Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 26, 2010

BEG SI TETA

Lamanya rasanya tidak menulis mengenai Qaisara si drama Queen yang..ya ampun, terlalu pandainya berlakon. Bila bercakap bukan main pandai lagi, tetapi malas pergi sekolah. Setiap pagi dia bangun sendiri. Biasanya pukul 7.15 sudah bangun dan menjerit "Bibik!" . Tetapi apabila dipakaikan baju sekolah, mula merengek tidak mahu ke sekolah.
"Umi im not happy at school. Umi I dont want go school..umi..bla.bla.."
Mula-mula hancur juga hati saya melihat Qaisara begitu sedih tidak mahu ke sekolah. Saya macam nak menangis sama. Tetapi bila hari-hari macam tu perangainya, saya tahu dia cuma berdrama. Apatah lagi setiap kali balik mengambil dia dari sekolah. Pasti dia akan memberitahu saya.
"Umi, im so happy today. I learn painting, i play with my friends, umi..Teta seronok sangat..bla..bla" Tidakkah betul-betul macam pelakon filem? Masa pergi tak suka, bila balik gembira bukan main. Hari-hari macam tulah dia...



Hari ini saya tak ada kerja. Sengaja mahu meletakkan beg tangan dan beg duit yang dikumpul Qaisara. Kebanyakannya berwarna merah jambu. Bertanda A itu sebenarnya saya beli untuk saya letak duit siling yang berterabur dalam beg tangan saya. Tetapi telah diakui hak milik kekal Qaisara. Bergaduh jugalah dengan dia, sebab dia punyalah banyak beg.
"Ling..you see Qaisara? She wants my coins purse.." saya mengadu dengan suami.
"Huh! You are same as Qaisara? Next time buy LV or Coach .."
Saya nak beli beg mahal-mahal semata-mata nak letak duit siling. Bukanlah saya orangnya. Suami kemudian membebel-bebel, emak sama perangai macam anaklah. Apa anak tak berebut. Grrr..penghabisan saya biarkan Qaisara mendakwa beg itu dibeli untuknya. Bergaduh dengan anak ni seronok juga. Tetapi yang tidak seronok bila suami selalu sebelahkan anak..ha.ha.ha. Macam budak-budak sahaja sayakan!


Ini beg tangan kecil Qaisara. Sebenarnya ada banyak lagi, bermacam-macam warna. Tapi diletaknya di merata-rata tempat. Malas saya nak mengumpulnya. Mana sempatlah saya ambil gambar.


Ini yang dapat saya kumpul hadiah dari kakak saya yang baru balik Mekah, hallo kitty diberi oleh sahabat suami saya ketika kami balik Turki yang Mickey Mouse juga hadiah seseorang.



Ini lagi, kalau tidak princess barbie. Hmm..ada anak perempuan memang seronok tetapi tak seronok bila jumpa aje, beg kecil dan comel, mesti dia nak. Pakainya tidak. Nasib Qaisara tak kisah, berapa harga, petaling street ke, pasar malam asal cantik dan comel. Tadi dia tanya saya ...
"Umi can we go Japan again.."
"Why you want go Japan sayang.."
"I miss and want hug Mickey Mouse, donald duck, goofy, minie..bla..bla.."
Huh..Qaisara ingat uminya cetak duit. Sesuka hati aje nak pergi..ha.ha.ha..




22 comments:

Leeza said...

Salam...hahaha Qaisara dan uminya sama hobby : mengumpul beg.Cantik-cantik beg Teta. Kalau tak nak Teta ambik ,akak pilihlah warna gelap, warna orang tua. Pasti teta tak nak. Ni akak pun nak pakai pink juga mana dia nak percaya akak nak juga.
Lepas ni akak pula letak beg umi teta. Pasti ramai nak tengok koleksi beg akak pula. Tak kiralah travelling beg akak yang penuh sebilik....keh2. Nanti kalau za tak cukup beg nak bawa buku2 balik ,bagi za satu beg yang kecil tu ye.hahaha.

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Amboi teta banyaknya collection, tu baru sikit. Tu dia, baru anak umi kan.. kekekeke.
Pink semua ^_^
Syoknya dia kecik2 dah berjalan sana sini, pastu dia order je ngan Umi dia hahaha.. umi yg garu kepala hehehehe

Balqis Rashdeen said...
This comment has been removed by the author.
Marzalina said...

wakakaka..lawaklah qaisara ni..nak gi japan...kuatnya ingatan dia kan kak!

hmm..qaisara pinjam handbag satu bleh?? hehehehe

terkekeh2 intan baca pasal kak NB n qaisara...hahahaha

wanupeh said...

salam kak norhayati berahim...

hihihi Qaisara mmg comel.....
mck2 kerenah dia ya , kak yati...

jom gi jepun kak yati hahahahahahahaha
^__^
kali ni kak yati bawa la Qaisara ke Sanrio Puroland....gerenti mata dia bling! bling! nnt...hihihihi

http://www.puroland.co.jp/english/welcome.html

idasm said...

wah... mengancam semuanya koleksi teta ni. pinky! semua comel2 mcm tuannya.. hehe.

tersengeh gak ida baca kesah drama queen dia. rindu plak kat dia kak!!!

