Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!

Sudah besar rupanya anak saya. Rasa baru semalam saya menangis dan berperang dengan perasaan kerana ketika mengandungkan Qaisara, adalah satu keadaan yang teramat-amat mencabar. Bayangkan ketika bulan pertama sahaja saya sudah menerima alahan yang sungguh teruk sehingga sentiasa berbaring dikatil, terpaksa ke hospital saban minggu bahkan saban hari. Kemudian apabila lahir ke dunia, Qaisara mengalami sawan tangis selama 4 bulan. Tidak boleh diletak, meraung macam dipukul orang. Aduh..ketika itu baru saya tahu sengsaranya untuk memiliki seorang anak. Hari ini anak saya sudah besar. Walau perjalanannya masih jauh, tapi saya bersyukur Qaisara membesar sebagai anak yang comel, pintar dan amat petah berkata-kata.




Ini kek Qaisara saya order daripada dlittlekitchen. Dua biji. Satu untuk di bawa ke sekolah dan yang satu untuk dipotong di rumah.



Ini yang tinggal di rumah. Masih belum dipotong. Qaisara masih tidak membenarkan. Jangan dibawa tidur sudah..ha.ha.ha..


Ini cup cake untuk para tenaga pengajar di sekolah Qaisara. Kalau Lizabujang tengok mesti dia cakap, untung siapa jadi cikgu Qaisara. ha.ha.ha...



Di samping memotong kek saya juga mengadakan sedikit jamuan dengan menjamu kawan-kawan Qaisara KFC dan air kotak. Melihat anak-anak kecil yang ramai berebut-rebut. Bagaimanalah cikgu mengawal mereka semua. Tetapi seronok sungguh walaupun kesihatan saya tidak begitu baik.
Bersama guru-guru sekolah Qaisara, mengageh-agehkan KFC kepada para pelajar


Sempat lagi! Ha..ha..Mr Seyit Kara beria-ia menyuruh saya berposing tapi seperti biasa gambar yang diambilnya mesti blur! He.he.


Qaisara sedang mengageh-agehkan bungkusan hadiah yang berupakah peralatan menulis, jelly, cokelat dan kek untuk sahabat-sahabatnya.


Barisan anak-anak yang menikmati hidangan. Dapat makan, senyap sahaja. Begitu tertib sekali. Ada yang minta tambah, kami tambahkan. Rupanya yang minta tambah itu hanya makan kulitnya sahaja..ha.ha...budak-budakkan macam-macam ragam.

Qaisara sebelum memotong kek bersama kawan-kawannya. Rasanya rata-rata kawan-kawan Qaisara budak enam tahun. Tengok bukan main senyum lebar lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya saya tidak memberi Qaisara apa-apa hadiah kerana saya sendiri tidak tahu apa yang mahu diberikan padanya..ha.ha..teruk sungguh uminya..

Saya sentiasa berdoa, moga Qaisara dipanjangkan usianya, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak dan muslimah yang patut kepada ALLAH. AMIN.






29 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

doakan qaisara membesar dengan sihat, sentiasa dalam persekitaran yang baik-baik dan stay cun lah! =D

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Happy Birthday little cute girl...

Anak adalah penyeri rumah tangga & harta yg tak ternilai Kak Yati! Semoga Teta mjd anak yg solehah...amiinn....

Marzalina said...

kak..agaknya qaisara sayang nak potong kek tu..cantik sangat heheheh...

seronok tgk budak2 tu makan kfc..makan kulit ajer hehehe..macam2 kan.

IntanSham said...

wahh bestnya kalau saya jadik cikgu qaisara... happy birthday little angel, semoga menjadi anak yg solehah dan bijak.. :)
peluk cium utk qaisara..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Selamat Ulang Tahun Qaisara!

puteri_kebayan said...

happy birthday to baby girl;-)

Leeza said...

salam...
wah...cantiknya kek2. yummy....untungnya jadi cikgu Qaisara kan...dapat cupcake. Semoga Teta sihat walafiat dan semakin rajin ke sekolah.Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapanya.

Nor Azlina Yusof said...

