Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 23, 2010

KERASKAH HATI INI

Sudah tiga minggu saya sakit. Batuk tidak berhenti-henti dan saya tidak boleh tidur. Ini penyakit klasik saya. Baru beberapa hari ini saya agak baik sedikit . Ketika sakit ini, saya suka sekali melawat blog pesakit yang mengalami macam-macam penyakit. Insan-insan ini banyak memberi semangat kepada saya dan membuat saya sering berfikir betapa bertuahnya saya sebagai manusia yang hanya sakit sedikit sahaja, dan punya segala-galanya walau tidak mewah. (Suami marah-marah, mengatakan doktor di Malaysia ini tidak bagus. Dia ajak saya balik Turki, berubat di Turki. Dia lupa saya pernah sakit ketika di Turki, makan ubat Turki pun tak jalan. Alah..sengaja, sebab dia mahu main salji. Ha.ha.h.a..da 7 tahun tak balik ketika winter)
Dalam keluarga saya, dari Datuk hingga ke nenek, kami tidak mengalami sakit kronik. Ayah masih kuat lagi dalam usia 70an masih gagah membawa motor, menoreh getah. Bila ditegah dan ditanya adakah duit yang kami beri tidak mencukupi. Dia sering menjawab.
"Itu duit kau orang. Ini duit aku. Duit kau orang untuk makan, duit menoreh untuk aku bersedekah"
Datuk meninggal kerana sakit tua, nenek meninggal pun mati mengejut, begitu mudah sekali di subuh hari dan emak saya meninggal kerana kemalangan.
Membaca blog-blog ini saya teringatkan seorang penulis muda yang telah pun kembali menghadap illahi. Banyak kenangan saya bersama beliau.
Beliau yang bernama R menelefon saya pada satu pagi. Ketika itu beliau berada di nun utara sana dan saya sudah pasti di Kajang. R memberitahu beliau adalah peminat saya. Hubungan kami kemudian terjalin. R, menghadapi penyakit urat saraf. Doktor meramalkan dia akan hidup dalam masa beberapa bulan sahaja. Dikesempatan itu R menyuruh saya membantunya menerbitkan novelnya. Bagi merealisasikan impiannya yang satu itu. Saya pergi melawat R di utara dan kemudian beliau menyerah menuskrip kepada saya. Membaca mskrip tersebut sekali imbas saya tahu, mskrip tersebut tidak boleh diterbitkan. Lantas saya olah semua dengan cara saya, hampir 80 peratus. Harapan saya supaya menuskrip R akan diterbitkan oleh mana-mana penerbit.
Alhamdulilah, selepas itu itu menuskrip beliau selamat diterbitkan. Saya amat gembira sekali, walaupun mungkin tidak ada orang tahu saya yang mengolahnya semula. Saya membelek buku R yang saya beli sendiri. Ada ucapan terima kasih yang ditujukan kepada doktor, kawan-kawannya tetapi tidak saya. Tidak mengapalah, bisik hati saya. Saya puas hati akhirnya R dapat memegang buku tersebut.
Berkawan dengan R benar-benar menguji kesabaran saya. Beliau sentiasa menelefon saya tetapi yang pasti hanya missed call dan saya yang perlu menelefon beliau. Berjam-jam dan sering kali waktu sebelum maghrib. Waktu maghrib sudah pasti pendek, tetapi R seperti tidak peduli. Menyuruh saya bercakap dengannya dan memberitahu yang dia akan mati esok atau lusa. Sehari dua hari tak mengapa, tetapi jika saban hari ?
Kadangkala saya melawat R di utara. Emak R dan ayah R memang baik. Satu hari emaknya menangis di hadapan saya. Menyuruh saya menasihati R dan banyak perkara yang meruntun jiwa wanita tersebut. Saya tergamam. Rupanya tidak banyak yang saya tahu tentang R. Kata emaknya, apa yang terjadi dengan R kerana dia menderhaka kepada ibu bapanya.
Mengenali R dengan lebih mendalam saya dapati ada yang tidak kena pada hidupnya. Dia tidak pernah bersolat dan rasanya tidak tahu bersolat walaupun memakai tudung. Dia suka berbohong dengan saya sehingga pembohong itu benar-benar menyusahkan saya. Bayangkan jika saya di Kajang dan terpaksa berkejar melihat dia yang kononnya sudah nazak, tetapi dia berada di katil hospital sambil ketawa-ketawa.
Akhirnya ada sesuatu berlaku menyebab saya rentan hati dan tidak mahu berhubung dengannya lagi. Berkali-kali dia meminta maaf dengan saya, dan saya beritahu dia. Saya maafkan dia tetapi tak payahlah kami berhubung lagi. Bukan sekali dua dia berbohong dengan saya. Selalu sangat dan saya amat lelah kerana saya ada keluarga yang perlu dijaga.
Oh..terlalu banyak perkara buruk mengenai beliau yang sampai ditelinga saya, lebih-lebih lagi disampaikan oleh keluarganya sendiri.
Walau saya tidak pernah berhubung dengan R lagi tapi saya selalu mendoakan dia dari jauh. Berdoa supaya dia rajin bersolat (saya pernah menasihati dia tentang ini dan dengar-dengar dia sudah berlajar bersolat), berdoa supaya ibu dan bapa beliau memaafkan beliau dan macam-macam doa yang baik-baik untuknya.
Pada tahun 2007 saya mengerjakan umrah kali ke dua dengan suami. Ketika saya sedang duduk berzikir di hadapan kaabah, seseorang menghantar SMS kepada saya. Memberitahu yang R sedang nazak dan mahu berjumpa dengan saya. Si penghantar SMS menyuruh saya berdoa untuk R. Saya tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak kerana R memang sering menyuruh orang lain menghantar SMS pada saya dan memberitahu dia nazak. Padahal bila saya mengharung lebuhraya mendapatkan dia. Dia masih boleh makan dan ketawa-ketawa.
Namun kerana dihadapan kaabah dan tidak mahu prasangka, saya mendoakan juga untuk R dan apabila saya keluar dari masjid. Hati saya tiba-tiba berdetik. Mungkin waktu R pergi menghadap illahi sudah dekat. Saya beritahu suami, saya berdoa untuk R sihat tapi kenapa hati saya mengatakan yang R akan pergi.
Beberapa hari di Mekah saya lupa tentang R, saya lebih ingatkan berdoa untuk keluarga saya dan apabila sehari selepas saya balik dari Mekah. Seseorang memberitahu saya R sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau tertanya-tanya saya dan mengharap saya akan memaafkan dia.
Ketika itu kenapa hati saya yang memang selalu lembut, seperti tidak ada kesedihan. Saya ambil yassin dan saya bacakan yassin untuknya. Saya bermohon supaya dia diletakkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Saya sudah lama memaafkan R dan berharap supaya R juga memaafkan saya. Sesekali kalau teringatkan R, saya akan bacakan yassin untuknya.
Kadangkala saya marahkan diri saya yang terlalu keras sehingga tidak mahu menyapa R lagi, tetapi saya fikir itu lebih baik daripada saya marah-marahkan dia dari lebih banyak membuat dosa.
Kepada rakan-rakan yang rajin, melawatlah blog ini http://jibayuluv.blogspot.com/ Ayu juga rasanya mengalami penyakit urat saraf. Tetapi Ayu bukan macam R, ayu seorang ibu dan isteri yang baik. Ayu sentiasa pasrah dengan hidupnya. Ayu seorang wanita cantik dan tabah. Saya selalu berdoa supaya Ayu diberi kekuatan meneruskan kehidupan sehariannya dan disembuhkan dari penyakitnya..AMIN..


