Kita cepat membuat kesimpulan dan menjatuhkan hukuman, pada perkara yang kita pandang pada zahir dan cuma kita dengar sahaja. Tetapi kita tidak selami sedalam-dalamnya. Teringat beberapa bulan yang lalu, ketika suami memberitahu tayar keretanya dipancitkan oleh seseorang. Cepat sahaja saya menembaknya.
"Itulah you, parking sesuka hati. Mana orang tak pancitkan kereta.."
Rupanya bukan seperti yang saya sangka, kereta suami dipancitkan kerana sebelum itu dia dengan seorang pemandu cina berebut parking. Suami datang dahaulu. Pemandu cina memaki hamun suami dengan bahasa melayu dan mencarut-carutkan dia dengan perkataan pu%&mak, Lan***. Mungkin menyangka suami orang berbangsa asing dan tidak tahu berbahasa melayu. Anginlah suami. Lantas suami mendapatkan pemandu tersebut dan memarahinya supaya menjaga bahasa.
-
-
Orang-orang melayu memang selalu membuat kesimpulan secara mendadak. Tanpa menyelami perasaan orang lain. Contohnya, apabila kita mendengar sahabat kita mengeluh, pantas sahaja kita akan mengatakan
"Aik kenapa kau mengeluh, mengeluh itu tanda kita tidak reda"
Kenapa begitu pantas kita menghukum tanpa meneliti, apa yang dialami oleh sahabat kita itu. Tahukah kita dia reda atau tidak. Apakah kalau kita berada di pihak sahabat itu, kita boleh sekuat sahabat tersebut? Adalah lebih baik kalau kita berkongsi segala masalah yang dihadapinya daripada kita menjatuhkan hukum tidak reda! Siapa kita?
-
-
"Apalah dia tu, benda senang pun tak boleh buat?"
Oh..komen ini lagi selalu saya dengar! Bagi sesetengah orang keupayaan seseorang itu semuanya sama. Tetapi sebenarnya tidak. Bukan sahaja keupayaan tidak sama, cara dibesarkan juga tidak sama bahkan persekitaran antara satu sama lain pun amat berlainan sekali. Suami saya sampai sekarang tidak tahu membawa motorsikal. Kalau orang dengar memang gelak, tetapi mesti ada alasannya kenapa? Di Turki motorsikal diharamkan. Tidak ada kelihatan motorsikal di jalan raya. Bagaimana mahu belajar membawa motorsikal?
-
-
"Apalah dia tu, RM5 pun tak ada.."
Dahulu masa saya bekerja, mahu mengutip wang bagi mengadakan sesuatu majlis makan-makan memang agak payah pada sesetengah orang dan agak mudah bagi orang yang lain. Sebenarnya bagi saya RM5 tu tidak apa-apa. Tetapi bagi orang lain ianya terlalu besar. Teringat seorang sahabat saya yang terpaksa menanggung anak-anak dan suami. RM5 terlalu besar buatnya. Kadangkala dia termenung jika diminta RM5. Saya dapat merasakan kesusahan dia dan saya selesaikan bayaran untuknya tanpa orang lain tahu. Tetapi bila tugas orang lain mengutip wang tersebut, terdengarlah kata-kata ini. "Apalah dia tu, buat nama aje pegawai. Tapi tak ada duit..."
Mudahkan berkata tanpa menyelami kedudukan seseorangkan?
-
-
Kita memang sering menjadi hakim tidak bertauliah, menghukum orang tanpa kita menyelediki. Sekarang kecoh mengenai Fahrin dan LO yang saman menyaman, ada yang menghukum Fahrin ada yang menghukum LO sampai memaki hamun dan mencarut-carut.
Manusia memang mudah membuat kesimpulan dan menjatuhkan hukum tanpa mereka sedar sebenarnya mereka sedang mengumpul dosa..
11 comments:
mmg betul kata kak tu..
manusia lebih suka menghukum dr menilai dahulu..
buat salah..
xbuat pon salah..
semuanya serba tak kena..
diorang jer betul..
yups btol...kdg susah sgt org nk terima kalo ckp..'xdek duit'.
respon diorg :...'kan bujang lg...anak xdek, suami xdek...gaji pun blh tahan...xkan dek duit kot?'
org bujang pun manusia jgk kan... lgpun tanggungan kita bkn terhad kpd suami/isteri & anak2 je. jgn lupa pd famili...asal usul keturunan.
ntahla k.yati...org lebih senang berkata2. tanpa mengetahui apa sebenarnya di lubuk hati seseorang tu kan.
