Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 11, 2009

MANUSIA PASTI AKAN MATI

Menerima perkhabaran isteri kepada sahabat suami saya meninggal secara tiba-tiba kerana kemalangan jalan raya membuat saya termenung lama. Kata suami baru 2 hari lepas dia bertemu dengan wanita tersebut di kedainya dan hari itu dia menerima berita kematian wanita yang berasal dari Indonesia itu. Banyak yang suami ceritakan mengenai perjalanan hidup wanita ini. Biarlah saya dan suami sahaja yang tahu. Namun mendengar beliau mati di dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah kerana kemalangan jalan raya, membuat saya berfikir berkali-kali. (beritanya ada di suratkhabar. 4 jemaah kita yang mahu melakukan umrah meninggal dunia dan seorang wanita Indonesia terkorban. Wanita Indonesia itu adalah isteri kepada rakan suami saya). ALLAH menjadikan sesuatu memang kadangkala sukar dicapai oleh akal kita, manusia yang lemah. Bayangkan, wanita itu membayar ribuan ringgit mahu menunaikan umrah tetapi meninggal dunia sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Madinah.
Untuk apa membayar ribuan ringgit hanya untuk mati di tempat yang asing? Jauh daripada keluarga, sanak saudara? Semuanya ALLAH sahaja yang tahu, segala yang diatur begitu cantik dan kemas tetapi tidak tercapai dek akal kita.
Dan saya rasa kematian isteri sahabat suami saya ini sungguh bertuah. Nyawanya diambil ketika dia cuba menyempurnakan niatnya yang cukup suci itu. Menjadi tetamu ALLAH di bumi Mekah dan Madinah. Walau saya sedar, syurga dan neraka itu semuanya di tangan ALLAH, mengikut amalan kita ketika di dunia.
"Esok kalau awak mati dahulu, Qaisara sudah berkahwin saya mahu tinggal di Mekahlah.."
Saya suarakan hasrat hati saya pada suami ketika kami berbual mengenai kematian isteri sahabat suami itu.
"Awak nak buat apa di sana?"
"Saya tolong mopkan air zam-zam yang tumpah di masjdililharam. Dapat makan sikit-sikit jadilah.."
"Jangan merepek, awak kalau mati di Mekah belum tentu boleh masuk syurga tau! Dari minta makan dari orang, baik awak duduk di Malaysia, teruskan publisher awak tu dan ramai lagi boleh awak tolong untuk cari makan.."
Saya ketawa dan dalam diam, mengakui kebenaran kata-kata suami.

6 comments:

ain said...

ajal maut di tgn Allah jua. Apa yg dihrpkan semoga kita mati dlm iman.

Anuar said...

Ajal maut ditangan tuhan, kita tak tahu bila ajal kita akan sampai.
Apa yg kita harap kita mati dlm iman.

idasm said...

ya betul ajal dan maut di tangan tuhan...
tergelak jugak bc coretan akak yg bawah tu... bila suami akak cakap jgn nak merepek tu.. hehe... ida sengih aje bc part tu...ida faham hasrat murni akak tu.. tp tolong org cari makan tu lebih mulia rasanya sebab byk mulut dpt disuap daripada situ...

liza68 said...

salam kak,takdir dah menentukan semua kak..kita sebagai hamba allah bersedialah untuk semua tu kita tak tahu bila dan dimana..dan liza sendiri pun kadang2 ada juga rasa takut ia berlaku tanpa ada syarat kak..dan kadang2 liza bertanya pada diri sendiri apa kita sudah bersedia dan cukup sudah amalan kita?siapa kah kita untuk menentukan itu semua dan sebagai orang islam kita kena reda dan yang ditinggalkan teruskan penghidupan dan salam takziah buat sahabat pak senyit..semoga rohnya ditempatkan disisi urang2 beriman amin

Unknown said...

salam kakyatie,

drp akak jadi tukang mop air zzm-zam yg tumpah lebih baik majukan publisher akak, sebb ramai yg akan dapat manafaat dr situ..:)

kaknOOr said...

"Saya tolong mopkan air zam-zam yang tumpah di masjdililharam. Dapat makan sikit-sikit jadilah"

Yati akak pun pernah terfikir untuk melakukan kerja2 ini supaya selalu dpt dekat dgn makam rasul dan kaabah. Yati tahu akak siap interview dgn pekerja tu camner dia dtp kerja di masjidilnabawi & haram....he he he