6 comments:

since1990 said...

sedeynye puan.
semoga arwah diletakkan di tempat yg mulia

Intanaziela said...

kak yatie..suratan atau kebetulan ni? hahhaah intan pun sedang sarat memikirkan tentang penderitaan Ayu...sentiasa mendoakan dan mengharapkan sahabat baik intan kembali pulih, kembali cerita.

Sedih baca cerita tentang R, dalam hidup ini pelbagai jenis manusia kita temui. Pelbagai jenis kawan kita kenali. Ada kawan yang hanya mahu berkawan ketika kita senang, ada kawan yang suka mengambil kesempatan..pada intan, Ayu merupakan sahabat terbaik yang intan ada...(sedih dan berair mata menulis kak...oh..inilah yang buat intan selalu kalah bila bercakap dgn Ayu...puas cuba utk tidak menangis..huaaaa)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

*speechless

macam2 perangai manusia ni...

nuar doakan puan ayu dan keluarga dilindungi Allah SWT...

untuk arwah R, al-Fatihah untuk beliau...

Nadiah Sidek said...

moga ayu tabah dengan ujian yang menimpanya..

Balqis Rashdeen said...

Puan NB

1. Makan ubat and wish u get well soon.

2. Saya dah baca blog kak Ayu. Beliau memang tegar! Tahniah. Amat wajar kita jadikan contoh. Beliau perlukan sokongan & sedikit perhatian untuk memastikan semangat beliau tidak turun naik.

3. Bagaimana Puan NB menilai sesuatu manuskrip boleh diterbitkan menjadi buku atau tidak? Saya suka menulis (tapi untuk kepuasan diri sendiri) ingin tahu apakah standard yang perlu dipatuhi?

4. Kisses & hugs for Teta

Terima kasih.

SyuQ said...

baik dan tulus sungguh hati akak
dahulu sy sering tertanya-tanya
wujud lagikah manusia yang ikhlas dlm berkasih sayang?
rupanya masih ada lagi...

mudah2an hidup akak sekeluarga diberkati

amin