Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 30, 2010

SUNGKAI HOT SPRING

Saya selamat pergi dan selamat kembali daripada Sungkai Hotspring. Satu percutian yang amat mengembirakan dan saya amat-amat berpuas hati. Saya rasa percutian ini jauh lebih baik jika dibandingkan saya ke Indonesia atau langkawi. Dua percutian yang dicadangkan oleh suami yang saya tolak dan saya pilih Sungkai atas saranan adik saya Wanupeh. Sungkai Hotspring ini dikendalikan sepenuhnya Felda Residences


Saya tinggal di Villa, dua bilik. Satu malam sepatutnya berharga RM600 hari biasa dan RM800 hujung minggu. Tetapi kerana bukan cuti sekolah. Jadi saya dapat malam yang pertama RM500 dan malam kedua RM700. Saya menyuruh pembantu saya Aini, menempah villa ini menerusi Kuala Lumpur sales office, banyaklah halnya. Jadi sesiapa yang mahu menempah lebih baik menelefon terus di no.05-4388801/03 (suka sangat dia orang ni no.8). Biliknya amat besar, bilik air selesa, ada dapur, periuk nasi, kuali, pinggan mangkuk dan juga sudu/garpu. Memang bagus sangat vila ini. Tempahan Villa dua bilik ini akan mendapat 6 tiket minum pagi dan makan malam serta 6 tiket masuk ke kolam air panas dan kolam air gunung. Ini Felda kena bayar saya buat iklan ni..ha.ha..



Semua makanan dan minum ini disediakan oleh Felda. Percuma. Nak angkut bawak balik pun boleh. Chips dia orang tersangatlah sedapnya, terutama ubi kayu. Saya tanya pekerja Villa di mana nak beli produk Felda ni. Para pekerja cakap tidak dijual. Dari makan, makanan ringan baik makan kerepak pisang, kerepek ubi, popia goreng. Saya suka sangat sebab kurang perasa dan garam.



Disetiap Villa mempunyai jakuzinya sendiri. Orang yang paling gembira sudah pasti Si Qaisara Seyit Kara. Pukul 7 pagi dan suruh bibik on jakuzi dan terjun di dalamnya.



Gambar diluar Villa bersama Qaisara. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan Villa ini. Bersih, wangi dan semua kemudahan begitu tip top sekali.

Anak saya, apalah yang dbuatnya itu. Mengendapkan kucing yang banyak direstoran. Dia bukan makan pun, asyik memberi kucing makan. Bila balik restoran menangis-nangis mintak makan. Di restoran tersebut saya jadi tukang sibuk, ada satu keluarga dalam 7 orang, berkumpul di tempat buffet dihidangkan, membuka semua makanan dan mencuba makanan di situ sambil berdiri. Dari anak yang kecil sampai besar. Minum berjalan, makan berjalan. Ambil makanan ke tempat duduk pun makan. Suami mengeleng kepala, kata suami inilah teladan daripada emak dan ayah kerana kedua-dua mereka melakukan begitu jadi anak mengikut. Entah mengapa ngeri saya menengoknya kerana yang melakukan adalah orang Islam dan Melayu walaupun bukan orang Malaysia. (saya malas menyebut negara mana nanti orang cakap saya prajudis pula. Kebetulan agaknya..)



Sebenarnya banyak aktiviti di sini melibatkan air. Kolam air panas, kolam air gunung dan jakuzi. Tidak lupa juga aktiviti merebus telur. Telur ada dijual di sini dan kicap bawalah dari rumah. Tetapi saya dengan muka kesian, mintalah dekat restoran. Dapatlah satu plastik kecil..ha.ha..

Si Qasara dengan babanya yang sedang menunggu telur yang sedang direbus. Papan tanda kecil itu adalah rujukan pada para pengunjung yang mahu merebus telur. Cuma yang saya ingat 4 minit untuk 3/4 masak dan 7 minit untuk masak betul.

Saya juga tidak ketinggalan mencuba merebus telur. Jangan sentuh batu tersebut. Melepuh tangan dibuatnya. Bekas merebus ada disediakan. Ketika kami merebus langsung tak ada orang. Kalau hujung minggu kena beratur gamaknya.


