Baru-baru ini saya menerima panggilan dari seseorang. Mahu menjemput saya memberikan ulasan buku pada para pelajar sekolah menengah. Jemputan tersebut dari seorang guru. Hari Selasa telefon, hari Khamis dia mahu saya hadir. Tidak ada hitam putihnya. Saya menolak kerana terlalu banyak kerja yang perlu saya uruskan memandangkan pesta buku
Bertahun-tahun menjadi penulis, saya berasa begitu kesal. Jemputan yang selalu saya terima melalui mulut. Tidak ada hitam putihnya dan mahu saya hadir di dalam kadar segera. Mereka seolah-olah tidak menghormati proffesion penulisan. Bagi mereka penulis seperti saya ini tidak ada harga langsung. Pihak yang menjemput biasanya suka-suka hati sahaja menjemput dalam masa 2 hari, dapatkan pihak penganjur mencari orang menghadiri majlis tersebut?
Baru-baru ini penulis saya dijemput memberikan ceramah penulisan. Penonton yang hadir hanya 8 orang. Terkial-kial mereka mahu mencari penonton sedangkan pihak panel sudah datang sejak dari awal lagi. Sudahlah itu dibuat di dalam pejabat yang kecil. Seolah-olah hanya untuk lepak-lepak sahaja. Kalau lepak-lepak di pejabat NBKara pun mereka boleh datang..
Saya tidak berbicara mengenai bayaran. Kalau penceramah ugama yang mencari makan meletakkan harga sehingga RM2500 tapi saya langsung tidak meletakkan harga. Berapa bayaran yang diberi saya terima. Tetapi yang tidak berbayar pun saya pergi. Asalkan ada peserta dan mereka benar-benar berminat dengan bidang penulisan.
Saya memang tidak kisah mengenai bayaran. Pernah perpustakaan sebuah universiti memanggil saya tanpa apa-apa bayaran. Tetapi saya terima kerana mereka membenarkan kami menjual buku sebagai balasannya. Di samping sifat professional mereka dan mereka sungguh beradab sebab itu saya terima dengan hati yang ikhlas (membuat beberapa followup dan menghantar
Sampai bila penulis seperti saya akan dilayan dengan secara tidak beradab saya tidak pasti. Saya berharap orang yang diluar
Lagi satu, jangan apabila hari tersebut tiba, baru terkial-kial mahu mencari peserta. Natijahnya..kami hanya bercakap seorang diri kerana yang datang sebenarnya tidak berminat dalam bidang penulisan!
12 comments:
memang x patut dia org buat mcm tu. Ikut la saluran yg betul supaya penulis akan dipandang tinggi juga. Tp ini lumrah kak NB..cuba klu nak jemput artis ke..mau setahun seblm tarikh surat jemputan dh dtg.
Betul tu ain...tiny pun sokong...klu nak tempah artis setahun dah buat perjanjian...kak yati sesekali kenalah juga demand dengan orang2 macam ni supaya tahu menghargai masa dan bakti orang lain....hehehe betul tak ain?
Memang patut pun akak tolak, sebab last minute sgt. Kdg2 diorang ni tak sedar, penulis pun ada jadual kerja dia.. bukannya duduk kat kerusi perah idea aje.
Tapi yg terkial2 mahu cari peserta bila tiba hari event... itu sangatlah melampau...
sesekali akak demand sikitlah ngan diorang ni, baru diorang sedar kot... hehe..
Pernah sekali ketika saya datang ke National Library untuk mencari bahan rujukan, saya tiba-tiba ditarik untuk menghadiri bengkel penulisan yang kebetulan diadakan di lobi. Kalau tak silap saya, penulis jemputan adalah Liana Afiera Malik.
Saya tidak merancang untuk menghadiri bengkel tersebut kerana saya ada tugasan yang lebih penting tapi saya duduk jugak sebab nak dengar apa Liana ni kata pasal penulisan. Yang hadir masa tu tak sampai 10 orang, bila masa sessi soal jawab, saya, peserta bidang terjun ni tanya 3 soalan, yang lain-lain tu, senyap terus.
Usai bengkel tersebut, saya terus ke atas walaupun masa tu saya nampak pegawai library datang ke arah saya.. mungkin nak tanya atau bercakap dengan saya, tapi saya harus bergegas kerana kesuntukan masa...
Selepas itu, saya tak pergi dah National Library sebab tak sanggup jadi bidan terjun benda-benda macam ni, dan juga tempat tu sangat bising dan kurang bahan rujukan.
Saya baru interview Prof Madya Dr Lim Swee Tim...beliau turut melahirkan kekecewaan yg serupa...atau mungkin masyarakat kita memandang penulis / karya sastera bkn satu profession membanggakan?
SPT kata nora dlm blognye..
'menjadi penulis adalah the worst job in the world'kata saudara Ahmad Patria Abdullah..
mungkin dah sampai waktu penulis sama2 berbincang untuk membina satu saluran yg lebih proffesional di bidang penulisan..agaknya..bagi sy penulis sebenarnya adalah bidang yg mencabar sbb bukan semua mampu membawa pembaca menyelami dan memahami ilmu yg ingin disampaikan
salam kak yati,
siannyer akak diperlakukan begitu.. sebaiknya profesional lah, setelah panggilan di telefon disusuli dgn formal invitation, fax pun boleh kan.. kurang2 akak boleh buat persediaan & tahu siapakah audien akan.. teruk betui la depa tu//!! oh, jahatnyer jejari saya menaip segini..
salam ain..nak buat camana ain, kami ni cuma penulis cabuk..
salam Tiny..itulah masyarakat kita lebih menganggugkan artis daripada penulis
ida..yg terkial2 cari peserta disaat akhir memang selalu berlaku dan itu yg akak marah..tak bayar tak apa, tapi yg datang tu tak berminat
Salam nor wahida
Itu yang akak paling tak suka, kita datang dengan penuh semangat nak bagi talk..tiba2 yang datang tu tak tau apa2 alahai..
Salam Milah, entahlah Milah, tapi akak perasan masayarakat kita ramai yang memandang rendah pada proffesion penulis ni..
Salam ina, pekerjaan sebagai penulis bukan the worst job, tidak..ianya satu kerja yang mengembirakan dan menghasilkan pulangan yang baik kalau kita berusaha dan menulis 'bukan syok sendiri' tetapi orang2 yang tidak pandai menghormati penulis itu yang menyebabkan ianya 'worst'
Kak yong..salam
memang patut akak dan penulis lain tidak melayan orang2 yang macamtukan?
kak i suggest NBkara buat bengkel, kami yg minat ni akan hadir InsyaAllah. Pernah satu magazine anjurkan bengkel penulisan dan panel adalah penulis terkenal juga. saya dah bagi nama dan tinggalnak bayar shaja (Rm250-350kalu tak silap la)tapi last minute canceled le pulok.. kata akan folowup lagi ngan saya tapi sampaila ni.. apa pun tarak... sib baik tak bank in lagi duit...
writer is not the worst job!!! i repeat.. writer is not the worst job!!! kagum ngan idea penulis..
sy rs sbnarnya pekerja library tu yg x ada rs cinta kpd penulisan. sbb tu dia x menghargai penulis. utk menjadi pekerja library, sy rs seseorg tu msti ada cinta yg mendalam kpd buku dan penulis2 ilmiah. betul x akak? antara byk2 cta2 sy, yg keduanya saling berkaitan ialah pertama sy nak jd librarian, kedua penulis.
Post a Comment