EnO said...

salam kakk...
biaserr la kak.. budak2..
ehehehhe
tp purse coin aakak nmpak menarikk..\tue yg teta nak tuee.. ehheh

Nadiah Sidek said...

qaisara suka pink ye kak? qaisara ingat jepun tu sepelaung aje agaknya :D

Intanaziela said...

amboi, banyakknya koleksi beg Teta..namapun anak dara..minatnya memang ke arah itu kan kak yatie... sebut pasal berebut dgn anak, dan suami mesti lebihkan anak, intan pun merasa situasi gitu bila gaduh2 dgn hadif...huhuhu kadang2 rasa macam budak2 pulak kita..tapi suka2 je kan.. :)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

aduhai teta..
acik nik yang dh kroje ni pun satu je handbag.. hahaha!

harz... said...

salam kak yati,
anak dara saya husna, pun gila dgn pink... klu blh kete babah dia pun disuruh tukar warna pink.... sapu tangan lap mulut adik dia yg warna pink pun dia nak gak...
saya pun slalu berebut dgn husna, lg2 hal2 menonton tv... dia dgn siaran kartun, saya sesekali nak tgok drama melayu... kesudahannya saya tutup tv dan kami sama2 x tgok.. hihihihi.....

Nor Azlina Yusof said...

Sweet la Teta dengan semua pinky2 stuff...Zaman Aween kecil2 dulu tak da semua tu coz tak mampu..Budak2 sekrang beruntung btl

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alahai..drama queen tu jd pengumpul beg plak ye?

dh besar nnt leh mintak handbeg LV rm40,000 kt umi plak..
jd cam tok ct..kikiki..

IntanSham said...

hahahhaaa... anak perempuan mana2 pun sama kan kak yati.. kadang2 tak terlayan dibuatnya. Baca tentang Qaisara buat saya teringat Aina.. sama laaa tu perangainya.. Adik dia belum tau lagi macammana...:P

dlittlekitchen said...

hehehe... biasalah tu, cam suraya n sofia masa kecik, dh besar skrg ni harta ku menjadi harta diaorg, slalu nya dia ske benda yg comel2 laa, baru2 ni, dia buat harta my collection miniature perfume, org kemain syg, habis sume dia nk wat harta, ingat mak dia xde perasaan ke? kalo ngadu kat suami, dia blasah gelak aje, hal kaum wanita x masuk campur.. ermm... sabar ajelahh...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Za..masa teringat nak beli coins purse tu, ternampak itu ajelah.masa tu kak mines, teta pulak pergi main-main, ..kekadang dia tukan gila kuasa sikit.ha.ha.ha

Dayah..part order mengorder memang Si Qaisara cukup berbakat.ha.ha tapi umi dia jarang yang layan..

Intan, ingatan si teta memang kuat, dia selalu recall balik tak semena2..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha..wan tak ada keje nak pergi Jepun aje, baik pergi tempat lain. teta dia nak pergi Hallokittyland le pulak katanya wan..

Eno, dia sentiasa nak berebut apa2 dengan umi dia. Selalu dia akan cakap..pinjam umi pinjam, lepas tu jadi harta dialah..

Ida, siteta apa lagi, semua barangnya nak warna pink, sampai nak makan biskut, mesti ada krim warna pink, aiskrim pink

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nadiah, betul..dia ingat jepun tu dekat. Kadangkala nak balik Turki le pulak..malas nak layan..

Intan, kita ni anak seorang memang cam tu agaknya, berebut dgn anak, bergaduh dgn anak..dan bila suami tengok, kita kena marah balik..ha.ha.ha..

Nik, acik ni punya handbag mahal, teta punya murah2 aje..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

harz.ha.ha..sian pula dua2 tak tengok, kat rumah akak nasib ada dua tv, bila bergaduh akak tengok kat atas, yang geram tu..dia datang kat atas nak tengok..kita ni macam budak2kan..

Aween, zaman akak dulu-dulu kalau nak buat handbag buat daripad kertas ajelah, berangan sendiri..ha.ha

Jim, ha.ha..umi dia beli handbag bawah 100, cheapskatekan..dia nak beli handbag 40k, baiklah kita orang pergi buat haji..ha.ha.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Intan, memang agaknya. Pelikkan macammana dia tertawan dgn warna pink, sampai gula2 nak pink, biskut nak pink, aiskrim pun pink..ALLAH2

Roza, suraya dan sofea dan besar, sebab itu harga Roza harta dia orang..ha.ha..cutekan..esok2 pun si Teta samalah tu..skrg ni apa umi beli dia screen dulu, kalau rasa menarik dia ambillah..akak pula sukajuga benda2 comel budak2 punya, macam hallo kitty..

yatie chomeyl said...

teta, persuade umi to go to Japan. coem here and meet baby SN also eheh

GREENJADE said...

wahhh byk nye koleksi beg Teta..auntie nk pinjam 1 lah nk begaye ke tempat keje..hehehe