Gambar ini ada sedikit gedik..ha.ha..Tapi saya teramatlah suka kerana pemandangannya teramat cantik. Ini adalah titi yang dibina berdekatan dengan punca air panas. Air panas ini hanya boleh dilihat tapi jangan sesekali disentuh. 100C mahu lecur satu badan.


Selama tiga hari di Hotspring ini, pagi petang saya akan ke Titi ini melihat air panas yang berasap keluar dari bumi. Amat-amat menakjubkan. Saya selalu pergi ke kolam air panas di Turki tetapi tidak secantik seperti di Sungkai. Berkali-kali suami menyebut. Kalau di Turki ini kaya raya orang kalau ada kolam air panas macam ni. Berkali-kali dia memberitahu akan menguar-uarkan tempat ini pada kawan-kawannya.


Ini dia punca-punca air panas yang telah dikepung dengan tembuk dan dialirkan kesebuah kolam.


Nampak tak air yang berasap itu. Sesiapa yang berdiri di tempat Qaisara berdiri itu terasalah macam duduk dalam sauna.

Ini kolam air panas yang telah ditapis dan dicampur dengan air sejuk sehingga hanya tinggal dalam 35C sahaja. Abaikan lelaki yang tengah terbaring. Ketika kami sampai pada hari Khamis, tidak ada sesiapa pun di kolam ini kecuali kami sekeluarga. Jadi Mr Seyit Kara perasan kolam itu dia yang punya..Ha.ha.ha




Qaisara dengan babanya di Kolam air panas. Saya tengok Qaisara macam selamba sahaja. Sedangkan saya nak masuk teragak-agak jugalah. Mula-mula panas. Lama-lama okay.



Kami sekeluarga di kolam air panas. Bibiklah tukang mengambil gambar kami. Ha.ha.ha . Berjam-jam kami di sini. Hari Jumaat pagi pun tak ada orang. Tetapi bila datang semula hari Sabtu. Orang sudah mula ramai. Hari Sabtu Qaisara sudah tidak mahu masuk lagi ke dalam kolam air panas, dia dengan bibik ke Kolam air gunung. Jadi saya dengan suami sahajalah. Ada beberapa orang wanita menegur saya dan apabila saya minta izin mahu pulang dan memberitahu mahu melihat anak di kolam air gunung. Mereka serentak berkata. "Oh..ada anak rupanya.." Ha.ha.ha..suami pelik dengan kata-kata tersebut. "Honey, orang tu macam tak percaya aje kita ada anak. Tak nampak ke saya yang dah boroi ni.." ha.ha.ha.. Mungkin mereka memikirkan kami baru kahwin kot, memandangkan saya dengan suami tidak berenggang..


Aktiviti mengurut kaki juga ada di dalam kawasan air panas itu. RM20 untuk 25 minit. Gambar ini diambil oleh Si Qaisara, jadilah begitu. Senget benget..ha..ha.. Di dalam kawasan air panas ini juga ada jakuzi. Satu jam bayarannya RM75 untuk 8 orang. Tetapi saya sudah ada jakuzi di Villa jadi tidaklah masuk. Cuma kekurangan di Sungkai Hotspring ini adalah kawasannya tidak mesra untuk orang sakit atau cacat. Saya tengok punyalah susah payah orang-orang sakit yang mengguna kerusi roda untuk bergerak di sini kerana terdapat jambatan dan jalan yang tinggi rendah. Felda kena memikirkan kebajikan mereka memandangkan ramai yang datang ke kolam air panas untuk berendam adalah orang-orang yang tidak begitu sihat.


Lepas berendam dalam air panas, kami ke kolam air gunung. Pada waktu pagi airnya teramat-amat sejuk. Tetapi seperti biasa, Qaisara ni betul-betul macam sesumpit. Kolam air sejuk pun dia tak kisah, air panas pun buat dek sahaja..


Orang yang paling gembira mestilah Qaisara bila berada di kolam air gunung ini. Paling geli hati Qaisara membuat remarks sebegini."Umi why dont have shop for shopping?" ha.ha.ha..si Teta nikan kaki shopping macam umi dia.

