Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 7, 2010

PETUA..

Sebenarnya banyak saya nak update mengenai progress Qaisara di tadika. Tetapi biarlah dahulu, dia dalam pemantauan saya dan saya benar-benar berharap yang Qaisara akan gembira bersekolah di Tadikanya sekarang.

Kenapa tunjukkan bilik air tiba-tiba ni? Ha.ha.ha..Ingat tak bilik air di kampung masa kecil-kecil dahulu. Jauh daripada rumah dan tidak disatukan dengan rumah. Bilik air mengikut Islam tempat berkumpulnya syaitan jadi orang-orang dahulu tidak sesekali mengumpul syaitan dan orang duduk serumah..(seram aje bunyikan tapi itulah kenyataan). Tetapi ramai di antara kita sekarang, di dalam sebuah rumah bukan ada 2-3 bilik air tetapi bilik air dihias seperti bilik tidur pula dengan secara berlebih-lebihan. Sebenarnya kebersihan di dalam Islam memang penting tidak kira bilik tidur atau bilik air. Tetapi perlu diingat berhias berlebih-lebih bilik air samalah kita berhias untuk rumah syaitan..

Apa bendanya ni NB weh..Ha.ha..saya teramatlah tension dengan tanda air dan sabun yang melekat di jubin lantai sehingga menganggu pandangan mata. Puas saya dan pembantu rumah meletak clorox. Namun tidak hilang juga. Lantas saya carilah petuanya dan dapatlah saya satu petua. Mengosok baking powder di atas jubin yang kotor ini. Petua tersebut mencadangkan mengunakan berus gigi. Tapi saya cari berus yang agak kuat dan besar sedikit. Selalunya saya membersihkan bilik air, diwaktu saya tidak produktif bekerja. Iaitu pukul 12 tengahari hingga 3 petang dan jangan sesekali dibiarkan mata kasar Qaisara Seyit Kara melihatnya. Dia akan bertanya.
"Umi buat apa tu."
Langkah selanjutnya, dia akan duduk sekali dengan saya menenyeh dan kemudian main air.


Letak baking powder dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan. Satu jubin mungkin mengambil masa 2-5 minit. Kena sabar banyak-banyak kalau nak jubin yang bersih dan berseri. Tapi saya kadangkala kurang sabar juga..saya buat separuh esok saya buat lagi..he.he.he

Hasilnya insya-ALLAH kekotoran akan hilang. Mata pun senang memandang...


15 comments:

miss ahjumma said...

wah..leh dipraktikkan ni..tq!

Life of an Izyan said...

gunakan pencuci jubin dari Zhulian. tak perlu sental lama-lama... Betul.. bukan nak promote produk. tp memang berkesan. insyaAllah.

EnO said...

wahh bagusss tol petua niee.. hahahah.. sukerr2...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tak kembanglah kek lepas ni...kehkehkeh =D

Deeeee said...

Salam Kak Yati..
Betul tu Nuar.. kek x kembang.. karang jubin lantai kak yati yg kembang.. kekekekekekeke *gelak guling*

Balqis Rashdeen said...

amatlah menunggu perkembangan qaisara tapi yang keluar perkembangan lantai tandas :D tak pe yang penting kongsi ilmu. Sharing is caring.. thanks

Unknown said...

Wah!!! Ok nak try nanti kat umah.... barulah sedap mata memandang bilik air

IntanSham said...

hadoi kak, byk laa baking powder nak kena guna... hehehe

Nadiah Sidek said...

akk, bilik air kat sini mcm bilik air hotel la. mana ada basah2 lantai sini. yg basah pun bath tub je la. haha. akk, baking powder pun blh guna utk cuci peti ais tau. byk sbnrnya kegunaan baking powder ni, sblm ni ingt hny utk memasak je :p

GREENJADE said...

wahhh tenKiu kak ..bagus petua nih.murah,mudah & ringkas gitu

mmg bekilat boley suluh muka nih..hehehe

dlittlekitchen said...

gud petua.. tp alahai, x sampai ati laa pulak nk guna baking powder coz bahan yg sama guna wat cake..huhuhuhu..

yatie chomeyl said...

perghhh berkilat lantai.leh try gak petua ni nanti

Nomie Aziz said...

Kak Yati,

ada satu solution yang lebih cepat..ada kat supermarket...saya lupa brand apa..tapi kalau letak benda tu kat mozek, dalam masa 1/2 jam settle segala kekotoran pada mozek..

Unknown said...

oohh nak cuba juga petua ni.. saya pun selalu sakit jiwa dgn jubin bilik air.. jenuh sental tp hilang sikit2 jer.. hmm, petiais pun leh cuci dgn baking powder..

ok gak, drp tak diguna.. buat kek tak penah menjadi..

LaDolce vs CN said...

ade x sesape tau cmane nk ilangkan kesan karat kat baju ek, baju batik plak tu..huhuuu, syg sgt...sesape tau share la ek..