Selamat tahun baru.! Malam tadi, saya, Sue, bibik dengan anak-anak menghadirkan diri di annual dinner di salah sebuah syarikat pencetakan di Kuchai Lama. Kami balik jam 10 malam, anak-anak mahu melihat bunga api dan keramaian malam tahun baru tapi malas mahu menempah jam ke Dataran Merdeka. Kami pergi ke Putrajaya sahaja. Punyalah ramai orang di Tasik Putrajaya, jadi mahu mengelakkan diri dari jam kami bergerak ke Masjid Besi. Lepak-lepak di tasik berdekatan.
Anak dara saya paling gembira kalau dapat keluar berjalan dan berlari ditepi tasik ini.
Kerana tidak dapat melihat bunga api. Hakim mencari-cari siaran TV daripada i-phonenya. Dapatlah tengok walau pun kecil sahaja. Ha.ha.ha.. Tengoklah Qaisara tu, kalau ada abang Hakim mesti dia berkepit dengan abangnya. Hakim memang rajin melayan budak-budak.
Sempat menyaksikan bulan biru, bulan purnama yang keluar dua kali dalam sebulan. 2nd Desimber bulan penuh ini muncul dan 31 Desimber ianya muncul lagi.
Kata Ojan, seronok juga ya Mak Andak, lepak-lepak. Tengok bulan, tengok bintang. Kalau bawak KFC, bawak air best ni. Tahun depan Ojan ya...kita buat piknik di Putra Jaya.
Tengoklah Qaisara tu, abang-abangnya tengok bulan, dia pun nak tengok bulan. Tapi jangan haraplah dia nak bebaring atas tanah. Perut Hakimlah jadi mangsanya.
Tengok Qaisara tu, apa yang dibuatnya di badan abang Ojannya. Tapi Ojan seronok, best Ta. Lompat lagi, lompat. Qaisara bukan sahaja menjadi mangsa abang Ojannya tetapi suami di rumah pun selalu menyuruh Qaisara memicit badannya dengan cara yang begitu.

Ha.ha.ha..sempat bergambar dengan Qaisara di belakang tu Tasik Masjid Besi. Kami ingat mahu melepak di jambatan Putrajaya tapi terlalu banyak pula kereta yang parking di situ. Jadi kami mengambil keputusan balik ke Kajang, mengisi perut di KFC. Punyalah ramai orang sehingga berjam menunggu. Kami tiba di rumah jam 1 pagi. Qaisara pula tiba-tiba terkena uticaria. Sehingga jama lima saya berjaga, supaya dia tidak mengaru badannya dan dapat tidur nyenyak. Dan keputusannya sepanjang hari, hari ini saya sakit kepala..nak buat macamana...
P/S Suami tidak ada bersama kerana dia meraikan bersama-sama kawan-kawan senegaranya..he.he..
P/S Suami tidak ada bersama kerana dia meraikan bersama-sama kawan-kawan senegaranya..he.he..
7 comments:
Wah... seronoknya lepak sambil berbaring....kena pula ada bulan biru. Bertuahnya dapat tengok bulan biru.... selalu di hati.Betul kata Ojan ...seronok piknik di putrajaya malam tahun baru.
alahai..
sweetnya lepak kt putrajaya..
kt ctu ade firework tak kak?
Salam Kak Yati,
Teknik urutan yg bagus tu teta.. kekeke
bila makin besar teta dah x leh buat mcm tu dah taw..
mau patah tulang ojan... hehehe
slmt tahun baru kak yati.. semoga bertambah sukses 2010 ini..;)
outing yg btol2 santai & heaven gitu..seronoknye dpt tgk bulan penuh..mmg cantik..so x sempat lah tgk gerhana bulan mlm tu yek akak?
hepi2 jek Teta..tp kesian lah Hakim jd tilam empuk Teta hehe :D
memang seronokkan kak, keluar lepak2 waktu malam cam tu. santai aje. ida sambut tahun baru kat tepi balkoni aje, dgn solehin sekali. terpinga2 dia tgk fireworks dar dataran merdeka tu..
selamat tahun baru yea kak.. semoga 2010 akan lebih bererti, lebih kejayaan, lebih bahagia, lebih segalanya... hehe..
manjanya teta ngan abang2 dia kan hehehe..intan new year duduk mengadap MGM hahahahahah
Post a Comment