Oh ya, di sini juga sesiapa yang berminta untuk berurut cara tradsional dan Thai juga boleh melakukannya. Saya memanggil mereka datang ke Villa. Sejam RM90 dan apabila mereka datang ke Villa ada tambahan 10%. Sempat bercerita dengan wanita tukang urut yang kematian suami tiga tahun yang lepas. Pedih hati mendengar dia menanggung anak-anaknya yang masih kecil. Nasib Felda ada menyediakan rumah dan juga van untuk anak-anaknya berulang alik ke sekolah. Saya ceritakan nasib wanita itu pada suami. Lantas pantas sahaja suami bertanya. "Awak sedekah tak untuk anak-anak dia?" tanya suami. Sedekah tukan rahsia..

28 comments:

farahi said...

Salam akak..ternganga japs saya baca coretan prcutian akak..hihi..buat saya terasa sgt nak pergi sna..Malaysia byk tmpt yg mnarik, dan bila akak tulis psl Sungkai nih, mmg trasa sgt nk pergi jugak..huhu.. Paling best tgk si Teta tuh main air, hihihi..apepun akak msti dh enjoy kan dgn prcutian kali ni..=)

idasm said...

bestnyer kak. hari tu masa study TG, mmg baca jugak pasal hotspring ni. tapi lepas baca kat blog akak ni, confirm kena pergi nih. begitu menarik sekali, bestnyer!!!! seronok jugak tgk pic akak n qaisara. selalu pic akak sikit ajekan... kali ni mmg puashati... hehe..
info pun lengkap siap ngan no tel lagi. thanks kak.

harz... said...

salam kak yati,
seronoknya gi kat sungkai hotspring nie... 1st time saya tau tmpt nie... Klu ada rezeki nnt saya pun nak g tmpt tu gak la...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alahai..
sronok tgok akak romantik2 ngan baba qaisara tu..

teta pun hantu air jgk rupanya!nnt dh besar skit,leh antar die blajar berenang..senang sbb die xtakot air..

dlm busy2 akak mnulis novel,sempat gak akak p holiday..biasanya akak menulis waktu bile ek?

azlina said...

salam kak yati...
sememangnya teringin sgt hendak pergi ke sini dari beberapa thn lps tapi tak kesampaian entah bila akan jadi kenyataan ..

Nor Azlina Yusof said...

salam kak yati..best la tengok akak bercuti..Teruja Aween..Tapi kena kumpul duit..RM 500/night...sebulan nya duit makan n duit minyak la kak..Tapi tengok gambar2 akak..Memang best

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

oh berbulan madu...privasi ye kawasan tu kak...sebab tak nampak visitors lain pun...patutlah ada orang buat mcm kolam dia punya...hihihi =D

psst...td terserempak cik wanupeh dengan cik abang dia kut...keke...dkt low yatt =D

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Bestnya tempat ni. Boleh di cadangkan kepada Abah saya ni. Nampak menarik. herm.mmm... kening dah naik2 ni... ^_^

Umie said...

salam kak....umie pernah g sini tp xpernah la sewa villa dia..masuk utk merendam kaki jer dan memang ramai org kalu time cuti sekolah...kalu nak rebus telur tu pun terpaksa beratur....

wanupeh said...

salam kak norhayati berahim...

hihihi...akhirnya sampai juga ya kak yati...

nampaknya puas hati yaa...nasib2.. ^__^

hihihi....

Intanaziela said...

kak yatie, mmg intan tunggu2 sgt catatan ni pasal nak proposed tempat ni pada hubby...bila tanya hubby nak pi raya cina ni..dia kata ok..yahoo..tq kak yatie for all info. :)

teta seronok betul main air...tapi masih ingat nak shoping ye teta...comel je ayat dia...hahahha

Mama Nazhan said...

salam kak yati...saya pun plan nak gi hot spring ni..tapi tergendala,,,anak demam teruk...kalau terkena masa dan time...mesti kita bleh terjumpa kan? saya pun dah survey dan terpikat utk pergi...nampaknya org melaka gi dulu,,,org perak pun tak sampai lagi....hehe

Nadiah Sidek said...

wah..bestnya kak!

adhan said...

kak yati...saya penah pergi memang best (",)

Suhana Shahril said...

wah..seronoknya...jalan2..coti2 malaysia..jelesnya ana..bila lah dapat jalan2 cenggini..asik sibuk jer tetiap minggu..huhu..

yatie chomeyl said...

