Semalam hari kegembiraan Lily Haslina Nasir dan kejutan buat Nik Fauziah daripada Majalah Muslimah. Ke dua-dua mereka bertamu di pejabat saya. Lily datang kerana mahu melihat buku barunya yang masih panas dan baru keluar daripada oven. Nik Fauziah pula datang kerana menemuramah saya dan penulis NB Kara yang lain iaitu Lily dan juga Nora. (anggun ke dua-duanya berbaju kurung) ha.ha.ha. Nik Fauziah datang bersama jurufota Farid dan juga Dayah bakal pengantin baru (macam terbau-bau aje akak nasi minyak)
Tengok tu Lily, tak habis-habis ketawa. Saya berdoa moga-moga buku ini diterima peminat dengan baik. Bukunya best tau...nak tahu beli dan bacalah.
Kalau da beramai-ramai ke NB Kara tu biasalah. Mesti ada makan-makan pun. Dah adatklahkan..
Saya merancang kejutan untuk Nik Fauziah yang bakal menyambut hari jadinya pada 11hb April ini bersama pembantu saya Suraya. Bila kek di bawa keluar dan kami menyanyi beramai-ramai. Nik agak terkejut. Kata dia, dia tidak pernah menyambut hari lahir. Tapi tahun ini Nik akan masuk ke kelab orang 40an macam saya. Moga-moga Nik Fauziah akan menjadi insan yang lebih matang, bertakwa, ibu yang lebih dikasihi anak-anak dan isteri yang semakin dicintai oleh suami. AMIN
Nik pernah beritahu saya dia suka cheese kek. Kek ini istimewa untuk Nik. Jangan marah ya nik..akak pamerkan kek ini sampai orang tahu usianya. Tapi kita mesti bangga dengan umur kitakan..he.he
Dan petangnya kami menerima kedatangan penulis Eka Fahara yang datang membeli buku Setiap Jumaat dan Aku Ada Kamu. Macam-macam yang kami bualkan dan Eka meminta pendapat saya mengenai beberapa idea. Tidak mengapa Eka, teruskan berkarya, walau apa dugaan pun, walau di mana pun karya Eka mahu dihantar. Teruskan menulis dengan lebih baik lagi. Kalau rasa tak ada idea tu, pergi-pergilah bawak diri pergi shopping ke..ha.ha..
16 comments:
salam kak..wah syoknya makan makan lagi kat NB kara ek..hehe...tahniah kepada penulis2nya.
bestnya gather2 n makan2. Kak Nik pun ada gak. Happy bday utk kak Nik.
happy birthday kak nik... kenapa saya nampak kak lily mcm lebih kurus dari dlm blog kak lily?
salam..
ha! ha! hari ni senyum tengok blog kak yati sebab perasan dlm gambar tu saya kurus..
buat liya71.. percayalah apa yg liya lihat di blog kak yati ni..
ha! ha! ha!
jumpa masa pesta buku ya!
jelesnya makan2 kat NB Kara...
hehehehee....
Xsabar nak dapatkan buku kak lily...
K.yati: beshnya setiap jumaat.. tp cam ada perbezaan sketlah dr novel2 terdahulu.. :p
alahai kak yati
saya mmg dok mengidam cheese cake ni...
jelez...jelez...
ptg smlm kak nik ym kat saya citer dia jumpa Kak Yati...
ishk..ishk...
mesti sampai ke pagi ni dia senyum sampai telinga...
Salam.. adusss rasa femes kejap kakyati! Hahaha... malu ar.. kita selalu duk blakang tabir tup2.. muka kuar la plak dlm blog.. nnti nik emel gambar yang Farid amik.
salam yati....
swonoknya bual2, makan2...best2nyeee!!
camne saya boleh x nampak yang novel lily haslina dah kluar kalo x boleh pesan sekali...
x sabar rasanya nak miliki jugak...hehehe
nak jumpa akak gakkkkkkkkk :D
salam kak yati..
dapat juga kulihat ruper kaknik... selama ini nama nyer ajer yg menjadi pujaan hatiku... heheh,..
makan-makan lagi.. byk nyer.. lapor pulak kita yg melihat..
sedap nyer kek tu.. cheese kek ker? Selamat hari tua kak nik, semoga terus menulis & berkongsi ilmu..
Intan..
Kalau kat NBkara apa lagi, kerjanya makan2 n makan..ha.ha sebab tu semua badan besar..
Ain..sengaja nak suprisekan nik..
Liya71, Lily bukan nampak kurus tapi memang dah kurus!
Lily
Ari ni tengok, ko senyum2 lagi..ha.ha
dhan..
sian dhan kat johor ya..kalau tak boleh join sekalikan
Casper
da dapat cheese kek tak? Chef atan da belikan ke belum?
Nik..
Apa salahnya sesekali kita jadi fameskan..keh..keh
ibujunes..
tak apa, nanti kami hantarkan..ibu junes...
Nuar..
jom..kita ke pesta buku PWTC, jumpa akak di sana dan penulis NBkara yang lain..
salam kakyong
Yelah nik selama ini bersembunyi..nah..akak tempek besar gambar dia..he.he
seronok tengok makan2 tu tapi liza lagi seronok tengok lili ketawa dan rose dgan baju merah warna kegemaran cik rose merah dan lagi suka tengok muka kak yati serius tu..ada watak pemimpin..tegas..kha..kha..
salam kak,
suka jugak dgn entry ni. sebab ada byk gambar... boleh le kenal2 sebab ada kak lily, kak nik, dan akak...
Selamat Hari Lahir buat kak nik. semoga panjang umur dan murah rezeki...
Post a Comment