Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 25, 2009

MENANTI


Sepanjang perjalanan pulang malam tadi, saya memberitahu suami saya. Tidak ada anak-anak sekolah rendah yang singgah membeli novel saya!
"Novel you untuk orang dewasa. Rata-rata yang membaca novel you orang sudah berumur.."
Balas suami, memang rata-rata yang membaca novel saya orang yang sudah berusia dan matang pemikirannya. Bahkan saya terharu sungguh apabila seorang pembaca lelaki yang sudah amat berumur, giginya sudah hilang datang ke booth NBkara dan memberitahu dia peminat buku saya. Saya hampir menangis!
Cuma bila difikir-fikirkan, saya teringatkan diri saya. Pada usia 9 tahun, saya leka mengulit Sandera yang ditulis oleh Arena wati. Buku yang diterbitkan pada tahun 1971 itu memang agak tebal dan besar untuk budak berusia 9 tahun, tapi saya habis membacanya dalam masa 3 hari! Saya juga membaca buku Keluarga Gerilya dari Pramoedya Ananta Toer. Ketika itu ada kisah salah seorang karektornya diperkosa. Hanya selepas lima tahun kemudian saya tahu..apa maknanya diperkosa..ha.ha.
Saya teringatkan satu buku terjemahan daripada Afrika, mengenai perjuangan apartheid yang saya habis baca dalam masa seminggu. Ketika itu saya dalam usia 10-11 tahun sahaja. Buku itu terlalu sukar untuk saya fahami ketika itu. Kenapa karektor di dalam buku tersebut terpaksa dihantar ke penjara dan mengalami proses perbicaraan yang terlalu sukar mengasak minda saya yang masih kecil. Saya masih ingat, betapa saya gembira membaca bagaimana tongkol-tongkol jagung dijadikan kayu api dan bagaimana jagung ditumbuk untuk dijadikan tepung! Saya baca berkali-kali.
Banyak lagi buku cerita berteraskan perjuangan dan falsafah yang saya pinjam dan baca di bawah cahaya lampu pelita. Dan rata-rata usia saya ketika itu hanya 9-12 tahun.
Dan anehnya selama beberapa hari di pesta buku, saya tidak pernah melihat seorang anak berusia 9 tahun membaca buku-buku saya..yang tidak seberat penulisan Arena Wati..
Apakah anak-anak sekarang sudah tidak boleh berfikir seperti saya satu masa dahulu..atau saya ini sudah terlebih cerdik ketika itu? Ha..ha..ampun2 pembaca kerana khilaf mengangkat diri dan sedikit menyombong..he..he..
Tapi baki pesta buku yang hanya tinggal dua hari ini, saya masih menanti..seorang anak berusia 9 tahun datang kepada saya dan mengakui membaca buku saya...

11 comments:

Lily Haslina Nasir said...

ada kak yati..
ada budak umur tu baca buku akak..
anis arisa.. ha! ha! ha!
eh betul ni..
tapi dia tak boleh outinglah pulak minggu pesta buku ni..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

iye ke lily.umur dia 9 tahun dia membaca buku akak! wah..sayanglah..tak dapat ambil gambar anis..ha..ha..
mungkin satu masa nanti Anis boleh menulis sehingga dapat nobel prize! manalah tahu zaman tukan..

Madam Casper said...

heheheh
kak yati kan dlm blog saya, saya ada citer yg abg pun baca buku kak yati novel Chinta tu?? Setakat hari ni baru muka surat 25. Dan abg kan umur 9 thn. Tak tau la bila dia nak habis baca tu..700++ muka surat tu hahahahhaha

ain said...

mungkin pas ni akak kena tulis satu buku untuk golongan remaja la pulak. tp akak kena cari satu tajuk yg betul2 boleh menggamit mereka utk membaca novel sbb rata2 sekrg ni they all lbh suka bc komik.

idasm said...

ida rasa ramai jugak yg umurnya 9-12 tahun yg baca nv akak.. cuma mungkin akak x berkesempatan jumpa diorang...
atau mungkin diorang xdtg ke pesta buku ....

Unknown said...

salam kakyati,

adik perempuan saya (la ni dah 12 thn) baca buku2 akak@koleksi novel saya, tp dia baca yg saya punya lah.. kdg2 ade benda yg dia tak faham.. tp dia suka , so dia baca jer lah.. tp disebabkan jrk yg jauh, tak dpt le dia nak jejak ke pesta buku.. sbb saya pun tak dpt nak dtg..
saya masa sek rendah dulu jd pengawas perpustakaan, so dr situ lah terpupuk tabiat suka membaca.. tp sejak jd surirumah sepenuh masa ni, saya perasan ramai ibu2 tak membaca.. mcm saya, saya suka ulangbaca buku2 lama. sbb selepas 2/3 tahun, saya memang lupa citer nya..
smlm saya ulang baca novel kakyati, 'Airmata kasih'.. :D

ibuayu said...
This comment has been removed by the author.
ibuayu said...

salam perkenalan..saya adalah guru perpustakaan di sekolah rendah(GPM).Ramai rakan guru yang meminta saya membeli novel akak utk koleksi pss.Namun ia tidak sesuai utk sek rendah.Kalau akak dapat tulis buku yang agak ringan ceritanya tentunya ia menjadi pilihan utama kami untuk menambah koleksi di sekolah

ina said...

sy juga baca nvl berat masa kecik sekitar umur 9-12 tahun sbb sepupu sy rajin bagi buku.tapi sayang semua dah tak ada..paling sy minat walau ia berbahasa inggeris tapi sy simpan sampai la ni, buku besar ttg keajaipan dunia...

betul kata Idasm..ramai yg baca dan miant yati tapi tak diketemukan..

apa kata buat peraduan yg melibatkan kanak2 seusia itu utk mencari n mengetengahkan mereka ... tentu mereka seronok dpt hadiah apatah lg jumpa novelis NB Kara..saja bagi idea ..

Zila said...

Puan,
Anak saya start baca novel(buku puan salah satu daripadanya)sejak dia umur 3 tahun...kenapa?...sebab saya jenis nak tidurkan anak mesti baca buku..bukan baca untuk anak2 tapi anak2 baca buku sendiri..yg lucunya masa tu dia belum boleh baca tapi masing2 pegang novel ok...kadang2 sampai terhempam dengan buku2 tebal tu sebab dah terlelap. Since then, mereka memang baca novel...tapi mereka tak membeli cuma membaca buku2/novel2 yang saya beli...tapi lagi bagus kalau puan boleh buat buku2 untuk anak2 macam buku2 cerita by Ain Maisarah

iejay Zakaria said...

hari tu ada seorg budak 10-11 thn beli Lagu Cinta... iejay pula takut menengoknya, takut parents dia marah dan buku tu tak berapa sesuai untuk dia... hehehe... tapi iejays endiri start baca novel dewasa Donia masa umur 12 thn... lepas habis UPSR dan kawan sekelas geleng kepala tgk iejay baca novel 300++ pages...