bestnya gmpt ni akak. felda kena byr akak ni sbb dh promote secara berkesan smp buat sy rasa teringin nak pergi jugak hehe

Light of Heart said...

saya pergi sana 2 minggu lebih awal dr kak.Terlalu byk perubahan.masih ingat pertama kali pergi situ sepanjang perjalanan masuk ke hotspring redup aje.skrg panas.
tempoh hari pergi terlalu byk sampah sarap kat kolam air panas tu.
klu kak perasan sekeliling tu penuh sampah sarap.tong sampah pun tak dibuang sampahnya.bila org buka nak buang sampah terlalu busuk baunya.
yg teruk tiket pakai kat tangan cepat terbuka dan perkataan cepat tanggal.kesian tgk bdk2 kecil lari panggil mak "mak!mak! tiket dah tanggal.klu dulu nak koyak pun payah.
suggest pada semua bawa lah telur kg dan rebus kat sana.sedap.........rasa lain

EnO said...

kakk nb..
dungkaii hotspringg nie kat nerr???
x tauu laa kt manerr

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Hihihi...ni lah destinasi kami sekluarga bila blk ke kampung suami!

Dessert Queen said...

Salam..

Kak Yati..saya baru plan nak ke sana untuk Family Day hujung tahun ni..Kak Yati dah pergi dulu ek..

Bestnyer..

GREENJADE said...

hahaha nmpk nye spt kolam air panas itu incek Seyit yg punya..

mmg heaven bcuti2 time x ramai org gitu

last month sy baru survey2 tmpt nih nk bcuti ngn hubby nnti..bagusnye akak dh kuarkan cerita & gambau2 nye..mmg nmpk best sgt.thx 4 sharing yea..muuah hehehe :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Farahi harus pergi, tapi jangan pergi masa orang ramai..ambil cuti hari bekerja, baru rasa bahagia dan gumbira..ha.ha

ida, nanti ida pergi tau! Pergi masa hari bekerja, akak tau.ida mestiboleh pergi..ada lagi kolam kecil2 di situ tapi air dia panas sangat..

harz, yelah tempat2 macam ni jarang ada publisti, mcm akak asyik pergi langkawi aje..sesekali pergi tempat lainkan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim...kami sentiasa romantis..ha.ha bercuti mesti ada masa jim, menulis bila2 boleh menulis. Oh..teta memang tak takut air, sentiasa suka berendam..

Azlina insya-ALLAH satu masa nanti tapi kalau cuti sekolah mesti ramai orangkan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Aween, pergilah ramai2, boleh sumbat 6 orang..jadi satu malam seorang RM80 aje aween..ha.ha

Nuar pergi masa tak cuti sekolah..jadi macam tulah, perasaan dia punya kolam. Ha.ha.wanupeh pun ada cerita dia jumpa nuar..he.he

Dayah, harus pergi dengan keluarga..memang seronok sangat..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie, sementara teta kecil bolehlah pergi masa tak sekolah, kalau tak..susah juga..

wan..sangat2 puas hati..thanks ya..

Intan, yelah hadif dah sekolahkan kena pergilah cuti sekolah. Raya cina mesti ramai orang..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Bai.Nazhan demam ke? Qaisara masa pergi pun batuk2 dan demam2 tapi jumpa air baiklah dia..

Nadiah memang seronok.

Adhan mesti dah pergikan..sbb orang perak..he.he

Suhana, kena ambil cutilah sekali sekali tau, menenangkan fikiran. Mesti 3 power puff girls ana tu suka..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

LOH, masa akak pergi hari itu semuanya ok, kawasan hot spring tersangat2 lah bersih, mungkin orang tak ramai kot. Ada dia bagi kami tiket dan qaisara sahaja pakai, sebenarnya dok villa tak pakai pun tak apa. Sampai balik masih melekat di tangan si teta yang bawa tidur dan kemana2 tiket tu..

Eno sayang, Sungkai tu kat Perak dik..ha.ha

Milah, kena dok villa dia, baru tau seronok ke tidak..worth it utk orang ramai anak tau!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nowwa, nanti pergi tau..

Tinie, memang seronok pergi masa tak cuti, tapi sementara Teta tak bersekolah betul ni, bolehlah pergi..esok kena tunggu cuti sekolah le jugakan..