Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, April 27, 2009

MACAM-MACAM CERITA

1. Macam-macam cerita pesta buku. Tetapi paling saya ingat bila pembaca datang membawa buku yang dibelinya di sebuah penerbitan besar yang sudah lama tidak membayar royalty saya. Sejak tahun 2006! Saya tahu buku saya habis. Laju. Tapi mereka tidak membayarnya. Hati saya sakit tetapi pembaca dan peminat saya tidak tahu. Jadi saya terpaksa melayan mereka. Kerana mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah penerbit. Saya sayangkan semua peminat saya…


2. Hairan dengan sikap sesetengah penulis yang berlumba-lumba untuk menjadi glamour di pesta buku. Ini teguran ikhlas untuk penulis baru dari saya penulis OTAI. Menulis bukan untuk glamour. Menulis adalah tanggungjawab social yang perlu kita lunaskan. Jangan menulis kerana mahu menunjukkan muka dan dipuji oleh para pembaca. Saya sebenarnya tidak suka ke pesta buku. Tetapi kerana saya mula sedar betapa pembaca mengasihi saya dan mahu berjumpa dengan saya. Saya gagahkan diri bersama-sama dipesta buku. Apatah lagi sejak setahun yang lalu saya ada penulis lain di bawah NB Kara. Saya rasa tanggungjawab saya untuk memperkenalkan penulis-penulis saya dan memberi kredit kepada mereka dan menunjukkan betapa saya bangga mempunyai penulis-penulis seperti mereka.


3.Ramai penulis yang saya temui kecewa kerana buku mereka tidak keluar di pesta buku. Jangan kecewa. Tidak ada perkataan kecewa dalam menulis. Mantapkan diri dan penulisan dan setiap pembaca akan mengingati kalian bukan hanya di Pesta Buku tetapi setiap masa kerana penulisan yang baik.


4. Saya mendapat fitnah yang bukan main dahsyat lagi. Orang mengatakan saya bekas isteri seorang penulis terkenal A----t A---h. Astaghfiruallah! Seyit Kara adalah suami saya yang pertama dan terakhir (saya mohon begitu). Dia suami yang amat memahami saya. Menyokong saya dalam bidang penerbitan dan dialah yang berpeluh-peluh mengangkat buku dalam pameran Pesta Buku tersebut. Tahukah pembaca penulis yang dimaksudkan amat gusar melalui booth NB Kara kerana telah berhutang ratusan ribu dengan saya?

5. Saya amat senang dengan penulis-penulis yang tidak bermusuhan. Sanggup datang ke booth NB Kara Saya alu-alukan kedatangan mereka. Lepaklah saya tidak kisah. Kalau saya tidak sibuk, saya akan layan sebaik mungkin. Itu konsep NB Kara, Mersik Romoyu contohnya telah menghadiahkan dua buah buku kanak-kanaknya kepada saya dan saya sudah menghabiskan salah satunya dan saya sangat terhibur.

6. Lama sungguh saya tidak berjumpa dengan krew2 ALAF21, minta maaf kerana terlalu sibuk saya hanya sempat singgah sekejap. Wah Encik Norden! Makin handsome dekat poster Meniti Maut…ha.ha.ha. Teringat nasihat kat Wan Rohana jangan gemuk sangat nanti nak berjalan pun susah nak bernafas macam dia. Ha.ha.ha..ingat Kak Wan..ingat…

7 comments:

ain said...

jahatnya depa x byr royalty akak ekh. nape akak x saman je kak?? bio dia org rasa. hehehe..sori le klu sy yg terlebih emosional pulak. geram seh depa buat cam tu kat akak saya.

shelly Yusop said...

wah kak yati.. kena gossip pulak dengan orang tu.. ha..ha.. tu maknanya akak ni glamour tau.. dah la mamat tu hutang akak lepas tu digosipkan pulak.. mcm-mcm.. shelly rasa dah dengar lama cerita royalti akak ni tapi Tuhan tu Maha Mengetahui. digantikan rezeki akak dengan cara yang lain pula...

ina said...

betul kata Shelly,kita dianiaya..dan Allah ganti dgn yg lain.Allah menyayangi hambaNYA..

Rasa mcm kenal je penulis tu..mula dari a... hehehe..tekaan yg sorang je tau ek..

neway tq sbb layan sy semlm dan bersedia terima manuskirp sy ..hehehe..mmg teringin nak tulis tapi tak terabis2..ada alisha lagi la...hehehe..alasan..

Nor Azlina Yusof said...

Kak Yati..Macam tau je mana syarikat penerbitan yang dimaksudkan :P..tergamak ek..derong buat kat akak cm tu..ingatkan dunia luar je penuh dugaan..rupanya dunia penulisan pun cam tu..kalau pembaca baca buku yg dihasilkan nangis2..Penulis punya payah n lelah mesti lagi lebihkan..Last but not least kak Yati..Aween dah tak baca dah buku2 terbitan syarikat tu..Bukan la boikot or wat..cuma xde karya akak lagi kt situ..hihihihi...Teruskan berkarya ye Kak Yati..Buku2 akak..bg inspirasi pada saya..Muahhhhh

Norabella said...

Masa berkunjung ke booth NB Kara haritu, saya lihat suami Yati sedang bertungkus lumus menyusun novel isteri kesayangan nya. Dalam hati saya berkata..bahagia nya rasa seorang isteri seperti Yati..bertuah sungguh!

Wah...teruk lah gossip panas tu! Saya yang jadi pembaca saja dah banyak dengar macam2 cerita penulis itu dan ini...subhanallah.

hertiny said...

Kak Yati kena kuat....tabah dan sabar demi kami yang sentiasa juga tidak sabar menantikan buah tangan terbaru dari kak yati...
Kak adat bila popular inilah pengorbanan yang akak kena buat apalagi melibatkan pengorbanan hati dan perasaan akak semdiri tapi yang paling penting akak kena kuat, kena tabah demi kami semua..pedulikan apa orang nak kata...yang penting kita bahagia betul tak? hehehe itu prinsip tiny...so kalau nak bahagia akak kena ikut juga lah mcm tu...biar p org nak mengata yg penting kita sekeluarga bahagia...

iejay Zakaria said...

gosip dgn si dia tu??
eeewwww.... siapa lah yg buat gosip? tak sesuai sungguhlah...
agaknya pasal kak yatie ni penulis prolofik dan dia penulis yg konon2 prolifik (sebab pada iejay dia bukan banyak menulis tapi banyak yg mencetak semula karya a dan b dia jadi karya ab pula)
Sian Pak Seyit yg berpeluh-peluh mengangkat buku sampai kering sendiri peluh dan berpeluh semula... tapi si mamat tu pula yg dpt nama jadi suami mithali...