Selamat ulang tahun buat Qaisara..Semoga Teta menjadi anak yang sentiasa menggembirakan akak dan suami

Balqis Rashdeen said...

Happy birthday my lovely Teta (chewah Lovely konon.. auntie x pernah pon tengok kamu real) tapi auntie harap kamu akan jadi anak yang solehah dan membahagiakan baba, umi dan keluarga.. Jangan nakal2. Jangan asyik nak berjalan (hyper active sangat kamu..) kasihan umi, bila malam kena urut kaki kamu pula. Untuk puan NB, maaf semalam saya copy picture Teta yang cute masa sambutan di office NB. Saya simpan buat wall paper.. Hehe harap tak marah.. Suka tengok mukanya yang cute dan terbayangkan tingkahnya..

Balqis Rashdeen said...
This comment has been removed by the author.
Umie said...

selamat harijadi Qaisara..best nyer...semoga qaisara dipjgkan umur, dimurahkan rezeki...jadi anak yang baik, solehah dan sentiasa sihat walafiat...amin....

Umie said...
This comment has been removed by the author.
yatie chomeyl said...

hepi bestday teta...mmg best lah ummi sambut birthday teta dgn kawan2 mcm ni. mesti teta seronok dpt belanja kwn2 dia KFC & hadiah

wanupeh said...

salam kak norhayati berahim...

amin...amin...amin...^__^
moga doa kak yati utk Qaisara sentiasa diperkenankan oleh Allah s.w.t...

Selamat Hari Lahir Qaisaraaaaa...muahhh...peluk cium utk dia yaaa kak yatiiiii....

miss ahjumma said...

smoga qaisara jadi insan yg baik mcm uminya...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

moga teta membesar dgn baik & dpt membahagiakn umi n baba..

comey sungguh teta ni! bile tgok die dgn kwn2,nmpak mesra n cute sgt2! kikiki..

nk jd classmate teta r..leh dpt mkn KFC!dpt hadiah lg tu..
:)

dlittlekitchen said...

sronok tgh senyum lebar teta dgn kwan2 dier...

Nadiah Sidek said...

happy bday qaisara dear! cantiknya nmpk kek tu. akk, byk hadiah la blh bg kat anak perempuan kalau nk compare dgn anak lelaki..hehe. tp takpe, akk rajin belikn qaisara mcm2 di hari2 lain yg bkn bday dia. hadiah la jgk tu ;)

dhan said...

happy besday teta..
moga jadi anak yg solehah...
bleh jaga umi.. :)

EnO said...

wahh.. sukerr nyer teta.. senyum memanjang... eppy buffday guurll..

Suhana Shahril said...

Happy Birthday! May Love all around you, little princess!

ibu aira said...

happy besday qaisara!!!!

ain said...

happy bday sweet Teta...semoga teta jd anak yg terbaik utk kak yati!!!

Mama Nazhan said...

Happy Birthday Qaisara..
Semoga menjadi anak solehah yang membahagiakan ummi dan baba...

airina said...

makin comel si Teta
Happy Birthday ya! ;))

Deeeee said...

Salam Kak Yati
HAPPY BIRTHDAY TETA ^_^
Kakak luv u la!! Stay cute selalu.
I wish you has a brighter future & success dunia & akhirat, Amin.

Intanaziela said...

Happy Birthday Teta...semoga jadi anak yang solehah..mengembirakan ummi dan baba...
kak..samalah kita, masa mengandungkan hadif, hospital jadi rumah kedua..lepas hadif lahir kena ddk icu sebulan lebih..bila melihat dia sekarang..terasa cepat masa berlalu...syukur pada allah kerana diberi peluang menjadi seorang ibu...

p/s: kek teta sangat cantik..sayang nak potong kan..hahahah

GREENJADE said...

moga Teta mjd anak yg solehah & cemerlang di dunia & akhirat :)

*wowww cantik2 btul kek teta ..klu saye pon syg nk potong la kak..siap bwk jd teman tido gitu hehehe..

since1990 said...

comelnye kek teta dpt. semoga teta jd anak yg baik, ikut ibu dan ayahnya. mudah-mudahan",