Öğretmen müdüre, müdür babasına söyledi iddiası
Guru lelaki beritahu Guru besar, Guru besar memberitahu baba.
8 Ocak Cuma günü korucu babasının Kalaşnikof tüfeğiyle intihar etti. Okul ve mahalle arkadaşlarının iddialarına göre, sınıf öğretmeni Resul Keleş, 7 Ocak’ta Meryem’in hoşlandığı bir erkek öğrenciye yazdığı mektubu yakaladı. Meryem’i bütün okula rezil etmekle kalmadı, okul müdürü ile aile birliğine de haber verdi.
Macamana ya nak translatekan berita ini. Sebenarnya berita ini panjang berjela. Saya bukannya pandai bahasa Turki pun. Harus menyelak kamus tetapi kerana suami menjadi penterjemahannya. Maka saya letakkan di blog saya supaya cerita ini menjadi teladan untuk kita semua. (memang selalu setiap pagi saya menyempil dekat suami tumpang membaca berita suratkhbar turki di internet, bukan faham pun. Nasib suami saya rajin melayan...)
Pada 8 hb, gadis yang bernama Meriam (gambar diatas) membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya?
Gadis yang berusia 12 tahun ini ditangkap ketika menulis surat cinta kepada teman lelakinya. Guru lelaki yang menangkap perbuatannya itu kemudian melaporkannya kepada gurubesar di sekolahnya. Dan malangnya guru besar memberitahu pula kepada bapa pelajar tersebut.
Di East Turki di mana gadis ini dilahirkan dan dibesarkan, menjadi satu taboo atau sesuatu yang memalukan apabila seorang perempuan ditangkap menulis surat kepada teman lelakinya.
Rasa tertekan kerana seluruh sekolah dan seluruh kampung mengejek perbuatan Meriam ini. Gadis ini mengambil keputusan menamatkan riwayat hidupnya dengan menembak dirinya sendiri di kepala, menggunakan senapang bapanya.
Orang ramai menyalahkan guru lelaki dan guru besar yang membesar-besarkan perkara tersebut. Sehingga Meriam mengambil keputusan menamatkan hidupnya sendiri.
Ketika suami membacakan berita ini, saya benar-benar marah. Sakit hati saya dengan guru dan guru besar yang saya rasa tidak bertanggungjawab dan tidak beretika ini.
Kalau kita menjadi guru Meriam, apakah pendekatan yang harus kita lakukan apabila menangkap seorang pelajar menulis surat cinta?
P. S Saya tidak pernah menjadi guru, tetapi kalaulah saya menjadi guru Meriam. Saya akan panggil Meriam berjumpa dengan saya. Saya akan beritahu Meriam secara lemat lembut dan bergurau, belum sampai masanya Meriam bercinta tetapi kalau mahu menulis surat juga, saya akan bantu Meriam menulis dan di sebelah tandatangan Meriam, saya akan tulis perkataan "disahkan" dan saya akan menandatanganinya...he.he
12 comments:
Salam kak..tetiber trasa mcm ketidakadilan bila bc berita nih..huhu..kalaulah sume bapa bgitu, apa lg hak yg ada pd anak2?huhu.. meriam mmg salah, tp, itukan mmg jiwa remaja..ntahlah..mungkin guru2 yg trlalu ambil prkara ni sbg seolah dosa besar..akak sy pn ckgu kak, ckgu sek ren, dan dia kdg2 ikut mngusik ank2 muridnya, cuma kna lah dlm batasan..=)
-farahi-
Salam. Tegak bulu roma saya baca entri kali ni.
tak tahu siapa yang perlu dipersalahkan. Adat ? Entahlah.
Al-Fatihah buatnya.
haha..bole plak kak yati buat lawak. a'ah guru besar dia hentah ape2 ntah. tp maybe tu menguji seteguh mana iman meriam...
salam....kat sini hal seperti Mariam ini kecil sahaja. Tak perlu perbesarkan. Za selalu jumpa kes seperti ini. Malahan siap bertunggu tangga di kelas pasangan pula. Cinta ni memang buta ,tak kenal usia. Saya selalu menyakat anak-anak murid saya...jangan nak mengada-ngada nak bercinta. Tunggu cikgu Liza bercinta dulu baru diperbolehkan...keh3.Anak-anak ini kena guna pendekatan yang lembut.Tak perlu sampai GB dan Ibubapa merekapun...kita nasihat, gurau dan bagi dia peluang.Mereka akan faham bila masa yang sesuai melayan hati berbunga-bunga.
kesiannye nasib bebudak kat sane..bkn ke tu slh satu perkembangan biase bg anak². cara utk mendidik tu je perlu dibaiki..parents pun same..ehm..
malangnya!!! hanya kesilapan yg sedikit dan adat yang keterlaluan, satu nyawa melayang!!!
Bila baca cerita ni, terasa Meriam tu macam hidup dalam abad ke 16!
She's only 12, bukannya 21 tahun! Saya tak salahkan Meriam tapi saya salahkan keluarganya, guru-guru yang terlibat dan masyarakat di situ.
Sepatutnya perkara kecil macam tu boleh ditangani secara diplomasi dan matang, bukannya mengejek, menekan perasaan seorang budak yang terang-terangan belum matang fikirannya!
isk malu smp bunuh diri ? nauzubillah
kak yati ni sempat buat lawak lak dia :p
rasa sakit hati membaca berita tersebut. pernah menjadi pensyarah, soal cinta adalah hak pelajar masing2 yang sudah besar dan sekadar menasihatkan agar jgn terlebih jauh.
alahai, tua 1 tahun jer dari suraya, sofia... tp rasanya budak2 skrg pendekatan kena guna psychology, laen ler zaman2 dulu guna sekehlogy....
cikgu2 tu kena mendalami etika guru lagi tuh...
nk tips, tanya NB..hehehehe
Post a Comment