Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 17, 2010

MANA TUMPAHNYA KUAH!


Sebenarnya saya tidak perasan dengan perangai Qaisara ini. Bila dia masuk sekolah barulah saya sedar. Dia tidak suka memegang pensil! Bahkan dia tidak suka mewarna. Hari pertama dia menangis kerana dipaksa melukis dengan pensil warna. Dia beritahu saya, dia tidak sukakan mewarna dan bosan duduk sahaja. Bila saya teliti, baru saya ingat. Qaisara suka mewarna dengan menggunakan watercolor bukannya pencil warna. Bila gurunya membiarkan dia mewarna menggunakan watercolor, dia tidak menangis bahkan gembira sekali.
Sekarang dia tidak suka menulis. Saya tanya kenapa Qaisara tidak suka menulis. Jawapan dia senang sahaja.
"Kenapa nak kena tulis?"
"Nanti Qaisara tak boleh jadi orang pandai?"
"Orang pandai macam mana umi?"
"Orang pandai, boleh membaca, boleh menulis.."
"Teta tengok umi tak pernah tulis pun?"
"Umi menulis di komputer.."
"Habis kenapa teta kena tulis pakai pensil. Kenapa Teta tak boleh pakai komputer aje!"
Ambik kau! Dan baru saya sedar, rupanya Qaisara mengikut saya yang tidak suka menulis dan memegang pen. Ha.ha.ha..



19 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

saya tak suke menulis juga..
sebab..
tulisan saya x lawa..

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
teta .. teta.. teta..
x suka pegang pen yer..
Penatlah lepas ni nak g sekolah kena pulak sekolah sedia sebiji komputer untuk teta menulis.. hehehehe..
bygkan... uishh canggih budak2 ni..

Syahida said...

Salam Yati, bijaknya Qaisara ni...mujur la mama-nya memahami :-)

Nadiah Sidek said...

mak borek anak rintik. hehe..

Balqis Rashdeen said...
This comment has been removed by the author.
ain said...

hehehe...suka betul bila baca kisah2 teta 'berdebat' ngan akak. setiap jawapan yg dilontar mmg bijak dan mengena!!

Balqis Rashdeen said...

masalah ni.. macam mana nak mengatasinya? jawapan teta yang lurus buat saya tergelak campur binggung... masih belum layak saya untuk jadi seorang ibu sebab tak boleh fikir lagi cari nak mengatsi masalah begini..

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Mmg kuah yg ke nasi!!!hahahaha

Kak Yati, saya terlewat baca entri pasal Kak K tu...saya mmg kenal sgt dia sbb kami pernah interview dia pasal rumah perlindungan tu....Subhanallah masih sihat dia? mmg dlm 10 thn kot saya intrview dia dulu...mmg dia aktif bantu rumah tu....hish....mana lak dia menipu? nak kena mamat tu....saya dah gi la rmh tu...bersembang2 lg ngan penghuni situ...kalau saya g jumpa mamat tu mmg saya akan bg sebijik!

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

mmg kuahnya ke nasi.....hehehhe

Kak Yati, saya lewat baca entri pasal Kak K tu...Subhanallah, dia ada lagi? Saya kenal sgt2 sbb pernah interview dia kat rumah tu..mmg dia batu rumah tu...mana lak menipu.....nak kena mamat tu....hish..hish...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nor afzan..akak pun tak suka menulis, lenguh rasanya jari jemari..ha.ha

salam dayah, dia da ada komputer sendiri, angkut ajelah..komputer tu, dia da biasa tekan2 button tu dia ingat..menulis pakai komputer..dah terlebih pandai..

syahida..uminya tunjuk contoh, dia ikut sahajalah..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nadiah..betul tu..

ain..budak2 lurus dan akak perasan sangat2, dia pergi sekolah..dia ikut kepala dia aje dan apa yang umi dan baba dia ajar, bagi dia sekarang umi dan baba dia aje betul..

Balqis seharusnya dari sekarang, uminya kena berjinak2 dengan pen atau pensil, buat2 kerja dengan pensil bukan dengan komputer sahaja, jadi dia akan tirulah..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Milah, akak tau Milah mesti tau sebab Nik Fauziah pun tahu kak K tu, dia sihat lagi. Lama sungguh tak nampak dia..
mamat tu memang over, geram tengok dia membebel2, orang pandang aje akak bertekak dengan dia..udahlah tak menderma, hina orang pulakan.akak rasa kalau akak gi sogo, akak kenal lagi mamat tu...

dlittlekitchen said...

heheeh, btul laa sangat tu, budak2 kan slalu anggap parents dia superb..

so, umi dia jwb apa? "no comment" ke? kihkihkih...

yatie chomeyl said...

tak suka menulis pon leh jadi penulis hebat akak ni hehe kagum2

GREENJADE said...

duhh igt ke sbb ape lah Teta x suke menulis..mmg kanak2 skg sll advance gitu..terkedu dlm tersipu2 saye membace jawapan Teta itu..hihihi

ade2 aje teletah anak dare sunti akak nih ihiks :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

anak-anak sekarang kan..perhati je apa yang kita buat..

memang keletah sungguh Qaisara..

Khaizarien said...

aiyakk..susah nye kak kalo cam ghitu...hishh ank2 sekarang bijak..mesti pening kepala cikgu die hehehe

Khaizarien Blog @ atie

since1990 said...

teta bakal jd penulis la ni..hehe

Yours truly said...

Salam perkenalan kak Nurhayati,

Tak sangka saya terjumpa blog ni, penulis fav. saya...

kebetulan anak dara saya pun nama Qaisara..

seronokkknya..tak habis khatam lagi blog ni...

kalau sudi, singgah la ke blog merapu saya pula..he..he..