak pangkir kereta tu toleh kiri toleh kanan duduk dlm petak yang sepatutnya ke? Tak halang kereta org ke? Kalau benar2 perlukan letak kereta di tempat yang menghalang pastikan ada orang di dalam kereta yang boleh bantu alihkan kenderaan itu. Hormat orang lain supaya orang boleh hormat kita.

Wahhh.. panjang lebar.. kekekeke..

Nomie Aziz said...

keluarkan gambar ni kat yahoogroup..baru power kena..cek ngan JPJ, siapa owner..melampau betul perangai.

GREENJADE said...

keisan akak tggu lama.sy pon meluat dgn manusia yg x de manners gitu kak.

teringat keta sy kna blocked sms nk pick up hubby di klia..menuggu gak almost sejam then drebar muda tuh sket pon xmntk maaf malah tunjuk penumbuk pulak kt saya..geram betul.

nowdays susah nk jupe org muda2 yg respek org lebih tua.belagak hero x bertempat.ngaku polis konon tp x tau undang2 trafik & nyusahkan org.

sbr ye kak..tetibe sy plak yg lg emo dr akak hahaha..aduhaii

Norhana Md.Isa said...

Assalamualaikum, Kak Yati...Hm, perkara yang sama juga pernah terjadi kepada saya dan keluarga...Tapi, mujurlah tiada perbalahan yang berlaku...Cuma geram bila kita terpaksa tunggu tuan punya kereta datang untuk mengalihkan keretanya supaya kita boleh beredar...Sikap pemandu yang suka buat double parking macam ni memang menyusahkan!Cubalah kalau mereka yang terkena situasi macam ni, apakah perasaan mereka?

yatie chomeyl said...

lempang pipi tu laju2 baru tau...muda2 dh kurang ajar, kan kak? *tumpang emo*