Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 29, 2009

MASAK MASAKAN TURKI

Asyik bercerita pasal buku dan pesta buku bosan jugakan. Sebenarnya banyak gambar yang saya belum download lagi pasal pesta buku ni. Nanti kalau saya mood saya cerah untuk bercerita mengenai pesta buku saya akan cerita lagi. Tapi kali ini biar kita cerita pasal makan. Hari ini mari kita belajar memasak satu masakan Turki yang diberi nama mante. Pertama kali saya makan mante adalah di Yalova, Turki. Ketika itu saya tidak begitu suka tetapi bila sudah selalu masakkan untuk suami. Saya mula suka untuk menikmatinya.

Bahan-bahan membuat kulit mante ini. Tepung, air dan juga telur. Diadun dan dijadikan doh.

Yogurt adalah bahan penting untuk mante, kalau tidak ada mante tidak jadilah makanan tersebut. Yogurt adalah makan utama orang-orang Turki.

Ini inti untuk Mante. Bawang dicincang dan ditumis bersama dengan daging cincang, diletak perasa, garam dan juga sedikit lada putih.

Tepung yang sudah diadun, dikepal-kepal kecil begini. Saya mengunakan acuan membuat karipap kecil untuk membentuk mante.

Buat seperti karipap kecil dan masukkan daging cincang sebagai inti. Kemudian didihkan air dan rebus sehingga mante tersebut timbul.


Mante yang sudah siap direbus.

Kemudian taburkan yogurt di atas mante yang sudah direbus bersama dengan tomato puree yang sudah dicampur dengan sedikit air dan dimasak di atas api.

Mungkin makanan ini pelik dengan selera kita, tetapi kata suami mante style malaysia yang saya buat ini (kerana bentuk karipap..ha..ha.ha) lebih sedap daripada yang dijual di sesetengah kedai di Turki. Suami saya kalau bab membodek bini, bagilah pada dia. Tetapi suami cakap, dia kagum kerana saya boleh membuatnya sendiri kerana menurut suami. Di Turki mante selalunya dibuat secara bergotong royong kerana agak leceh kerana terlalu kecil. Suami saya bukannya tahu saya menggunakan acuan karipap..ha.ha.ha..bukan mengentelnya sendiri.

10 comments:

ain said...

hahaha...kak NB ngelat psl kelim karipap mante tu ye???

dhan said...

salam k.yati...
kelakar je k.yati nih..
kalaulah saya dok bangi lagi mesti saya je dok bertandang kat office NB sbb mesti ada mkn2.. hahahaha.. sbb tuh sy ni jauh di selatan... :)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak..agaknya klu goreng jadila karipap turkey kan.. cuma yogurt dan puree tomato tu masuk dlm daging tu sekali.. waa sesedap rasa sesuka hati je ubah resipi tuh heheheh

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Sedey...sedey...nak rasa...saya kalu entri bab makanan ni mesti terlioq coz cuma leh tgk! Geram je tgk makanan2 tu...

Marzalina said...

salam kak NB..lawak lah kak ni...nasib ek suami kak xtau yg kak guna acuan karipap..kalau tak..pecah rahsia kak..hahaha

Madam Casper said...

kak yati
sy pernah bekerja di rest russia. dia org ada buat kuih macam ni jugak.tapi apa ke nama dlm russia tak tau la plak saya...heheheheheh

Mama Nazhan said...

kak yati... nampak sedap dan mudah jugak mante ni ekk? ari tu resepi ayam ngan asparagus tu pun saya nyaris nak buat...hehehe... tapi tak jadi plak...

iejay Zakaria said...

DAH BUAT DAH!!!
iejay pun kelim pakai acuan karipap... tapi sebab padat sangat isi iejay letak, bila rebus pastri tu dia terbuka... daging tu iejay tambah sikit black paper sauce dan tomato puree tu tak campur air pun, tuang gitu aja... TAPI STILL SEDAP dan org2 kat rumah tu berebut makan... thank you for the recipe...

shila said...

wah kagumnya... gitule amik hati suami.. so kami pun leh tambah ilmu and leh modify ikut selera malaysia.. hahah.. sharing is caring

= ] said...

salam, tau tak mcm mana nk buat sup dhal...