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
wallahualam~
btul laa k.yati, sy pon merasa zaman2 RM5 tu terlalu besar, gaji pegawai suami isteri pon byk mana laa nk jaga 4 org anak kecil dgn problem pembantu lagi, tiap2 tahun berganti.. byk duit habis disitu, tp alhamdulillah, episod tu dh berlalu..
btul laa.. tiap manusia ada kelebihan & kekurangan x boleh nk expect sama jer..
kes LO & Fahrin, dulu kata teman tapi mesra, skrg kata bercinta pulak, ntah ler...keliru...
Salam akak..btul ckp akak. manusia suka mnghukum sndiri tnpa memeriksa trlebih dahulu..hal yg sama gak berlaku pd saya..tp, itulah, TUHAN lbih tahu apa yg kita buat dan prkara sbnrnya. nak mnerangkan pd org pn buat apa kalo diorg tak faham kan?yg pnting kita serahkan saja pd ALLAH untu mnilai segalanya..
1 Saya kata : "susahnya nak dapat kerja sekarang"
Orang kata : "tulah kau. memilih sangat.."
2 Saya : (melepaskan keluhan)
Orang kata : "tak bersyukurlah tu dengan apa Tuhan dah bagi"
Lanjutan : Teringat beberapa buat lagu yang penghujungnya mengeluh? Mulanya saya tertanya2 mengapa Versi Datuk Siti rupanya kata beliau lega selesai recording. Apa pula kata Allahayarham Sudirman & Gee?
3 Orang kata:"Apalah kau, benda senang pun tak boleh buat?!"
Saya kata : "saya yang bukan lulusan ekonomi @ akaun untuk diarah membuat quotation.excel pun tak mahir"
4 Orang kata: "saya beri awak gaji RM 600 sebab awak bermula dari zero dan saya yang ajar."
Saya kata : (dalam hati) "selepas bayar PTPTN saja dah separuh tinggal."
5 Orang kata: "hek elah Fahrin menangis konon. Pelakon mudahlah mengalirkan air mata."
Saya kata : "grrr @#$%&^*"
Persoalan : Mengapa manusia mudah sangat permudahkan orang lain & merasa pendapat @ rasa @ pemikiran mereka saja yang benar?
Moral of the story : Dont to easy jump to conclusion.
Sekian terima kasih.
Salam Kak Yati,
Manusia mmg mudah menjatuhkan hukum tak lupa diri kita sendiri. Sebab itu kita berfikir sebelum bertindak. Allah berikan akal untuk berfikir maka gunakanlah.
La ni sibuk orang dok kecok kesah Fahrin & LO, sya yg mmg tak tahu pun sikit2 tahulah. Kenapa ek? hehehe nampak sgt malas ambil tahu. Dunia artis terlalu byk cerita kadang2 muak untuk mendengar. Balik2 ceritanya sama kemudian endingnya semua sama.
kak yatie, intan pun pernah terkena situasi begitu, masa tu beli barang, tak bawa cash yg banyak ke office, so request nak maybank2u, sekali dia sudah cakap gini "eh ko ni, beli umah ratus2 ribu boleh, duit RM50 tak de dalam poket" panas je hati dgr, bukan tak de duit nak bayar, cuma tak de wang tunai, tapi kena malukan depan orang tak pasal2..
esoknya, bila intan bayar, intan kasi lebih dan cakap "keep the change" hahahhaa
yup...kalu di FB pulak sekarang trend menghukum ni dah popular...
pantang tak suka seseorang akan dibuat fanpage untuk menghentam seseorang...baik ahli politik, selebriti dan ramai lagi...
ramai pulak yang follow dan ikut sekali kutuk-mengutuk dan buat judgement sesedap rasa...padahal dia orang tak tahu, dia orang sedang mengumpul dosa...
peringatan yang baik. terima kasih kak yati!
p/s: baru tahu kat turki motosikal diharamkan..pengetahuan baru untuk nadiah hari ni..hehe..
eh same like my hubby la kak..smp arini x reti bw motosikal coz aft he grad..all the while working in Europe & car is the priority on the road..so xleh nk hukum dia uhuhu
btol lah kak, manusia mmg sgt2 cpt suka m'hukum org lain tanpa usul-periksa.dh jd habit & mcm smbal belacan kutuk-mengutuk, kata-mengata,umpat-mengumpat nih.x igt dosa kah mereka2 itu? huh
nauzubillah
btul tu kak padahal cuma yg menanggung je yg fhm perasaan sendiri
Post a Comment